Famili

“Bukan Mak, Mak & Mak Seorang”- Wanita Bukan Hamba, Seisi Rumah Ada Peranannya…

86
SHARES

Jangan dibebankan semua tugasan rumah di atas bahu seorang wanita, isteri atau emak. Sebagai penghuni rumah yang tinggal bersama, jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada mereka untuk menguruskan segalanya. Maka, bertimbang rasa dan ringankan tulang.

Sebagaimana perkongsian nasihat dari Puan Ainini Zainal, wanita bukan hamba. Sebagai ahli keluarga, semua orang mempunyai fungsinya. Jalankan peranan anda dalam menguruskan rumah bersama-sama untuk peroleh kemudahan, kesenangan dan keharmonian yang berpanjangan.

Baca juga: ‘Checklist’ Majlis Perkahwinan, Dari 6-12 Bulan Sebelum Majlis Hingga Hari Berlangsung

WANITA MEMANG BUKAN HAMBA, JADI MEREKA HARUS BANGKIT SUPAYA TIDAK TERUS DIPERHAMBA

Gambar hiasan: Google.com.

“Laparnyaaaaa!” cari mak. Suruh mak masak.

“Awak masak apa hari ni?” soalan suami pada isteri yang baru saja sampai dari ofis pukul 7 malam.

“Anak kita lapar tu. Dia taknak makan nasi goreng awak tadi,” ayat penyata suami pada isteri yang belum habis penat masak tadi yang sekarang menyusukan baby. Makan pun belum.

KUATNYA MINDSET SEORANG WANITA MELAKUKAN SEMUA KERJA RUMAH

Gambar hiasan: Beth Hoeckel – TheNewYorkTImes.

Betapa kuatnya mindset KERJA MASAK, BASUH BAJU, JEMUR KAIN BLA BLA BLA WAJIB SURUH MAK SAJA. Dulu, kini, selamanya.

Hinggakan dalam kepala kita, sampai golongan wanita Muslim pun terlupa yang memasak dan buat segala kerja rumah sampai rasa penat nak mati itu, BUKAN tanggungjawab mereka. Sampai dah lupa.

INGATKAN SEMUA AHLI KELUARGA, MEREKA ADA FUNGSI DI RUMAH

Dan ingatkan semua ahli keluarga, semua perlu ada fungsi di rumah. BUKAN MAK, MAK DAN MAK SEORANG. Saya fokuskan pada masak saja dulu.

Gambar hiasan: Google.com.

1. Anak-anak jika dah biasa makan yang ringkas tapi padat nutrisi, semua akan makan tanpa banyak bunyi. Tak banyak meminta. Tak merungut lauk itu sedap, ini tak sedap. Yang penting kita biasakan. InsyaAllah.

Kalau betul nak merungut, nasi tak sedap, jangan makan.

Suami, kalau nampak anak merungut makanan tak sedap, kalau rasa berat nak jalankan tanggungjawab didik anak hargai rezeki. Kita pergi beli dan jangan cari isteri juga sebab dia bukan robot 24 jam kena buat kerja.

2. Suami tak suka lauk satu jenis je, ajak suami masak sama. Puji lauk masakannya pula. Semua orang suka pujian, rasa dihargai.

Jika mereka ada selera bermacam-macam, idea masak juga pasti hebat. Ajak mereka masak dan hasilnya makanlah sepuasnya. Semua happy.

3. Suami tak suka lauk dipanaskan, ajak dia berganding tenaga sediakan lauk baru segar fresh tanpa kita seorang rasa nak patah kaki uruskan kerja dapur. Kita kan keluarga?

4. Semua sepatutnya main peranan, jangan cerewet, banyak komplen. Siapa banyak bunyi, dia sepatutnya bangkit sediakan apa yang dia mahu. Betul?

5. Nak lauk banyak, isteri penat dengan nak layan anak, menyusu baby, kitalah bangun masak. Selera ada, mesti tenaga pun ada. Tak pandai, Youtube ada. FoodPanda pun ada juga hahaha.

SEKIRANYA SELAMA INI SUAMI YANG MEMASAK, ISTERI JANGAN AMBIL KESEMPATAN

Gambar hiasan: Google.com.

6. Jika tidak, kembali kepada konsep, MAKAN SAJA APA REZEKI YANG ADA. INI REZEKI KITA HARI INI.

7. Hidup berkeluarga bukan seorang saja penat nak separuh nyawa. Anak, suami, perlu bantu sama. Tak bantu, kerah. Sampai bila nak goyang kaki tunggu lauk siap hidang saja?

8. Jika suami yang biasa masak selama ni, isteri jangan pula ambil kesempatan tak bantu langsung. Asyik tonton sinetron je hahaha.

Ajak anak, “Jom tolong Papa, bagus kan Papa masak untuk kita? Hebat Papa kan, Allah bantu.”

9. Semua main peranan kalau dah namanya keluarga. Melainkan tinggal di rumah, masing-masing bayar sewa ikut saiz bilik. Ini baru sebut hal makanan.

10. Satu keluarga, sama seperti tiang rumah. Satu tiang saja gagah sebab tiang tu besar, lebar, lama-lama terbalik juga.

Berani bersuara dan bangkit supaya kita sebagai salah satu tiang rumah, tak roboh tiba-tiba. Sebab selama ni nampak kuat saja.

Sumber: Facebook Ainini Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×