Seorang isteri yang mempunyai nilai diri yang tinggi seperti berakhlak baik, rajin dan pandai menjaga hati suami itu sangat bernilai pada pandangan suami. Perlu diingat juga, dalam menjadi baik jangan pula ‘terlalu’ berusaha untuk menjadi yang terbaik sehingga memakan diri sendiri.
Sebagaimana coretan nasihat yang dibuat oleh Doktor Amirul Amin, menjadi isteri dan ibu yang terbaik bukanlah tidak boleh. Namun, perlu diketahui bahawa manusia ada batasnya. Justeru itu, buatlah setakat yang mampu terutamanya dalam menyelesaikan kerja-kerja rumah kerana ia tidak pernah akan habis.
Baca juga: Asyik Datang Mengadu Suami Tiada Usaha Tingkatkan Ekonomi Keluarga, Tapi Si Isteri Pula Buat Apa?
TERDAPAT 3 STATUS DIPEGANG WANITA YANG TELAH BERKAHWIN
“Nak jadi isteri yang baik itu boleh, tapi jangan ‘terlalu’ berusaha untuk menjadi yang terbaik…”
Buat setakat yang mampu, setakat yang awak boleh then minta suami untuk faham keterbatasan awak dalam menjadi seorang isteri, seorang ibu dan juga seorang pekerja.
3 status yang dipegang seorang perempuan setelah mendirikan rumah tangga. Dia menjadi seorang isteri kepada suami, dia seorang ibu kepada anak-anak dan dia juga seorang pekerja kepada majikan (jika bekerja).
Dengan kudrat sebagai seorang perempuan, anda rasa, sampai bila anda mampu untuk menggalas ketiga-tiga status itu dengan baik? Dan boleh melakukan semuanya dengan sempurna?
AKUI KEMAMPUAN DAN KETERBATASAN ANDA
Please know your limit…
Tahu kemampuan dan batas awak. Jangan buat semuanya terlalu sempurna sebab lama-kelamaan awk akan letih, awak akan penat.
Bila awk letih, bila awak penat, awak akan beremosi dan cepat sensitive. Awk akan moody dengan suami, awak cepat marah dengan anak-anak. Awak dah almost fully utilize fizikal awak, mental awak.
Kalau tak sempat buat kerja rumah itu hari ini, buatlah esok. Jangan paksa diri untuk buat juga bagi settle hari ini. Bezakan kerja rumah apa yang perlu dibuat dahulu, kerja rumah mana yang boleh dibuat di hujung minggu dan sebagainya.
KERJA RUMAH TIDAK AKAN PERNAH HABIS, TAK PERLU SELESAIKAN SEMUA DALAM SATU HARI
Jangan anggap semua kerja-kerja rumah itu perlu dibuat dalam hari yang sama, perlu disiapkan dalam hari yang sama.
Jangan seksa diri sendiri untuk semua ini. Jangan paksa diri semata-mata untuk semuanya kelihatan baik dan sempurna.
Jangan…anda bukan robot.
Anda perlukan rehat yang mencukupi untuk terus berbakti dan anda juga perlu untuk terus sihat dalam menjadi seorang isteri dan seorang ibu.
Sayangilah diri anda sebelum menyayangi diri orang lain.
Sumber: Facebook Dr.Amirul Amin