Cantik

Siapa Cakap Bersenam Ketika Puasa Meletihkan? Ini 3 Waktu Sesuai Dicadangkan Pakar!

30
SHARES
tips bersenam ketika berpuasa

Siapa cakap ketika berpuasa bersenam boleh membuatkan diri menjadi terlalu letih? Selain organ badan berehat kerana berpuasa, bukankah ia membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat kerana bersenam? Melalui perkongsian tips bersenam ketika berpuasa dari seorang pakar, terdapat 3 waktu yang sesuai untuk anda lakukannya.

Justeru itu, mari ikuti tips bersenam ketika berpuasa dan waktu bersenam yang sesuai, seperti dikongsikan oleh Puan Syaza Nutritionist, seorang Pakar Pemakanan Wanita. Jom sama-sama bersenam!

Baca juga: Ini Buah-Buahan Yang Bagus Diambil Ketika Berpuasa, Barulah Kekal Bertenaga Di Siang Hari!

TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA

tips bersenam ketika berpuasa

Saya nak bersenam bulan puasa ini, Puan Syaza tapi takut haus, macam mana ya? Haa jom kita tengok macam mana nak bersenam waktu bulan Ramadan ini. Semoga bermanfaat!

BILA WAKTU BOLEH BERSENAM?

1. 30 MINIT – 1 JAM SEBELUM BERBUKA

Jarak masa ini sesuai untuk kita ganti balik protein yang telah digunakan semasa bersenam. Dengan erti kata lain kita akan mengambil post workout meal semasa berbuka.

2. SELEPAS SOLAT SUBUH

Badan mendapat tenaga atau lebih dikenali dengan pre-workout meal semasa sahur. Menjadikan ia masa yang sesuai untuk bersenam.

3. SELEPAS TARAWIH

Pada masa ini tiada masalah untuk minum air bagi tujuan hidrasi. Menjadikan selepas tarawih merupakan salah satu waktu yang sesuai untuk bersenam.

TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA

tips bersenam ketika berpuasa

  • Minum air secukupnya selepas berbuka sehinggalah habis waktu sahur.
  • Makan protein bersama-sama karbohidrat semasa berbuka sebagai post-workout meal.
  • Elakkan senaman berintensiti tinggi, fokus kepada senaman berintensiti rendah atau sederhana, 30-45 minit sahaja.

KESIMPULAN

Bagi individu yang sudah terbiasa denagan senaman, boleh teruskan rutin senaman pada waktu yang sesuai. Manakala, bagi individu yang baru ingin mulakan senaman, pastikan anda buat senaman yang tidak membebankan diri anda.

Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa.

Sumber: Syaza Nutritionist

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×