Cantik

‘Checklist’ Majlis Perkahwinan, Dari 6-12 Bulan Sebelum Majlis Hingga Hari Berlangsung

16
SHARES

Majlis perkahwinan sering diadakan bagi meraikan pasangan pengantin yang sudah sah bernikah selain, bertujuan menghebahkan kepada umum. Malah, perancangan yang rapi dan teliti juga perlu dilakukan sebelum majlis sehinggalah berlangsungnya hari bersejarah.

Justeru itu, untuk memudahkan anda bersama pasangan tidak tertinggal sebarang butiran mengenai persiapan majlis perkahwinan, mari ikuti ‘checklist’ yang disenaraikan seperti dikongsikan di laman Facebook Iman Studio. Semoga dapat membantu!

Baca juga: “Syurga Bukan Untuk Diugut-Ugut..”- Ini Contoh Peras Ugut Emosi Dalam Keluarga Melalui Drama ‘Rindu Kasih’

NAK KAHWIN? IKUTI ‘CHECKLIST’ MAJLIS PERKAHWINAN INI!

Persiapan perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu diambil berat dan dilakukan sebelum majlis perkahwinan. 

Emosi pun boleh jadi roller coaster dalam waktu ini terutamanya bagi bakal pengantin perempuan. Silap hari bulan, ada yang jadi bridezilla dari awal membuat persiapan perkahwinan sampailah sebelum nikah. Oh no! 

Pelbagai perkara yang harus diteliti dan dipersiapkan, sekecil-kecil hiasan bunga tangan hinggalah sebesar-besar urusan borang nikah. Jika ada yang terlepas pandang, mungkin akan mencacatkan aturcara majlis perkahwinan idaman bakal pengantin. 

Meh abang payung Senarai Checklist Majlis Perkahwinan yang boleh jadi rujukan awal kepada bakal-bakal pengantin diluar sana.

CHECKLIST MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT TEMPOH:

6-12 BULAN SEBELUM

Sekadar gambar hiasan: hockwoldhallnorfolk.com

  1. Anggarkan jumlah kehadiran tetamu dan senaraikan
  2. Tetapkan bajet majlis.
  3. Tempah lokasi majlis.
  4. Tempah pakej perkahwinan.
  5. Tempah jurugambar atau juruvideo majlis.
  6. Bincang barang hantaran.
  7. Pilih katering mengikut bajet.

5 BULAN SEBELUM

Sekadar gambar hiasan: PengantinBaru.

  1. Buat ujian HIV di klinik kerajaan yang berdekatan.
  2. Uruskan dokumen permohonan nikah.
  3. Tempah pengacara majlis.
  4. Tentukan tema keluarga.
  5. Beli barang hantaran yang telah dibincangkan.
  6. Bincang barang hantaran.
  7. Booking homestay untuk penempatan keluarga.

3 BULAN SEBELUM

Sekadar gambar hiasan: Pejabat Agama Islam Daerah.

  1. Serah dokumen berkaitan ke Pejabat Agama Islam Daerah.
  2. Tentukan serta senaraikn tugas untuk ahli keluarga.
  3. Pilih baju untuk majlis di butik pengantin.
  4. Pilih pengapit dan tentukan warna tema serta jenis baju.
  5. Bincang menu bersama pihak katering.
  6. Tentukan dekorasi majlis untuk pelamin dan lain-lain.
  7. Survey design bunga pahar dan goodies bag.

1 BULAN SEBELUM

Sekadar gambar hiasan: PengantinBaru.

  1. Semak status permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah.
  2. Senaraikan nama dan alamat tetamu untuk pos kad jemputan.
  3. Pos semua kad jemputan majlis kahwin.
  4. Rancang kedudukan tetamu yang bakal hadir.
  5. Buat rawatan muka.
  6. Tempah juruinai.
  7. Gubah dekorasi hantaran.

1 MINGGU SEBELUM

Sekadar gambar hiasan: Nor Collection & Design.

  1. Sahkan kehadiran jurunikah.
  2. Pastikan prosedur pernikahan selesai.
  3. Sediakan duit kecil untuk bayar jurunikah, saksi dan lain-lain.
  4. Hias bilik pengantin.
  5. Sahkan semua tempahan seperti jurugambar dan lain-lain.
  6. Ambil baju kahwin di butik pengantin.
  7. Aturkan taklimat tugasan untuk setiap ahli keluarga atau pembantu.

1 HARI SEBELUM

Sekadar gambar hiasan: PesonaPengantin.

  1. Majlis berinai.
  2. Pastikan pakaian untuk majlis siap diseterika.
  3. Siap rebus telur serta hiasan dibunga telur.
  4. Pastikan tanda arah ke lokasi majlis siap pasang.
  5. Rehat dan tidur awal.

HARI MAJLIS

Sekadar gambar hiasan: Instagram @nanangsupriyadi_photography

  1. Bangun awal pagi dan mandi sunat.
  2. Pastikan anda siap 1 jam awal.
  3. Alas perut dengan sarapan ringan.
  4. Banyakkan selawat dan zikir supaya hati tenang.
  5. Senyum dan nikmati hari bersejarah anda.
  6. Kunci bilik yang menyimpan barang berharga.

Sumber: Facebook Iman Studio

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×