Famili

“Syurga Bukan Untuk Diugut-Ugut..”- Ini Contoh Peras Ugut Emosi Dalam Keluarga Melalui Drama ‘Rindu Kasih’

22
SHARES

Perasaan diri apabila diugut amat sukar digambarkan. Ia sangat berat dan beban kepada penerima, ditambah pula apabila diugut oleh individu terdekat seperti keluarga sendiri. Pelbagai ayat-ayat ugutan yang dikeluarkan bagi memerangkap dan memanipulasi si penerima.

Sebagaimana contoh terjadinya peras ugut emosi dalam keluarga yang dikongsikan oleh seorang konsultan keibubapaan, Puan Noor Afidah Abu Bakar melalui drama Rindu Kasih yang sedang hangat diperkatakan. Ujarnya, peras ugut emosi ini sering digunakan untuk mengawal seseorang kerana individu yang mengugut tidak tahu cara lain yang berkesan untuk menguruskan konflik.

Baca juga: Jangan Sampai Terjerat! Rupanya Ini Modus Operandi ‘Suami Orang’, Hati-Hati!

KETAHUI CONTOH PERAS UGUT EMOSI DALAM KELUARGA

PERAS UGUT EMOSI DALAM KELUARGA

Peras ugut emosi atau ’emotional blackmail’ berlaku apabila orang yang rapat dengan kita menggunakan ketakutan kita, rahsia kita, tanggungjawab kita ataupun kelemahan kita sebagai hukuman bagi memenuhi kemahuannya.

  1. Amir sangkakan Ina sebagai seorang isteri dan ibu, akan takut sekiranya diceraikan. Maka diugutnya dengan talak.
  2. Halijah tahu sebagai anak yang bertanggungjawab dan anak yang sering solat berjemaah di masjid, Amir tentu dambakan kebaikan. Maka diugutnya dengan Syurga.

Dalam keluarga ataupun dalam sesebuah perhubungan, peras ugut emosi ini sering digunakan untuk mengawal seseorang kerana individu yang mengugut tidak tahu cara lain yang berkesan untuk menguruskan konflik.

1. PERAS UGUT EMOSI 3 – AMIR

Sekadar gambar hiasan: Google.com

“Salina bt Khalid. Selangkah Ina keluar dari kawasan ini maka jatuh talak satu pada Ina.”

Begitulah ugutan Amir pada isterinya dalam babak di episod akhir drama Rindu Kasih. Dialog tersebut seakan pernah diucapkan pada episod-episod terdahulu, maka saya kembali ke episod awal untuk mencari dialog itu.

Ternyata benar. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

2. PERAS UGUT EMOSI 2 – HALIJAH

Sekadar gambar hiasan: Google.com

“Selangkah Amir keluar dari rumah ini….”, begitulah yang diucapkan oleh Halijah kepada Amir di episod 5.

Bagaimanapun belum pun sempat Halijah menghabiskan ugutannya, Amir tetap juga melangkah keluar dari rumah untuk mencari isteri yang kecewa setelah ditampar oleh Halijah.

Kerana tidak menurut permintaan ibunya, maka itulah pertama kali kita mendengar Halijah ‘menunggang’ Syurga untuk mengawal Amir supaya tunduk pada kemahuannya.

PERAS UGUT EMOSI BOLEH JADI IKUTAN & BUDAYA DALAM KELUARGA SEKIRANYA IA BERKESAN

Peras ugut emosi boleh menjadi ikutan dan budaya dalam keluarga sekiranya ugutan itu berkesan untuk menundukkan ahli keluarga untuk memenuhi permintaan yang bukan-bukan.

Dalam keluarga Halijah ini, peras ugut emosi bukan hanya menjadi zikir Halijah sahaja, malah Zamani suaminya juga menggunakan kaedah peras ugut emosi agar Khalid memenuhi permintaannya.

Zamani menggunakan rasa terhutang budi Khalid sebagai modal untuk mengugut emosinya.

Peras ugut Zamani lebih lembut (subtle) berbanding kaedah Halijah, namun ia cukup untuk menimbulkan rasa bersalah dalam diri Khalid dan juga Halijah pada ketika itu.

3. PERAS UGUT EMOSI 1 – ZAMANI

Sekadar gambar hiasan: Google.com

“Dulu aku pernah selamatkan maruah keluarga isteri aku sebab kau”. Begitulah mukaddimah Zamani ketika terlantar sakit sebelum menyatakan permintaannya kepada Khalid.

Pada ketika itu Halijah merayu dengan nada yang merintih dan mengharap agar Zamani tidak meneruskan niatnya itu, tetapi Zamani tetap tidak mengendahkannya. Halijah juga mangsa peras ugut emosi kerana terhutang budi.

Walaupun Zamani seorang yang sangat baik, tetapi permintaannyalah yang telah mengorbankan banyak hati, malah juga menyebabkan korban nyawa dan dendam yang tidak berkesudahan dalam keluarga.

SYURGA BUKAN UNTUK DIUGUT-UGUT, IA SEPATUTNYA MENDAMAIKAN…

Sekadar gambar hiasan: Martin-dm – GettyImages.

Peras ugut emosi ini tidak membawa apa-apa kebaikan dalam keluarga melainkan menjadikan orang yang diugut itu dungu dan bebal.

Mangsa tidak berupaya untuk berfikir dalam membuat keputusan. Mangsa tersepit dan tiada pilihan. Emosi mendahului akal. Fight, Flight or Freeze.

Itulah yang berlaku pada Amir. Tidak ramai yang berupaya untuk melangkah pergi dari peras ugut emosi seperti Salina.

Syurga bukan untuk diugut-ugut. Syurga sepatutnya mendamaikan dan menenangkan

Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy.

Sumber: Facebook Parent Connect

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×