Famili

Ketahui 8 Tempat Dalam Rumah Jadi Tumpuan JIN, Walaupun Ada Orang Jangan Buat Perkara Ini!

17
SHARES
makhluk jin

Kalau nak diikutkan makhluk jin itu ada di mana-mana sahaja, namun sikap menguruskan rumah juga boleh menjadi punca ruang dibuka untuk jin datang bertandang. Jika rumah yang berpenghuni pun menjadi tempat tinggal jin, inikan pula yang dibiarkan kosong.

Sebagaimana perkongsian saudara Din Dinz di bawah, terdapat lapan jenis tempat yang menjadi tumpuan jin di dalam rumah sepanjang pengalamannya menghalau makhluk tersebut. Senarainya seperti berikut:

Baca juga: Cara Mudah Kesan Makhluk Halus Tinggal Dalam Perut, Patutlah Asyik Kembung Je!

MAKHLUK JIN

makhluk jin

Gambar: Din Dinz

Dalam pemerhatian melalui pengalaman saya menghalau jin di rumah, makhluk itu gemar berada di beberapa tempat seperti berikut:

1. Di depan pintu tandas dan di dapur

Kenapa dengan tandas, itukan tempat dia.

Kenapa di dapur? Kerana sumber makanannya di situ ialah tulang-tulang dan sisa-sisa makanan kita seolah-olah kita menyediakan makanan untuknya. Disebabkan itu, sisa-sisa makanan harus diikat dalam plastik dan bekas-bekas makanan hendaklah terus dicuci sebaik sahaja selesai makanan, melainkan kalau memang tuan rumah nak bela jin!

2. Depan Televisyen

Apa hubungan jin dengan Televisyen (TV)?  Kerana syaitan atau jin dan maksiat bagaikan lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan. Kalau ahli rumahnya selalu melihat maksiat melalui TV malah berpesta maksiat maka itulah tempat yang disukainya.

Ada sebuah rumah saya dipanggil untuk halau gangguan jin, apabila saya tanya pembantu rumahnya dia selalu melihat puntianak yang berjubah putih terbang dalam rumah dari dapur ke ruang tamu yang ada TV!

3. Jin akan tinggal di dalam bilik yang tidak selalu digunakan

Kes sebegini banyak saya temui. Di sebuah rumah dua tingkat, hanya tingkat bawah sahaja digunakan, manakala tingkat atas jarang orang masuk tidur dan solat. Malah, jarang sekali dibersihkan dan disapu, lebih-lebih lagi di dalam bilik itu ada pelbagai peralatan seperti mesin jahit, tilam dan sebagainya.

Kehadiran syaitan-syaitan itu dapat dikenalpasti kerana apabila kita masuk, terasa panasnya lain macam. Kadang-kadang orang yang masuk ke dalam bilik itu terasa ada semacam jarum menyucuk mana-mana anggota badannya dan bermimpi.

Ada satu kes di sebuah rumah berdekatan Batu Caves, Selangor, rumah tersebut tidak diduduki sehingga lima tahun. Apabila saya masuk, saya mendapati ada jin di dalam sebuah bilik di rumah tersebut. Oleh kerana itu, penyewa atau pembeli enggan menduduki rumah itu kerana berasa takut sedangkan perhiasan dalamannya begitu cantik.

4. Tempat yang ada alat muzik

Ada beberapa buah rumah yang saya pergi apabila ada gitar dan piano, maka jin akan berada di situ kerana hubungan maksiat dengan jin terpisah tiada.

Baca juga: Tiap Hari Amalkan Ayat INI Dalam Surah Yasin Untuk Anak Pandai, Petua Bermanfaat!

5. Di tempat yang ada gambar dan patung manusia atau binatang

makhluk jin

Gambar: liputan6

Banyak hadis Nabi Muhammad S.A.W menegaskan bahawa malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar dan patung, walaupun ianya hanyalah gambar keluarga yang menerima ijazah digantung.

Pernah satu masa saya melakukan rukyah terhadap seorang pesakit yang menglami ‘slip disc’ yang mana pada kebiasaan, bagi saya tidak sukar melakukannya tetapi kurang berkesan semasa pengubatan kali ini dilakukan.

Selepas diperiksa rupa-rupanya terdapat patung dinasour atas almari di rumah itu. Sesudah buang patung tu dibuang, barulah penyakit pesakit tersebut pulih dengan izin Allah selepas sesi rukyah diadakan semula.

6. Penghuni rumah menggunakan tangkal, azimat, buluh perindu dan sebagainya

Dalam satu peristiwa, saya pernah melakukan rukyah terhadap anak kecil yang kerap menangis. Apabila saya periksa, di dalam rumahnya memang ada jin tetapi apabila dihalau, ia tak mahu keluar.

Saya bertanya kepada ayah anak itu, ada apa-apa yang dipakainya? Akhirnya, dia menyerahkan kepada saya azimat miliknya. Kemudian saya neutralkan azimat itu dan saya bakar. Barulah jin keluar dari rumah dan anaknya berhenti menangis.

7. Rumah yang disimpan barang-barang lama

Ada satu kes di mana seluruh ahli rumah tersebut sakit-sakit disebabkan gangguan jin di dalam rumah yang disimpan barang-barang dipuja. Antaranya seperti barang-barang lama tinggalan nenek moyang atau barang pusaka seperti keris, lembing, tombak, pengacip pinang dsbnya

8. Tinggal berdekatan rumah yang ditinggalkan kosong

Jika rumah yang lama ditinggalkan kosong, maka penghuninya bukanlah manusia tetapi sebaliknya ianya akan dihuni oleh jin dan syaitan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W yang mana pada akhir zaman ini terdapat banyak rumah syaitan.

Mudah-mudahan kita semua tidak terpedaya dengan tipu daya jin, iblis dan syaitan. 

Kredit: din dinz

Baca juga: Dua Cara Mandikan Jenazah Mangsa Kebakaran, Elak Kulit Melepuh Tertanggal

Sumber: Auni Page via DOA,PETUA DAN AMALAN HARIAN

FT Image: Dok.Pixabay

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×