Sihat

[VIDEO] Tutorial Urutan Untuk Hilangkan Keletihan Pasangan Pulang Bekerja, Barulah Sayang!

1
SHARES

Penat seharian di tempat kerja, bukan saja memberi kesan kepada mental malah tubuh badan juga. Paling terasa letih, di bahagian kaki yang selalu digunakan untuk bergerak ke sana ke sini berjumpa klien.

Apabila balik ke rumah mesti nak rehatkan badan sepenuhnya, tetapi jika tidur saja tidak cukup. Lebih kepada rehatkan minda sahaja. Cuba pula belajar mengurut kaki, dapat juga hilang keletihan di kaki tu.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Hilangkan Sakit Kepala Dengan Asam Keping…Mujarab!

[VIDEO] TUTORIAL URUTAN UNTUK HILANGKAN KELETIHAN PASANGAN PULANG BEKERJA

Menerusi perkongsian video oleh Hazmi Latif di laman Tiktoknya, beliau berkongsi tutorial urutan keletihan pasangan oleh seorang pekerja Jendela Spa. Jadinya, lebih baik setiap pasangan belajar mengurut yang sangat mudah ini, boleh buat di rumah. Nak pergi spa pun kadang tak sempat sebab balik kerja dah lewat, dapat beri kelebihan juga kepada pasangan suami isteri.

URUTAN DI KAWASAN TAPAK KAKI

1. BAHAGIAN TAPAK KAKI

Ratakan minyak di bahagian nak diurut. Daripada tapak kaki hingga ke jari-jari kaki, diratakan.

Bila dah diratakan, mula dengan bahagian jari kaki. Tekan dan kira 1 2 3 di setiap jari kaki.

Kemudian, dari hujung tapak kaki tekan di bahagian tengah dan bawak ke kiri kanan dengan kiraan 1 2 3 menggunakan ibu jari di kedua-dua belah tangan.

– Ulang pergerakan urutan hingga ke tumit kaki.

Setelah itu, lumur semula minyak dan mula tarik ke bawah urutan di tapak kaki tadi dari kawasan tapak tumit.

2. BAHAGIAN BUKU LALI

Pergi ke bahagian buku lali dan buat urutan pusingan menggunakan ibu jari tangan dalam kiraan 1 2 3 di kedua-dua belah kawasan kaki yang sama.

URUTAN DI KAWASAN BETIS KAKI

3. BAHAGIAN BETIS

URUTAN USAP

Naik ke bahagian betis dan buat urutan usap dengan minyak. Buat dalam 3 kali dengan menggunakan keseluruhan tapak tangan.

URUTAN PISTOL

Bentukkan jari kedua-dua tangan anda seperti pistol.

  • Letakkan tangan kanan di bawah dan tangan kiri di atas tangan kanan.
  • Pastikan jari berbentuk pistol tadi menggenggam bahagian betis dan tolak dari bawah naik ke atas.
  • Ulang sebanyak 3 kali.

URUTAN WIPER

Gunakan ibu jari kedua-dua tangan dan buat pergerakan seperti wiper dari bawah betis hingga ke atas sambil mengira 3 kali.

URUTAN CANTUMAN IBU JARI

Cantumkan kedua-dua ibu jari tangan di bahagian hujung betis yang berdekatan dengan tumit kaki.

  • Tekan betis dalam kiraan 1 2 3 dan angkat bergerak naik ke atas sedikit.
  • Ulang cara yang sama hingga urutan sampai ke bahagian atas.

Setelah itu, ulang semula gaya pistol tetapi dengan bukaan tangan yang besar urutannya di betis.

Akhir sekali, buat semula urutan usap di bahagian betis.

4. PENUTUP URUTAN

Selesai semua urutan tadi, pastikan ditepuk-tepuk betis kaki belakang dan tepinya sekali.

Semoga perkongsian urutan mudah ini, dapat memberikan kelegaan kepada pasangan anda yang letih setelah penat bekerja seharian.

VIDEO PENUH:

 

Sumber: Tiktok Hazmi Latif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×