Deko & Hias

“Rumah Mahal Tapi Kotor…”- Ingat Pesan Mak Bila Kemas Rumah Macam Ini Caranya

4.9K
SHARES
cara kemas rumah

Terlalu banyak pesanan yang sering emak berikan kepada anak-anak terutama dalam bab cara kemas rumah yang betul. Walaupun pada mulanya, anak akan mengomel sambil melakukan tugas yang diberi. Namun, bila tersedar ada benarnya kata-kata emak, dia yang lebih dahulu makan garam.

Sebagaimana perkongsian dari Puan Anis Syuhada, yang teringat kembali pesanan-pesanan mengemas rumah dari emaknya oleh kerana kerinduan disebabkan tidak dapat pulang ke kampung menjenguk orang tuanya. Jom baca pesanan berikut, boleh juga dipraktikkan bagi anda yang belum pernah lakukan beberapa tugasan di rumah seperti di bawah.

Baca juga: Cara Orang Cina Rancang Majlis Perkahwinan, ‘Haram’ Buat Personal Loan

CARA KEMAS RUMAH, 8 PESANAN DARI MAK…

cara kemas rumah

Gambar hiasan: DFWChild.com.

Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat. Rutin setiap pagi ialah:

  • Sapu sampah luar dan dalam rumah
  • Kemas tempat tidur
  • Pastikan setiap bilik kemas
  • Sidai kain
  • Siram pokok bunga mak

Sampai ke tua juga lah menjadi rutin Anis sehingga hari ini.

Baca juga: Baju Putih Bertukar Warna? Cuci Guna 1 Bahan Magik Ini, Auto Hilang Nampak Baru!

Mak selalu pesan:

1. Sapu saja sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada ke tak ada sampah.

2. Sambil menyapu tu kaih-kaih sama sawang jangan menyapu macam orang tak ada mata dan tak ada tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).

cara kemas rumah

3. Lapik kaki luar ke dalam ke basuh. Jangan tunggu keras melekat dekat lantai naaa. Ye la, nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.

4. Kabinet kasut susun, jangan lah selipar tinggal sebelah pun kau simpan. Nak pakai pergi mana? Hahaha. Putus pun simpan, sayang kena bertempat. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin nak susun.

5. Tong sampah cuci ya. Ada depan rumah kau tak cuci mengaum bau hahaha. Selalu kalau detergent dah habis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.

Baca juga: Doktor Kongsi 5 Petua Mudah Halau Serangga Dalam Rumah, Semua Lari!

6. Tiap kali lepas masak, cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”.  Mak saya ini dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa lah kalau dia masak, licin dapur dia kemas.

Kalau korang cakap “kejap lagi buat la” maka, korang akan murung dengar dia bebel. Lagi-lagi bila dia cakap, ”tak apa biar mak buat, korang semua rehat tengok tv.” Elok-elok je dia cakap tapi korang akan rasa berdosa seumur hidup hahaha.

Baca juga: Cara Basuh Seluar Jeans Supaya Tak Cepat Lusuh, Nampak Macam Baru!

cara kemas rumah

7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintenance. Warna apa pun dapur kena rajin, putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning merengau ke kena bersih.

8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ye la, sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah, rambut bergumpal dekat hujung penyodok tebal 5 inci, habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.

Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan biar letak dekat lantai, lepas itu nak sapu habis bulu penyapu melentik bengkok.

MAK CAKAP, “RUMAH PALING PENTING BERSIH, BARANG LAMA TAK APA…”

Tapikan betul lah apa yang mak pesan itu, beri impak besar walaupun kadang kita rasa, “Alahhhh itu pun nak bagitahu ke?”

Mak selalu cakap, rumah kita paling penting bersih. Barang lama pun tak apa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.

Terima kasih korang rajin baca. Sebenarnya, saya rindu dekat ayah dan mak Fauziah Said sebab depa balik kampung sebab tu asyik teringat je apa dia cakap selalu. Kali ni tak boleh balik kampung sekali sebab kami kena siapkan kerja deco.

Insha Allah, minggu ini kita update rumah segak baru ok. Nak handover kunci pada owner, Insha Allah.

Baca juga: Tips Ambil Kereta Baru, ‘Check’ Dulu & Lebih Baik Bawa 4 Orang Penuhkan Kereta!

Sumber: Facebook Anis Syuhada

FT Image: Anis Syuhada

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×