Famili

Rutin Emak Mengemas Rumah Setiap Hari, Anak Perhati Dari Kecil & Jadi Ikutan Bila Besar!

262
SHARES
rutin emak mengemas rumah

Benar kata pepatah Melayu, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’, apa yang ditunjuk mak ayah pasti menjadi ikutan anak-anak. Ini termasuklah bab penjagaan rumah. Di mana, rutin emak mengemas rumah pasti akan diperhatikan oleh anak-anak sewaktu kecil dan tanpa sedar apabila mereka dewasa ia pula sudah menjadi satu kebiasaan yang dilakukan.

Begitulah realiti yang dikongsikan Puan Nurlia Mohd Nor mengenai rutin harian arwah emaknya dalam bab menjaga atau mengemas rumah. Sungguh teliti dan padat, dari bangun subuh sehingga malam hari hingga membuatkan rutin emaknya itu meresap ke dalam mindanya melalui permerhatian dari kecil.

Mari, ikuti perkongsian kisah ini dengan lebih lanjut di bawah!

Baca juga: Sedekad Tak Balik Beraya & Berpuasa, Wanita Ini Kongsi Kisah Hidupnya Di New Zealand

RUTIN EMAK MENGEMAS RUMAH JADI CONTOH IKUTAN ANAK

rutin emak mengemas rumah

Saya senaraikan beberapa perkara yang semasa hidupnya Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan atau mengemas rumah:-

RUTIN KEMAS RUMAH SELEPAS BANGUN PAGI

1. KEMAS TEMPAT TIDUR & KATIL

Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur dan katil. Itu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai atau berehat.

Nak landing sila ke sofa atau ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.

2. BASUH BAJU SELEPAS SOLAT SUBUH

Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri.

Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.

3. TERUS SIDAI PAKAIAN SETELAH ITU

Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Tak ada tangguh-tangguh. Kadang-kadang Abah perli, “Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..” hahaha.

4. SAPU HALAMAN LUAR & DALAM RUMAH

Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering dan sebagainya.

Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.

5. CUCI PINGGAN MANGKUK LEPAS GUNA

Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki.

Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik.

Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.

6. MASUK DAPUR UNTUK MEMASAK

Tepat pukul 10 pagi, Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.

RUTIN KEMAS RUMAH DARI TENGAH HARI HINGGA MALAM

rutin emak mengemas rumah

7. ANGKAT PAKAIAN DI JEMURAN & TERUS LIPAT

Selesai masak dalam pukul 12 tengah hari, Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.

8. MANDI & SOLAT ZOHOR

Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.

9. MAKAN TENGAH HARI, REHAT & SEDIA SOLAT ASAR

Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4, Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.

10. AKTIVITI SANTAI DI WAKTU PETANG

Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.

11. MANDI MAGHRIB & PAKAIAN KOTOR DIRENDAM UNTUK RUTIN ESOK

Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari.

Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah, dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali.

Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.

12. MAKAN MALAM

Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.

13. KEMAS MEJA MAKAN & BUANG SAMPAH

Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.

Selain itu:-

1. Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok.

2. Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.

3. Buku cerita atau mainan selepas baca dan main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.

ANAK BELAJAR DARI PEMERHATIAN MELALUI TAULADAN DITUNJUKKAN EMAK AYAH

Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe.

Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je.

Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan atau marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan.

Tapi..

Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik.

Percayalah..

Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu. Al fatihah Mak.

rutin emak mengemas rumah

*Dalam gambar ini adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan.

Dan gambar yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..

Nota:

Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya.

Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham. Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu.

Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung.

Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas.

Sumber: Facebook Nurlia Mohd Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×