Nur

“Berdosa Ke Isteri Hilang Rasa Cinta Tapi Masih Taat & Setia Pada Suami?”

2.5K
SHARES
Hilang rasa cinta

“Hilang rasa cinta dalam hubungan suami isteri, tetapi isteri masih taat dan setia pada suami, berdosa ke?” Hantaran bergambar itu telah menimbulkan satu tanda tanya, berdosakah pasangannya itu berkelakuan sebegitu?

Justeru itu, ia telah menarik perhatian Ustazah Sharifah Zahidah untuk mengulas lebih lanjut di status Facebooknya. Jom baca di bawah!

Baca juga: 3 Teknik Berbincang Untuk Suami Isteri, Selamat Rumah Tangga…

HILANG RASA CINTA SUAMI ISTERI

Hilang rasa cinta

Dalam bahasa Inggeris, kita panggil ‘stillness’. Kekakuan. Kaku dalam berperasaan.

Perasaan tidak lagi terjentik sama ada untuk ambil berat, bermanja, bermesra atau bergaduh pun. Lost interest untuk buat apa jua aktiviti yang mengusik emosi baik secara sihat atau tidak sihat.

Untuk pasangan yang sedang melalui fasa ini, hampir tiada apa yang boleh dilakukan lagi kecuali jika ALLAH berkenan berikan ‘miracle’ dalam rumah tangga kalian untuk spark sekali lagi. Jangan berharap lagi pada pasangan, tapi bersedialah dengan segala kemungkinan.

Ingat, hati dia, ALLAH yang pegang. Bila hati dia dah hilang, jangan minta lagi dari dia, tapi mintalah dari ALLAH. Itu saja option yang kita ada.

Sentiasa berwaspada dengan ‘red flag’ pasangan

Tindakan yang sebetulnya adalah, jangan sesekali biar fasa ini melewati rumah tangga kita. Sentiasa alert dengan red flag yang paling buat pasangan terluka.

Ada orang tak kisah pasangan dia jadi wanita bekerjaya, tapi dia cukup pantang isteri dia senyum dengan rakan kerja lelaki sambil mengucap secara formal assalamualaikum dan selamat pagi bila isteri masuk pejabat.

Ada orang tak kisah pasangan dia kaki motor, asalkan jangan lepak malam-malam atau tidur berasingan tak kiralah sepenat apa sekalipun mesti kena tidur bersama.

Senarai-senarai ni semua BERBEZA bagi setiap pasangan. Kenalilah pasangan kita. Buat ‘senarai semak kita sendiri.’ Kalau dah 5 tahun bernikah tapi benda ni pun kita tak boleh jawab tentang pasangan kita, payah.

Mengelak diri dari buat pasangan terluka itu lebih penting

Hilang rasa cinta

Mengelakkan diri dari benda yang buat pasangan TERLUKA adalah lebih penting dan kritikal daripada terus konsisten buat benda yang dia SUKA. Ingat pesanan ini dalam-dalam.

No.1, jangan kacau zon sensitif dia. Jika part ni kena kacau – ‘stillness zone’ akan diaktifkan dan rumah tangga bakal bertukar menjadi hambar. Jauhi. Jauhi.

Kosnya terlalu besar untuk kita tanggung bila ambil mudah dan sengaja trigger stillness zone dalam diri pasangan kita. Marriage is not a magic, kawan. Marriage is a constant hard work to love the same person again and again.

Allahualam. Sharifah Zahidah, 8 Julai 2022. #sebelumsenja

“Hati dah mati, mungkin tunggu kata azimat dari suami…”

Menjengah di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang diterima dalam kalangan netizen. Ada pengikut yang meluahkan rasa apabila pasangannya asyik mengulangi kesalahan yang sama dan kemaafan yang diberi tidak pernah dihargai.

Jangan dibuat main bila anda telah ‘trigger’ atau kerap sentuh ‘red flag’ pasangan.

“Pernah jadi, suami cepat-cepat ambil tindakan…” – Alhamdulillah!

Perasaan kaku ini pernah terjadi kepada wanita ini juga, namun kerana usaha-usaha si suami menawan semula hatinya telah berakhir dengan bahagia. Alhamdulillah.

Sumber: Facebook Sharifah Zahidah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×