Nur

Lepas Solat Amal 10 Zikir Harian Ini, Hati Tak Gusar Diri Makin Tenang!

60
SHARES
zikir harian

Bacaan zikir harian sangat dahsyat ini perlu diketahui umum untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Bacaan zikir yang ampuh ini tentunya juga patut difahami kerana ia muqayyad (tertentu dan terikat). Maksudnya, kita tidak boleh menambah atau mengurangkan jumlahnya atau menentukan waktunya tanpa dalil.

Membaca beberapa bacaan zikir yang sangat berkuasa ini juga boleh membantu ibu bapa untuk menghilangkan tekanan, kebimbangan dan fikiran yang tidak tenang.

Baca juga: Hukum Nyanyikan Al-Quran Dengan Alunan Muzik, Ustaz Azhar Idrus Jelaskan…

ZIKIR HARIAN

zikir harian

Gambar: rawpixel

Terdapat bacaan zikir harian sangat dahsyat yang boleh anda ucapkan selepas solat 5 waktu sehari. Bacaan ini boleh digunakan untuk menambah kesyukuran kita dan sebagai peringatan bahawa Allah SWT adalah zat yang merancang semua senario kehidupan.

Berikut adalah bacaan zikir yang sering dilafazkan oleh Nabi Muhammad SAW. Bacaan zikir yang sangat ampuh ini boleh dibaca selepas solat fardhu dan sunat.

1. Tasbih

Tasbih (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ‎), ucapan “Subhanallah”,

bermaksud “Maha Suci Allah”.

2. Tahmid

Tahmid (اَلْحَمْدُ للَّهِ), ucapan “Alhamdulillah”,

mempunyai maksud,  “Segala puji bagi Allah Ta’ala”.

3. Takbir

Takbir (اللهُ أكْبَرُ), ucapan “Allahu Akbar”,

maksudnya adalah “Allah Maha Besar”.

4. Tahlil

Tahlil (لا إله إلاّ الله), ucapan “La ilaha illallah”,

yang bermaksud “Tiada Tuhan selain Allah”.

5. Hawqolah

Hawqolah (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰ), ucapan “La hawla wa la quwwata illa billah”,

ertinya “Tidak ada daya dan kekuatan kecuali daya dan kekuatan dari Allah”.

6. Istighfar

Istighfar (أَسْتَغْفِرُ ٱللَّٰ), ucapan “Astaghfirullah”,

yang beerti “Aku memohon ampun kepada Allah”.

7. Basmallah

Basmallah (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم), iaitu ucapan “Bismillaahir-Rahmanir-Rahim”,

yang memiliki erti “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.

Baca juga: Ini 13 Kisah Nabi Muhammad SAW Boleh Buat ‘Bedtime Story’, Anak Pasti Seronok!

8. Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adhim

Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adhim (سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيْمِ), iaitu bacaan “Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adzim”

memiliki erti Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

9. Zikir Ampunan

Selain itu, anda juga boleh membaca bacaan zikir sangat dahsyat ini:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

Ertinya: “Aku meminta ampunan kepada Allah (tiga kali). Ya Allah, Engkaulah As-Salaam (Yang selamat dari keburukan-keburukan, kekurangan-kekurangan dan kerosakan-kerosakan)”

“Dan dari-Mu as-salaam (keselamatan), Maha Berkah Engkau Wahai Zat Yang Maha Agung dan Maha Baik.” HR. Muslim 1/414.

10. Zikir Pertolongan

اَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ, اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Ertinya: “Tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. ”

“Ya Allah, tidak ada yang dapat menolak terhadap apa yang Engkau beri dan tidak ada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tolak dan orang yang memiliki kekayaan tidak dapat menghalangi dari siksa-Mu.”(HR. Al-Bukhari 1/255 dan Muslim 414)

اَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

Ertinya: “Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Tiada daya dan upaya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah dan kami tidak beribadah kecuali kepada Allah,

Milik-Nya lah segala kenikmatan, kurnia, dan sanjungan yang baik, tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, kami mengikhlaskan agama untuk-Nya walaupun orang-orang kafir benci.” (HR. Muslim 1/415).

Baca juga: 5 Tips Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut, Baca Doa & Zikir Ini!

Sumber: orami

FT Image: muslimmamas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×