Asuh

Dietitian Jelaskan Suplemen Bukan Untuk Naikkan Berat & Bagi Anak Pandai Tapi…

19
SHARES

Ramai dalam kalangan ibu bapa menganggap suplemen dapat membantu menaikkan berat badan anak. Malah, masih ramai yang salah anggap fungsi suplemen dan menyalahgunakan suplemen tersebut untuk anak-anak.

Namun, menurut  Dietitian Fizah, sebenarnya suplemen yang sah mengandungi micronutrient seperti zat dan vitamin bertujuan untuk melengkapkan zat ini yang tak dapat nak ambil dengan mencukupi dari diet akibat keadaan tertentu. Justeru itu, mari baca fakta mengenai suplemen yang sebenarnya.

Baca juga: Beri Perhatian Bila Anak Buat Kebaikan, Baru Sikap Positif Makin Bertambah!

KETAHUI FAKTA MENGENAI SUPLEMEN!

SUPLEMEN BUKAN UNTUK NAIK BERAT ANAK…

  • ‘Saya beli suplemen sebab anak tak cukup makan dari sumber real foods.’
  • ‘Saya bagi anak suplemen nak naikkan selera makan.’
  • ‘Saya bagi anak suplemen sebab sekarang banyak penyakit luar sana…’
  • ‘Saya bagi suplemen ini sebab iklan kata boleh jadikan anak lebih pandai dan fokus dalam pelajaran..’

Ada ke mommies tergolong dalam kumpulan di atas?

Selepas tanya pendapat mommies di media sosial masih ramai yang salah anggap fungsi suplemen dan menyalahgunakan suplemen tersebut untuk anak-anak.

FAKTA SUPLEMEN!

Gambar hiasan: IslamItuIndah.

Berikut fakta suplemen: 

Suplemen yang dijual di pharmacy yang SAH mengandungi MICRONUTRIENT seperti zat dan vitamin. Tujuannya untuk melengkapkan zat ini yang tak dapat nak ambil dengan mencukupi dari diet akibat keadaan tertentu seperti:

1. Sakit (demam, selsema, iron deficeincy anemia etc).

2. Penyakit tertentu yang memerlukan zat tersebut dalam kuantiti yang lebih contoh kanser etc.

3. Tidak boleh makan untuk memenuhi keperluan secara mencukupi contoh koma.

TAPI SUPLEMEN…

Gambar hiasan: Pa&Ma.

1. TIDAK BOLEH NAIKKAN BERAT BADAN ANAK

Suplemen mengandungi MICRONUTRIENT yang tiada kalori.

Menaikkan berat badan adalah kalori yang datang dari gabungan karbohidrat,lemak dan protein. Kalau ambil suplemen untuk tujuan naikkan berat tiada gunanya.

2. TIDAK BOLEH BERFUNGSI DENGAN BAIK TANPA REAL FOODS

Anda sentiasa focus untuk ambil vitamin C nak kuatkan immuniti tapi lupa vitamin C fungsinya apa. Ia MENYOKONG sistem immuniti tapi bukan pertahanan utama.

Nak bagi immune sistem kuat bukan saja Vitamin C tapi perlu antioksidan lain seperti Vitamin a dan E, perlu sumber Protein yang merupakan building blocks utama kulit, tisu, darah dan macam-macam lagi.

Anda ambil vitamin C tapi masih tak amalkan diet yang sihat dan seimbang vitamin C tu takkan fungsi dengan baik.

3. BUKAN UNTUK ANAK PANDAI

Gambar hiasan: Vocket.

DHA banyak dalam bentuk suplemen sekarang dan YES banyak kajian menunjukkan DHA mampu untuk meningkatkan kecerdasan otak anak.

Tapi yang utama datang dari stimulus kepada otak bukan DHA sahaja. Stimulus datang dalam bentuk:

  • Komunikasi.
  • Hands in bermain.
  • Problem solving (menyelesaikan masalah).
  • Main di luar.
  • Bertanya.

Anak anda makan DHA setiap hari tapi stimulus hanya datang dari gadget. Sukar untuk meningkatkan kecerdasan otak anak nanti.

Mak ayah pun tengok fon je, mana datang stimulus komunikasi.

4. TIDAK CUKUP UNTUK NAIK SELERA MAKAN

Lysine antara zat yang dikatakan boleh naikkan selera makan.

Tetapi mengikut carian kajian saya (boleh juga jika ada yang jumpa) tiada kajian terhadap keberkesanan lysine untuk meningkatkan selera makan dalam manusia. Yang ada hanya dalam haiwan.

Anak-anak akan berselera jika mereka:

  • Makan on time.
  • Aktif dan menggunakan tenaga yang diambil dari waktu makan sebelumnya.
  • Menu yang balanced.

Maka, zat ini masih belum dibuktikan berkesan sebagai appetite stimulant dalam manusia atau kanak kanak.

SEMUA YANG ADA DALAM SUPPLEMEN ada dalam real foods. Galakkan anak makan real foods.

ANTARA TIPS-TIPS BAGI ANAK MAKAN REAL FOOD

Gambar hiasan: SirapLimau.

1. Jangan paksa anak untuk asyik makan menu yang sama. Asyik nasi nasi nasi, kalau anak nak makan pasta silakan tapi buatlah jadi balanced.

2. Sentiasa ada buah standby.

3. Sentiasa ada air masak dalam botol standby.

4. Jauhkan/sorokkan/simpan/jangan beli sumber yang tak sihat macam jajan, chocolate, gula-gula. OUT OF SIGHT OUT OF MIND.

5. Galakkan mereka aktif main di luar.

Bila tengok gadget memanjang yes akan terbantut selera makan. Good luck mommies! Jangan asyik bergantung pada suplemen je tau.

Sekian.

Sumber: Facebook Dietitian Fizah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×