Ada orang kata wang tidak menjanjikan kebahagiaan, tetapi dalam masa yang sama wang jugalah yang menyumbang kepada kebahagiaan. Pandangan mengenai wang ini begitu meluas dan berbeza berdasarkan terjemahan seseorang itu.
Melalui perkongsian dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, terdapat 10 perkara yang tidak boleh dibeli dengan duit. Ia bukanlah dalam bentuk material tetapi lebih kepada pembentukan peribadi, etika dan hubungan. Jom baca!
Baca juga: “Nak Jadi Isteri Baik Itu Boleh, Tapi Jangan ‘Terlalu’ Berusaha Menjadi Yang Terbaik..”
TAK SEMUA BENDA RUPANYA, BOLEH DIBELI DENGAN DUIT

Gambar hiasan: Google.
10 BENDA YANG TAK BOLEH DIBELI DENGAN DUIT
1. COMMON SENSE
Sama ada kamu ada ataupun tidak, kamu kena lebih peka bagaimana orang di sekeliling kamu bertindak dan macamana dunia ini bergerak.
Modalnya adalah jadi lebih peka, bukan pekakkan diri dari melihat suasana. Hari ini, ramai orang lebih gemar tengok handphone berbanding memerhati di sekeliling.
2. ADAB
Adab mesti dipelajari dari pemerhatian kita terhadap orang lain. Terutama belajarlah dari orang tua yang elok budi pekertinya.
Lihat bagaimana mereka berinteraksi dan menghargai sesiapa sahaja di hadapan mata.
3. MORAL
Modal utama moral adalah mengasingkan yang mana baik dan tidak baik. Ia memerlukan penelitian akal dan hati yang seimbang.
4. HORMAT

Gambar hiasan: Google.
Sifat ini terbina apabila kita sendiri menghormati orang lain. Jika kita gagal mendidik diri kita untuk menyantuni orang lain, maka hal itu akan berbalik pada kita sendiri.
Kita tidak dihormati dan mungkin akan dikeji suatu saat nanti.
5. KARAKTER
Modal karakter terbina dari ilmu, pengalaman dan pilihan yang kita buat dalam hidup. Seseorang itu jadi kuat kerana dia diuji dengan hebat.
6. KEPERCAYAAN
Ia bermodalkan masa. Kadangkala ia dibina bertahun-tahun namun boleh lebur dalam sehari dua sahaja.
7. KESABARAN
Hal ini berat untuk semua orang. Tetapi hakikatnya, takkan kita nak biar orang atau hal sekeliling yang mengawal kita.
Pastikan kita yang mengawal diri sendiri.
8. PERSAHABATAN

Gambar hiasan: Google.
Bersama susah dan senang. Paling penting, ia disulam dengan kejujuran dan keikhlasan. Itu modal paling utama dalam bersahabat.
9. BERINTEGRITI
Modalnya adalah kebenaran. Sampaikan hal tersebut walau pahit untuk ditelan. Ia jauh lebih baik dari menutup sesuatu dengan kepalsuan.
10. CINTA SEJATI & KASIH SAYANG
Ia datang dari hati suci dan ikhlas. Tidak mengharapkan balasan dan sentiasa ingin yang terbaik serta melindungi orang tersayang.
Contoh cinta terbaik adalah bagaimana mak ayah kita menyayangi kita.

Gambar hiasan: Google.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Teliti kehidupan kita hari ini. Pastikan kita tingkatkan nilai diri ini dengan sungguh-sungguh kerana kita nak pastikan kita ini dapat menjadi manusia yang lebih baik dari semalam.