Deko & Hias

Ini Punca Sinki Sering Tersumbat, ‘Point 6’ Tak Ramai Yang Tahu & Jangan Terkejut!

404
SHARES
sinki tersumbat

Di dalam setiap rumah, pasti ramai yang pernah menghadapi masalah sinki tersumbat, betul tak? Walaupun paip sinki telah dibaiki namun, masalah ini berlaku lagi. Mungkin tanpa sedar, anda telah termasukkan sisa bahan-bahan di senarai bawah ini ke dalam lubang sinki.

Sudahlah sinki tersumbat, habis satu rumah berbau busuk angkara sisa ini. Oleh itu, mari lihat punca-punca yang menyebabkan sinki sering tersumbat. Semoga info ini dapat membantu menyelesaikan masalah sinki rumah anda.

Baca juga: Berbuka Puasa Terus Makan Dengan Banyaknya! Ini 5 Kesan Boleh Dapat Terutama NO. 3 Itu!

SINKI TERSUMBAT

sinki tersumbat

PUNCA-PUNCA SINKI SERING TERSUMBAT

1. BERAS & NASI

Beras merupakan bahan makanan yang memang ada di setiap rumah kerana ia adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Tak lengkap hidup sekiranya tiada beras di rumah, betul tak?

Sewaktu membasuh beras, amatlah penting untuk anda berhati-hati ketika membuang airnya supaya beras tidak jatuh ke dalam sinki. Jadi, tahanlah beras menggunakan tangan dengan betul.

Sama juga sewaktu anda hendak mencuci periuk nasi. Pastikan kerak nasi yang tertinggal tidak terjatuh ke dalam sinki sehingga ia masuk ke dalam saluran paip. Ia boleh menyebabkan sinki tersumbat dan berbau nanti.

Sebaiknya, anda membuang sisa nasi ke dalam bakul sampah dengan menggunakan senduk nasi atau sudu terlebih dahulu. Cara ini dapat mengurangkan kebarangkalian singki tersumbat angkara sisa nasi.

2. TEPUNG & KULIT TELUR

Tepung dan telur antara bahan penting terutamanya, jika anda hendak membuat kek atau hidangan lain yang berasaskan bahan ini. Namun, pastikan juga sisa bahan-bahan ini tidak terjatuh ke dalam sinki bagi mengelakkan sinki berbau dan tersumbat.

Pastikan sisa tepung yang telah bercampur air dan kulit telur, dibuang ke dalam bakul sampah sebelum membasuh bekasnya. Sama juga seperti sisa makanan yang terhasil dari bahan ini, terus sahaja dimasukkan ke dalam bakul sampah. Jangan cuci bekas sekali dengan sisa makanan, okay?

3. RAMBUT

sinki tersumbat

Rambut juga antara bahan utama yang menyebabkan sinki dan saluran paipnya tersumbat. Tak dapat dinafikan, walaupun rambut telah dirapi kemas sewaktu berada di kawasan dapur, kadang tanpa sedar tiba-tiba sahaja ia muncul.

Sekiranya anda melihat rambut walaupun hanya sehelai, jangan pula dibuang ke dalam sinki. Terus sahaja dimasukkan ke dalam bakul sampah yang berhampiran.

Hal ini kerana, bermula dengan sehelai rambut ia akan menjadi ‘segunung’ rambut yang terkumpul di dalam paip sinki, jika tabiat ini diteruskan. Segumpal rambut di dalam saluran paip boleh menghalang kelancaran air sekaligus mengeluarkan bau yang kurang enak.

4. BUNGKUSAN & PELEKAT MAKANAN

Ada orang menjadikan ia sebagai tabiat, di mana meninggalkan bungkusan dan pelekat makanan ke dalam sinki. Tanpa sedar, saiznya yang kecil telah termasuk ke dalam lubang sinki. Maka, tidak hairan apabila tukang paip profesional yang membetulkan paip sinki rumah anda, menjumpai sisa benda ini.

Walaupun bukan diri sendiri yang melakukannya, pastikan anda menasihati dengan baik ahli rumah anda akan tabiat buruk itu. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bukan murah kos hendak membaiki paip tersumbat, lagi pula rumah yang jenis ‘high rise’.

5. PUNTUNG ROKOK

Menghisap rokok pandai pula, tetapi bila nak membuang puntung rokok terus kurang cerdik akalnya. Akibatnya, ia dicampak ke dalam sinki. Ini kalau keluarga bakal mentua nampak perangai sebegini, terus kurang berkenan nak dijadikan sebagai menantu.

Jangan jadikan amalan membuang puntung rokok, sama ada di dalam mangkuk tandas mahupun lubang sinki sebagai tabiat diri. Sudahlah ruang udara tercemar dengan bau asap rokok, ditambah pula dengan bau kurang enak dari saluran paip yang tersumbat. Sudah macam pakej ‘2 in 1’ pula.

Makanya, buanglah puntung rokok di tempat yang sepatutnya seperti di dalam bakul sampah bukannya di saluran lubang-lubang paip di rumah anda.

6. PIL UBAT

sinki tersumbat

Mungkin ada dalam kalangan masyarakat, yang tidak mengetahui, sebenarnya pil ubat boleh menjadi punca paip sinki tersumbat. Ramai sudah maklum, ubat akan hancur di dalam tubuh badan manusia kerana mempunyai asid yang melarutkan ia.

Namun, tidak pula dengan air dari sinki yang merupakan air biasa. Sekiranya ubat yang pecah bercampur dengan air biasa, air tersebut akan tercemar kerana sifat ubat mempunyai tarikh luput yang tersendiri.

Disebabkan itulah, terdapat arahan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak kesihatan yang mengarahkan pengguna untuk memulangkan semula lebihan ubat sekiranya sudah tidak digunakan. Hal ini kerana, pihak kesihatan mempunyai cara yang betul untuk melupuskannya.

Sumber: Impiana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×