Nur

Berbuka Puasa Terus Makan Dengan Banyaknya! Ini 5 Kesan Boleh Dapat Terutama NO. 3 Itu!

49
SHARES
makan banyak

Tahukah anda, makan banyak ketika berbuka puasa boleh mengundang pelbagai kesan. Penulis percaya, ramai pernah mengalami kesannya. Hal ini kerana, ia bukanlah perkara pelik apabila diri mengidam untuk menikmati pelbagai jenis makanan ketika berpuasa.

Lebih teruk lagi, sewaktu azan Maghrib berkumandang terus sahaja pelbagai makanan dimasukkan ke dalam perut tanpa memikirkan kesannya. Justeru itu, mari lihat 5 kesan makan banyak ketika berbuka puasa seperti di bawah.

Baca juga: Terasa Pedih Bila Bersama Kerana Vagina Terlalu Kering, Usah Risau Atasi Dengan Cara Ini

SEBAIKNYA KAWAL NAFSU MAKAN SEWAKTU BERBUKA

makan banyak

KESAN MAKAN BANYAK KETIKA BERBUKA PUASA

1. SENGKAK PERUT

Sengkak perut merupakan keadaan perut yang terlalu mengenyangkan. Apabila terlalu banyak makan, perubahan pada perut akan kelihatan sedikit kembung seperti buncit.

Kesannya, anda akan berasa sengkak perut kerana makanan yang dihadam pada waktu itu telah melebihi kapasiti normalnya. Rasa tidak selesa pada perut, biasanya akan mendorong anda menepuk-nepuk perut dengan harapan boleh mengurangkan rasa sengkak.

Secara umumnya, lama atau tidak tempoh rasa tidak selesa itu bergantung pada jenis makanan yang anda ambil. Tambahan pula, makanan berlemak dan kaya serat lebih sukar untuk dicerna berbanding jenis makanan lain. Di mana, ia akan mengakibatkan rasa tidak selesa itu menjadi lebih lama.

2. GERD

GERD adalah gangguan pencernaan. Ia disebabkan oleh asid gastrik yang mengalir dari perut anda kembali ke saluran makanan anda iaitu esofagus.

Beberapa isu gaya hidup yang boleh menyebabkan GERD termasuklah makan berlebihan. Makan secara berlebihan boleh membuatkan anda mengalami sesak nafas setelah berbuka puasa.

Selain itu, berat badan berlebihan, mempunyai kafein dan alkohol, dan makan coklat serta makanan pedas juga diantara simptomnya. Namun, pedih ulu hati adalah simptom GERD yang paling biasa.

3. MUNTAH

Muntah ialah tindakan mengeluarkan isi perut secara paksaan, melalui mulut atau hidung. Ketika perut tidak mampu lagi menanggung jumlah makanan yang banyak, salah satu kesan yang mungkin terjadi adalah muntah.

Ia merupakan mekanisme tubuh untuk mengosongkan perut yang terlalu banyak dengan makanan. Dorongan yang kuat untuk mengeluarkan makanan melalui muntah disebabkan oleh aktiviti perut yang terlalu sukar untuk mencerna makanan.

4. CEPAT MENGANTUK

Berasa mengantuk selepas makan merupakan kesan yang biasa terjadi, yang disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktornya adalah banyak mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi.

Akibatnya, keadaan ini boleh mengganggu pelbagai aktiviti yang direncanakan. Misalnya, badan menjadi malas untuk beribadah kepada Allah SWT seperti melakukan solat Maghrib, Isya’ mahupun terawih.

5.  BERAT BADAN BERTAMBAH

Selain beribadah di bulan puasa, terdapat juga ramai individu mengambil kesempatan yang baik untuk mengamalkan diet. Ia bagi mendapatkan berat badan yang ideal.

Agar proses diet itu berjaya dilaksanakan, anda perlu makan secara bersederhana saat berbuka. ELakkan makan mengikut nafsu.

Hal ini kerana, biarpun anda tidak makan di siang hari, sekiranya nafus makan anda menggila sewaktu berbuka sudah pasti berat badan akan bertambah. Oleh sebab itu, jaga pola dan jumlah makanan anda sewaktu bersahur dan berbuka.

Sumber: Sehat Q / Cedars Sinai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×