Asuh

Beri Perhatian Bila Anak Buat Kebaikan, Baru Sikap Positif Makin Bertambah!

23
SHARES

Siapa yang tak rasa penat bila kelakuan anak selalu menangis atau bergaduh saja. Rupanya mereka bertindak sedemikian kerana ‘laparkan perhatian’ dari ibu bapa.

Mana tidaknya, bila anak sedang berkelakuan baik jarang diberikan perhatian tetapi bila anak-anak bergaduh barulah ibu bapa ‘berlari’ beri perhatian yang lebih. Betul tak? Justeru itu, mari baca perkongsian dari Puan Wawa Shauqi berkenaan bagaimana untuk menguruskan isu ini.

Baca juga: Kaedah Betul ‘Defrost’ Bahan Basah Beku Untuk Elak Anak Keracunan

KELAKUAN BAIK ATAU BURUK ANAK BERTAMBAH DISEBABKAN…

Sekadar gambar hiasan.

Saya tertonton satu video dari seorang doktor kanak-kanak di IG.

Katanya, “Children’s behavior increase, when we pay attention to it.” Maknanya, kalau nak anak berperangai elok, bagi perhatian time dia berperangai elok tu.

Kalau kita bagi perhatian dekat anak waktu anak menangis dan marah-marah, tingkah laku tu la yang akan bertambah. Situasi ni pun, saya biasa nampak kat anak saya sendiri.

KELAKUAN BAIK/BURUK ANAK BERTAMBAH BERDASARKAN PERHATIAN TINGGI DIBERI IBU BAPA

Gambar hiasan: TheAsianParent.

Bila anak tenang, main sama-sama dengan gembira, saya pun tenang je. Tak kacau, tak tegur, tak pandang. Tiba-tiba bila mereka bergaduh, waktu tu la saya dari tingkat atas terus turun tangga nak tengok apa yang berlaku.

Silap besar sangat buat macam ni sebab anak ni memang ada sifat ‘laparkan perhatian’. Tak dapat perhatian, maka tak rasa fulfilled emotional cup mereka.

Walaupun perhatian yang kita bagi tu adalah dengan hukum dan marah. Tapi bagi anak, demi perhatian, marah tu pun dah cukup.

Sebaliknya, kalau kita bagi perhatian waktu anak tu berbuat baik, tunjuk rajin, main elok-elok sesama adik beradik, perangai itu jugalah yang akan bertambah.

BANYAKKAN BERI PERHATIAN KETIKA ANAK BUAT KEBAIKAN

Gambar hiasan: Shutterstock.

Waktu anak sharing tu la kita tegur,

“Mama nampak abang share toys kesayangan abang dekat adik. Bangga mama tengok.”

Waktu mereka mesra bermain tulah kita puji,

“Bahagianya ayah tengok korang main berdua happy-happy macam ni.”

Waktu anak angkat pinggan ke dapur tu la kita bagi penghargaan,

“Alhamdulillah, thank you abang dah settlekan satu tugas rumah. Kurang dah beban mama. I would appreciate if you wash your dishes too.”

PILIH NAK LIHAT KELAKUAN MANA YANG MENINGKAT, SIKAP BAIK ATAU BURUK?

So parents, which do you choose to increase? Bad behavior or good behavior.

Kalau pilih ‘good behavior, maka usahalah cari kebaikan yang anak dah buat. Bila nampak, terus bagi perhatian dan kata-kata yang baik.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×