Nur

Puasa Bukan Nak Rehatkan Perut Sahaja, Tapi Menjaga 2 Organ Badan Yang Lain Juga!

2
SHARES
kelebihan berpuasa

Mungkin segelintir orang beranggapan, sekiranya berpuasa akan terkena gastrik. Hal ini kerana, perlu menahan diri dari makan dan minum sebelum masuknya waktu berbuka. Namun sebenarnya menurut Doktor Erna Nadia, anda tidak akan terkena gastrik sekiranya bersahur dan berbuka dengan betul kerana kelebihan berpuasa itu ada banyak kepada organ badan.

Mari ikuti perincian lanjut mengenai kelebihan puasa kepada organ badan manusia di bawah.

Baca juga: Tips Minum Air Ketika Bulan Ramadan & Cara Cukupkan 8 Gelas Sehari Lepas Waktu Berbuka!

INI SEBAB KENAPA PUASA ITU BAGUS DIAMALKAN

kelebihan berpuasa

Kenapa puasa bagus? Sebab semasa bulan puasa, kita dapat merehatkan beberapa organ badan kita. Contohnya, ada seperti di bawah.

KELEBIHAN BERPUASA KEPADA ORGAN BADAN

1. PERUT

kelebihan berpuasa

Penghasilan asid akan berkurangan. Ini bagus untuk perut. Ada yang kata kalau puasa nanti gastrik. Ini salah jika anda bersahur dan berbuka dengan betul.

Kajian menunjukkan salah satu kaedah yang baik untuk orang yang ada gastritis adalah dengan berpuasa. Orang yang ada gastrik eloknya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit.

Jika tak makan langsung atau tak jaga waktu makan, gastrik akan semakin teruk. Tapi jika jaga waktu makan dengan baik dan tidak makan dengan kuantiti banyak dalam sekali makan, ianya sangat bagus pada perut.

Kerana asid akan dihasilkan apabila ada sahaja makanan atau minuman yang masuk ke dalam perut. Terlebih makan hanya menghasilkan lebih asid dan menyebabkan ketidakhadaman.

Jadi, bersahur, berbuka dan moreh dengan berpada pada, elakkan yang pedas atau terlalu berempah, kurangkan yang masam masam.

2. PANKREAS

kelebihan berpuasa

Semasa kita berpuasa, pankreas akan menghasilkan insulin secara perlahan kerana kita tak makan. Secara tidak langsung akan ‘memaksa’ hati dan otot badan untuk mengeluarkan gula bagi mengekalkan tenaga pada kita sepanjang hari.

3. HATI

kelebihan berpuasa

Hati akan membantu untuk menghasilkan gula yang disimpannya apabila gula dari dalam darah sudah kehabisan. Ini secara tak langsung boleh menyebabkan lemak yang tersimpan dibakar untuk memberikan tenaga kepada kita.

Semasa kita berpuasa, akan berlaku proses yang dinamakan sebagai gluconeogenesis. Masa inilah kalori akan terbakar dengan lebih banyak.

Jika tiada sumber karbohidrat yang masuk (sebab kita puasa), badan akan menggunakan gula dari hati dan otot badan untuk memastikan badan ada tenaga.

AMALAN PUASA BANTU ORGAN PENGHADAMAN DIREHATKAN

Sebab itu, puasa adalah kaedah terbaik untuk mereka yang nak menurunkan berat badan, nak ajar diri untuk kawal nafsu makan atau nafsu merokok atau apa sajalah nafsu, mengawal gula dalam darah, membantu merehatkan perut dan pankreas.

Tapi, perlu buat dengan kaedah yang betul.

Sebab itu saya suka bulan Ramadan. Sebab sebulan inilah pun kita boleh rehatkan organ penghadaman kita dengan baik. Kecuali bagi mereka yang ada penyakit, berbincanglah dengan doktor yang merawat anda ya.

Islam itu indah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sebab itu melambatkan sahur dan awal berbuka adalah sunnah. Makan dan minum dengan berpada.

Bahaya kalau masa berbuka, kita pulun makan macam esok lusa dah tak ada. Perut tengah dalam keadaan rehat, tiba tiba kita sumbat dengan pelbagai makanan dan minuman berat berat, jadi tak hadam betul.

Kebanyakan penyakit yang tidak berjangkit disebabkan oleh cara makan dan minum kita, cara hidup yang tidak aktif dan tidur yang tidak berkualiti. Prevention is always better than cure.

Dr. Erna Nadia, harapnya amalan semasa puasa kita bolehlah dikekalkan sampai bila-bila.

kelebihan berpuasa

Sumber: Facebook Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×