Dapur

Rupa-Rupanya Ini Fakta Menarik Kejadian Warna Kulit Telur Ayam Pelbagai Warna!

13
SHARES

Selain menikmati keenakkan telur ayam, pernahkah anda terfikir mengapa warna kulit telur ayam berbeza-beza? Kejap nampak warna coklat kulit, kejap warna putih jernih, kejap warna biru nila. Eh??? Kenapa ya warna kulit ayam berubah warna?

Kalau nak tahu mengapa kejadian ini berlaku, mari ikuti penjelasan daripada seorang pakar Ahli Kimia, Dr. Fatimah Salim.

Baca juga: [VIDEO] Tutorial Urutan Untuk Hilangkan Keletihan Pasangan Pulang Bekerja, Barulah Sayang!

RUPA-RUPANYA INI FAKTA MENARIK KEJADIAN WARNA KULIT TELUR AYAM PELBAGAI WARNA!

Komponen utama kulit telur ialah calcium carbonate (CaCO3). Molekul kecil CaCO3 tersusun secara crystal protein membentuk calcite shell.

Kulit telur juga mengandungi mineral seperti strontium, fluoride, magnesium dan selenium, juga terdapat sangat sedikit logam berat seperti plumbum, aluminum, cadmium dan mercuri.

MENGAPA WUJUD PELBAGAI WARNA PADA KULIT TELUR AYAM?

Perasankah anda, kulit telur ayam boleh wujud dalam pelbagai warna seperti putih, cream, coklat, perang, biru dan hijau.

1. FAKTOR GENETIK ATAU BAKA AYAM

Warna kulit telur sebenarnya dipengaruhi oleh genetik aka baka ayam betina.

  • Contoh ayam Leghorn menghasilkan telur berwarna putih.

  • Ayam Orpington, Plymouth Rocks, dan Rhode Island Reds menghasilkan telur berwarna coklat-perang.

  • Ayam Ameraucana menghasilkan telur berwarna biru.

  • Manakala ayam jenis Oliver Egger pula mengeluarkan telur berwarna hijau.

Setiap warna telur yang berbeza ini adalah disebabkan oleh bahan kimia pigmen berbeza yang wujud pada permukaan cengkerang telur ayam ini.

KETAHUI PROSES PENGHASILAN KULIT TELUR AYAM

Semasa proses penghasilan cengkerang telur dalam badan ayam, asalnya warna kulit telur ayam adalah putih. Namun disebabkan oleh perbezaan genetik tadi, beberapa pigmen akan menyelaputi permukaan cengkerang kulit telur sebelum dikeluarkan oleh ayam, dan proses ini berlaku di saluran peranakan oviduktus ayam betina.

Contoh warna biru berpunca dari penyelaputan permukaan telur dengan bahan kimia jenis pigmen oocyanin, warna coklat-perang adalah pigmen protoporphyrin, manakala warna hijau pula terjadi disebabkan kombinasi penyelaputan pigmen oocyanin dan protoporphyrin pada permukaan cengkerang telur.

2. FAKTOR PERSEKITARAN, USIA, DIET & TAHAP TEKANAN

Selain daripada faktor genetik, warna telur ayam juga sedikit berubah disebabkan oleh persekitaran, usia, diet dan tahap tekanan (stress) yang dihadapi oleh ayam.

Contoh baka ayam yang menghasilkan telur berwarna perang, apabila sudah berusia, akan menghasilkan telur yang lebih cerah warnanya.

FAKTA MENARIK NUTRISI TELUR AYAM WALAUPUN KEJADIAN PELBAGAI WARNA KULIT

Menariknya, walaupun warna telur ayam adalah berbeza, namun jumlah nutrisi telur umumnya adalah sama. Kajian menunjukkan kepelbagaian warna telur tidak mempengaruhi kualiti telur.

Namun, kandungan nutrisi telur boleh dipengaruhi oleh persekitaran dan diet pemakanan ayam.

Contoh ayam yang tidak dikurung menghasilkan telur yang tinggi kandungan vitamin D. Begitu juga ayam yang diberikan makanan khusus yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin D, telurnya akan tinggi kandungan kedua nutrisi ini.

Telur merupakan makanan padat nutrisi terutamanya protein (ovalbumin, conalbumin, ovomucin…) di samping vitamin, mineral dan pigmen (lutein dan zeaxanthin) yang bersifat antioksida yang baik untuk memenuhi keperluan badan.

KETAHUI FAKTA KOLESTROL TELUR KUNING

Walaupun telur kuning mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi, namun kajian mutakhir membuktikan kolesterol daripada pemakanan sangat kurang mempengaruhi kolesterol dalam badan.

Ini kerana badan kita boleh menghasilkan kolesterol dengan sendiri. Apa-apa pun, bersederhana lah dalam pengambilan.

Nota tambahan: Punca utama kolesterol tinggi dalam badan adalah pengambilan makanan tinggi lemak trans, gula dan alkohol; tekanan (stress); gaya hidup tidak aktif; merokok; berat badan berlebihan (berat badan normal juga disebabkan faktor-faktor di atas).

Sumber: Facebook Fatimah Salim via Makmal Makanan (MaMa)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×