Melalui perkongsian ilmu yang dibuat oleh Puan Aisyah Shahid di laman Twitter beliau, telah berjaya menarik perhatian netizen. Ia merupakan tentang empat jenis wanita yang boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu syurga yang dimahukan.
Menjadi insan yang berakhlak mulia bukanlah perkara mudah terutamanya, untuk terus istiqamah diri dari melakukan perkara mungkar. Namun, bak kata beliau amatlah beruntung menjadi seorang wanita. Walaupun nampak susah di dunia, tapi Allah sebenarnya telah mempermudahkan jalan untuk kita ke syurga-Nya.
Baca juga: Garam & Gula Turut Dikira Pusaka. Minta Izin Pewaris Dulu, Jangan Ambil Mudah!
“…KEBANYAKAN PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA, TAPI…”
Rasulullah pernah bagitahu kebanyakan penghuni neraka adalah wanita. Tapi 4 jenis wanita ini boleh masuk syurga melalui mana-mana pinta syurga yang dia mahu.
4 JENIS WANITA BOLEH MASUK SYURGA MELALUI PINTU YANG DIMAHUKAN:
1. SOLAT 5 WAKTU
Kriteria pertama wanita boleh masuk syurga dari pintu manapun, adalah menjaga solat lima waktu. Dia mengerjakan solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh.
Tak pernah meninggalkan solat tersebut kecuali di saat diharamkan solat, iaitu saat haid dan nifas.
2. BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Dia berpuasa penuh di bulan yang ramadhan, kecuali pada hari-hari berhalangan dan diharamkan berpuasa. Maka saat dia haid, dia menggantinya di bulan lain selain Ramadhan.
3. MENJAUHI ZINA
Wanita yang nak masuk syurga dari pintu manapun, tak pernah berzina, tak pernah selingkuh dan menjaga pergaulannya sesuai aturan Islam.
4. TAAT KEPADA SUAMI
Bagi wanita muslimah, setelah dia menikah, maka orang pertama yang berhak dia taati adalah suaminya. Bahkan melebihi ketaatan kepada orangtuanya.
HADIS RIWAYAT AHMAD…
Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.
(HR. Ahmad)
Alangkah bahagianya, kalau dapat melenggang ke syurga. Dan di tempat yang penuh kenikmatan itu, kita dipersilakan untuk memilih masuk dari pintu manapun.
Semoga kita dapat masuk syurga dari pintu manapun yang kita suka, aminn.
Itulah beruntungnya menjadi wanita. Walaupun nampak susah di dunia, tapi Allah sebenarnya telah mempermudahkan jalan untuk kita ke syurga-Nya.
Sumber: Twitter Aisyah Shahid