Famili

Asyik Datang Mengadu Suami Tiada Usaha Tingkatkan Ekonomi Keluarga, Tapi Si Isteri Pula Buat Apa?

1
SHARES

Suami dan isteri, masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab kerana itu mereka ditakdirkan untuk saling melengkapi di antara satu sama lain. Keharmonian dan kebahagiaan tidak akan terjadi, sekiranya hanya seorang saja yang menjalankan peranan tersebut. Namun, apabila kedua-duanya pun tidak berfungsi, apa nak jadi?

Sebagaimana perkongsian nasihat yang dibuat oleh Puan Normaliza Mahadi berkenaan isu ini, di mana dirinya menerima aduan dari seorang isteri yang mengadu perihal si suami yang tiada usaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Namun, wanita tersebut juga tidak melakukan apa-apa untuk membantu suaminya.

Baca juga: Sayang Dan Setia, Bolehkah Ia Dipaksa? Ini Jawapannya…

KESILAPAN KECIL ISTERI, TAK MAINKAN PERANAN SEPATUTNYA

Gambar hiasan: Shutterstock.

Ada isteri mengadu kepada saya tentang suaminya yang langsung tiada usaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Saya tanya isteri tersebut apa yang dia telah lakukan untuk membantu suami untuk lebih berjaya.

Isteri ini diam lama dan kemudian menjawab, tak ada apa-apa yang telah dia lakukan. Sebab katanya suaminya yang patut berusaha sendiri. Sebagai lelaki dan ketua rumahtangga, suami perlu tahu sendiri.

Anyway, di sinilah kadangkala terletaknya kesilapan kecil isteri. Isteri tak nampak yang salah satu role penting untuk dimainkan dalam perkahwinan adalah menjadi motivator kepada pasangan.

Sama ada suami atau isteri mestilah menjadi motivator antara satu sama lain. Jika nak suami jadi bagus, isteri ada peranannya.

Betul ada suami yang pandai jadi bagus tanpa perlukan isteri menjadi motivator. Tetapi ada banyak masa lelaki perlukan seseorang yang kenal dia sebagai motivator untuk dia bekerja keras mencapai potensi maksimum diri.

Hanya segelintir lelaki sahaja tak mendengar kata. Banyak suami yang mendengar dan mencerna cadangan isteri.

PERANAN ISTERI TERUTAMANYA BERIKAN MOTIVASI KEPADA SUAMI

Gambar hiasan: Google.

Salah satu motivasi besar yang isteri boleh buat untuk suami menjadi lebih berjaya adalah dengan mengalakkan suami solat di masjid, sekurangnya untuk solat Subuh dan Isyak. Jika boleh 5 kali sehari lagi bagus.

Hari Jumaat isteri boleh beritahu suami nanti tolong share khutbah Jumaat lepas balik kerja.

Masa dapat duit perbelanjaan bulanan dari suami terus doakan depan suami agar Allah ampunkan semua dosa dan tingkatkan darjat serta tambahkan lagi rezeki suami. Ini memotivasikan suami untuk rasa dihargai dan berusaha lebih lagi.

Suami yang naik motor pergi balik kerja, isteri nampakkanlah rasa bersyukur dan berterima kasih kepada usaha suami.
Jika suami balik basah kuyup dalam hujan dan kebetulan isteripun dah balik kerja masa tu, bantulah suami keringkan baju hujannya. Sediakan kopi panas dan menunjukkan rasa simpati kepada suami.

Sementara ada suami ni kan. Esok lusa belum tahu lagi. Moga kita jadi isteri yang bersyukur dengan rahmat Allah Penguasa Sekalian Alam.

Semoga Allah lindungi suami kita dari sebarang kecelakaan dari semua arah dan masukkan suami kita semua di Jannah atas semua kebaikan yang telah dibuat kepada kita dan keluarga. Aameen.

“SMALL EFFORT BIG IMPACT” – NETIZEN

Sementara itu, meninjau di ruangan komen perkongsian nasihat ini telah mendapat respon yang positif dalam kalangan netizen. Mereka menyatakan, amat penting dalam mempelajari dan mengaplikasikan ilmu ‘check & balance’ rumah tangga.

Malah, isteri yang menjaga emosi suami dengan sebaik-baiknya amatlah penting. Biarpun usaha itu nampak kecil tapi kesannya amatlah besar dalam perkahwinan.

Dalam pada itu di ruangan komen pula Puan Normaliza turut berpandangan, perkataan ‘dah’ di dalam perhubungan telah melimitkan potensi lain kerana banyak sebenarnya, peranan yang boleh dilakukan oleh sesama pasangan.

Sumber: Facebook Normaliza Mahadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×