Asuh

Makan Telur Bantu Kurangkan Masalah Memori & Fokus Anak, Boleh Buat Menu Wajib!

40
SHARES

Sedia maklum, telur antara sumber makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti Choline, Vitamin B16, B12 dan folate. Pelbagai resepi berasaskan telur boleh dihasilkan dan dihidangkan kepada anak. Jadi tidaklah anak rasa bosan dengan menu telur yang sama saja.

Jika anak ada masalah memori dan fokus, jadikan telur antara menu wajib yang perlu ada di rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal. Tapi, pastikan anak tiada alah pada telur dahulu.

Baca juga: Dr. Nasihat Jangan Beri Anak Makan Ayam Tak Masak, Bahaya Kuman Membiak!

MAKAN TELUR BANTU KURANGKAN MASALAH MEMORI & FOKUS ANAK, BOLEH BUAT MENU WAJIB!

Memang jika anak ada masalah fokus dan memori, telur antara menu wajib yang kita perlu bagi pada mereka. Yang ada alahan, memang dikecualikan, tapi kalau yang tak ada, jangan tinggalkan menu berasaskan telur, pastikan bagi setiap minggu. Pastikan, tau.

Telur ni sumber protein yang murah harganya jika nak dibandingkan dengan yang lain. Nutrisi memang terbaik. Hari ni saya tak mahu sebut tentang jenis telur biasa atau bebas hormon/antibiotik apa semua. Fokus kita tentang khasiat.

KHASIAT TELUR

Kuning telur mengandungi Choline, yang berfungsi meredakan keradangan pada otak dan meningkatkan fungsinya. Ia membantu komunikasi antara sel-sel otak dan kekalkan memori anak, dalam apa saja yang dipelajari, dilihat, dibuat setiap hari.

Otak kita ni seperti centre, pusat segala aktiviti dan fungsi badan. Ia berperanan untuk bantu jantung berdegup dengan stabil, paru-paru berfungsi dengan baik supaya anak dapat bergerak aktif, bagus derianya dan daya berfikir sentiasa baik.

MAKANAN MEMPENGARUHI FUNGSI OTAK

Sebab itu penting untuk kita jaga otak anak. Makanan yang mereka makan amat membantu kesihatan otak, mereka dapat fokus dalam proses belajar dengan baik, dapat ikuti dan dengar arahan dengan cemerlang.

Jaga bab makanan yang kita beri pada anak sebab ia mempengaruhi fungsi otak.

Paling penting, bila otak mereka dalam keadaan baik, behaviour juga akan tenang, tak mudah tantrum atau bertindak kasar, mudah mengamuk dan sebagainya.

KAJIAN TINGKAH LAKU ANAK BERDASARKAN MAKANAN

Pernah baca kajian tentang kumpulan kanak-kanak yang diberikan junkfood, tinggi gula/pewarna makanan yang banyak merosakkan sel otak dan kumpulan yang diberikan makanan semulajadi sahaja?

Apa hasilnya? Berbeza sangat behaviour kedua-dua kumpulan ini. Satu amat agresif dan sukar mengawal tingkahlaku, satu lagi lebih tenang dan mudah dikawal.

Itu belum sebut tentang kajian bagaimana makanan tinggi gula, MSG, pewarna tiruan, junkfood merosakkan sedikit demi sedikit sel-sel otak anak. Suka atau tak, ia kenyataan.

VITAMIN B16,B12 & FOLATE DALAM TELUR

Vitamin B16, B12 dan folate yang ada dalam telur juga berperanan besar membantu otak anak sihat. Jika B12, ia siap bantu regulatekan paras gula dalam otak. Mood lebih stabil, aktiviti harian anak lebih smooth, Insya Allah.

KEBAIKAN CHOLINE PADA MEMORI

Oh lupa nak sebut juga, Choline tadi juga dapat bantu otak anak hasilkan neurotransmitter untuk bantu stabilkan mood mereka. It’s a type of food which makes kids happy.

Banyak kajian yang kaitkan tentang fungsi Choline ni terhadap memory and mental function. Concentrated sources of Choline paling mudah dapat dalam telur. Anak, mak, ayah, semua bagus makan.

Anak dah bosan makan telur separuh masak?

Masya Allah banyak sangat idea masak telur yang kita boleh buat. Kalau search di internet, guna keyword EGG RECIPES IDEAS, cuba tengok semua gambar mengancam.

Possible tau untuk kita sediakan menu macam ni. Telur rebus, telur separuh masak, telur goreng dah bosan, cuba style lain. Kreativiti dan gabungan resipi dengan bahan-bahan sihat yang lain memang dapat bantu kita sediakan menu menarik yang anak tak bosan.

Sumber: Facebook Ainini Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×