Famili

Jangan Sampai Terjerat! Rupanya Ini Modus Operandi ‘Suami Orang’, Hati-Hati!

17
SHARES

Berhati-hati dengan kelakuan suami orang yang datang menceritakan keburukan isterinya kepada anda. Melalui perkongsian dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, itu merupakan modus operandi yang sama dari mereka. Semua yang isterinya buat ada sahaja yang tak kena di matanya.

Anda sebagai orang luar, disarankan untuk tidak sesekali datang dekat, berasa kasihan dan terjerat. Nasihatkan lelaki sedemikian untuk pulang ke rumah. Minta perbaiki kekurangan isteri dengan kelebihan dirinya dan tutuplah aib rumah tangganya dari pengetahuan orang luar.

Baca juga: Ini Adalah 10 Benda Yang Tak Boleh Dibeli Dengan Wang – Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

JANGAN SAMPAI TERJERAT & RASA KASIHAN!

Modus operandi “suami orang” ni biasanya sama sahaja. Dia datang dalam keadaan menceritakan keburukan isterinya. Semua yang isterinya buat tak kena di matanya.

Dialognya sama sahaja iaitu:

“Kenapalah isteri i tak macam you ye.”

“Kalaulah dia boleh faham macamana you faham i. Kan bagus!”

“Kenapalah i tak kenal you lebih awal ea.”

Dan macam-macam lagi kata penyesalan darinya dan masa itu dia bukan main puji lagi kamu seolah-olah kamulah paling sempurna di matanya.

Waktu itu jika kamu hanyut dengan kemanisannya, maka kamu automatik jadi orang ketiga. Tetapi kalau kamu mempertahankan diri dan tak layan segala kata-katanya, kamu wanita hebat dan kuat.

KETIKA LELAKI CERITA KEBURUKAN ISTERI, SEBENARNYA DIDEDAH KELEMAHAN DIRI

Gambar hiasan: Google.

Para wanita sekalian,

Ketahuilah pada saat dia menceritakan keburukan dan kekurangan isterinya, dia sebenarnya sedang mendedahkan kelemahan diri sendiri.

Tanya padanya, bila kali terakhir dia buat isterinya gembira?

  1. Bila kali terakhir dia menyantuni dan membantu isterinya menguruskan rumah?
  2. Bila kali terakhir, dia menjadi imam di rumah?
  3. Bila kali terakhir, dia mencium isterinya seusai solat berjemaah?

Jika dia boleh jawab dengan tepat dan jawapannya itu adalah, “baru-baru ini.” Maka suruh dia pulang ke rumah dan terus melayani isterinya dengan baik.

Namun jika dia belum buat semua itu. Pun kamu patut suruh dia pulang ke rumah untuk jalankan amanah serta tanggungjawabnya sebagai suami yang sebenar. Suruhlah dia menjaga isterinya baik-baik di rumah.

PERBAIKI KEKURANGAN ISTERI DENGAN KELEBIHAN YANG SUAMI MILIKI

Gambar hiasan: Google.

Pesan padanya untuk perbaiki kekurangan isteri dengan kelebihan yang dimilikinya dan tutuplah aib rumah tangganya dari pengetahuan orang luar.

Kamu dikira orang luar dan tak patut tahu apa yang berlaku dalam perkahwinanannya. Itu hal mutlak. Block saja suami orang tu. Jangan layan.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×