Asuh

Ini 5 Tips Didik Anak Ada ‘Common Sense’ Di Rumah Dengan Cara Mak ‘Malas’

24
SHARES

Bila bercerita mengenai menguruskan anak-anak, sudah pasti peranan ini kebanyakannya digalas oleh seorang emak. Anak pergi sekolah, emak tolong uruskan. Anak sepahkan rumah, emak tolong kemaskan.

Namun, melalui satu perkongsian yang dibuat oleh Puan Ilyani Munsarikh mengenai tips mendidik anak ada ‘common sense’ di rumah dengan cara ‘malas’ bukanlah satu tindakan yang memberi kesan negatif. Malah, memberikan manfaat buat seisi keluarga. Jom baca tips dibawah ini!

Baca juga: Dietitian Jelaskan Suplemen Bukan Untuk Naikkan Berat & Bagi Anak Pandai Tapi…

TAK ADA RAJA, TAK ADA PERMAISURI, TAK ADA KULI

Gambar hiasan: SirapLimau.

5 TIPS DIDIK ANAK ADA ‘COMMON SENSE’ DENGAN CARA MAK ‘MALAS’

5 tip didik anak ada ‘common sense’ di rumah dengan cara mak ‘malas’:

1. BARANG SEKOLAH ANAK

Sebelum tidur, mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.

2. ANAK MAKAN

Anak makan. Mak ‘malas’ tak kemas meja makan.

Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri.

Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.

3. ANAK BERMAIN

Gambar hiasan: TheNewAgeParents.

Anak main. Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua.

Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas.

Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.

4. ANAK MANDI

Anak mandi. Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip.

Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.

5. KEMAS RUMAH

Spring cleaning rumah. Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri.

Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning. Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.

MAK ‘MALAS’ BUKAN PEMALAS TAPI…

Gambar hiasan: TandaSeru.ID.

Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab.

Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli.

Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency ‘meraja’.

Cikgu [email protected] Ilyani #notaIlyaniMunsarikh #repostnotalama

“TAK MALAS TAPI BERPRINSIP, BERDISIPLIN…”

Menjengah di ruangan komen penulis mendapati, banyak maklum balas positif yang diterima dalam kalangan netizen mengenai perkara tersebut.

Ada pengikut yang menyatakan, dia memberi kerja kepada anak-anak mengikut jenis umur. Tidak kiralah abang ke kakak mahupun adik, semuanya dilayan sama-rata ketika diberi tugasan rumah.

Sumber: Facebook Ilyani Munsarikh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×