Famili

Garam & Gula Turut Dikira Pusaka. Minta Izin Pewaris Dulu, Jangan Ambil Mudah!

28
SHARES

Jangan sesekali ambil mudah dan tidak mahu ambil tahu tentang ilmu agama berkaitan harta pusaka milik individu yang telah meninggal dunia.

Dari sekecil harta sama ada yang jelas di depan mata atau tidak, hinggalah sebesar harta, anda perlu meminta izin daripada waris-waris yang bakal mendapat faraid daripada peninggalan pusaka arwah jika ingin menggunakannya.

Jom ikuti penjelasan lebih lanjut dan perkongsian menarik ini dari Puan Umi Yusof di bawah.

Baca juga: “Sangat Susah Sihir Nak Tembus…”- Ahli Sihir Russia Dedah Sukar Sihir Orang Islam Jaga Solat

HARUS MINTA IZIN DARI PEWARIS BILA NAK GUNA WALAU SEKECIL HARTA

Garam gula pun pusaka. Bukan sekadar tudung dan baju. Apatah lagi barang berharga arwah. Jangan ambil mudah bila pakai pusaka arwah. Waris-waris faraid arwah redha ke? Ada minta izin dari mereka?

Ini tidak, bila berlaku kematian sibuklah nak buat kenduri arwah. Segala garam gula kunyit beras arwah digunakan untuk kenduri tanpa bertanya kepada waris-waris faraid yang ada.

Ala, gula garam je. Tak kan itu pun nak berkira?

BUKAN BERKIRA, IANYA TELAH MENJADI MILIK WARIS FARAID YANG BERHAK

Gambar hiasan: Ogen – KepriAntaraNews.

Semalam semasa arwah masa hidup memang garam gula itu miliknya. Tetapi hari ini apabila beliau meninggal dunia, gula dan garam telah bertukar menjadi milik waris faraid yang berhak.

Kalau ada seorang waris yang tidak redha, apa hukumnya?

Jadi sebagai orang-orang yang masih hidup, berhati-hatilah semasa mengambil barang orang yang telah mati. Minta izin, minta izin, minta izin walaupun si mati itu kakak atau adik yang paling rapat dengan kita.

Ini tidak, semasa si mati dibawa ke masjid semasa proses pengkebumian, sibuklah sedara-mara ambil barang-barang arwah. Habis baju-baju arwah dalam almari dibahagi-bahagikan tanpa minta izin waris-waris faraid yang berhak.

JANGAN ADA SIKAP TAK AMBIL KISAH, HUKUM ALLAH JANGAN DIBUAT MAIN!

Gambar hiasan: iStock.

Inilah masalahnya kalau ada sikap tak ambil kisah.

Lepas itu, waris faraid arwah pun tak kenal. Arwah ada anak lelaki tetapi adik-beradik arwah sibuk juga nak kain baju, barang kemas dengan alasan, kami dulu rapat.

Dosa makan harta bathil ni bukan dosa kecil. Lagi kena berhati-hati jika si mati tinggalkan anak-anak yatim. Jadi kalau tak ada ilmu mengenai faraid, belajarlah. Sekurang-kurangnya kenal siapa waris faraid kita.

Puan Umi Yusof, Guru Agih Harta.

©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.

Sumber: Facebook Umi Khlsom – Wasiat, Hibah, Faraid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×