Nur

Hukum Nyanyikan Al-Quran Dengan Alunan Muzik, Ustaz Azhar Idrus Jelaskan…

35
SHARES
ayat Al-Quran

Pernahkah anda terfikir apakah hukum surah atau ayat Al-Quran dijadikan lagu nyanyian? Sering kali, kita mendengar ayat-ayat suci ini disampaikan melalui lagu. Jadi, bagi mengetahui dengan lebih lanjut ikuti penjelasan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus di bawah.

Baca juga: Ini 13 Kisah Nabi Muhammad SAW Boleh Buat ‘Bedtime Story’, Anak Pasti Seronok!

AYAT AL-QURAN

ayat Al-Quran

Gambar: freepik

AYAT QURAN DIJADIKAN LAGU NYANYIAN

Soalan:

Apakah hukumnya mengambil beberapa ayat atau surah daripada Al-Quran dan dimasukkan ke dalam lagu yang dinyanyikan dengan diiringi bunyi muzik?

Jawapan:

Hukum menyanyikan ayat atau surah Al-Quran seperti dimasukkan beberapa kalimah atau ayat Al-Quran ke dalam lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi beserta alunan muzik adalah haram.

Diriwayatkan dari ‘Auf bin Malik r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

أَخَافُ عَلَيْكُمْ سِتًّا : إِمَارَةُ السُّفَهَاءِ وَسَفْكُ الدِّمَاءِ وَبَيْعُ الْحُكْمِ وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ وَنَشْوٌ يَتَّخِذُونَ الْقُرْآنَ مَزَامِيرَ وَكَثْرَةُ الشُّرَطِ

Artinya: “Aku takut atas kamu sekelian akan enam perkara yaitu kepimpinan orang-orang yang bodoh dan menumpahkan darah dan jual beli hukum dan memutuskan silaturahim dan orang muda mengambil Al-Quran sebagai lagu nyanyian dan banyak peraturan pemerintah.” (Hadith riwayat Imam Ahmad & At-Tabarani)

Berkata Imam Al-Munawi:

(ونشئا يتخذون القرآن) أي قراءته (مزامير) جمع مزمار وهو بكسر الميم آلة الزمر يتغنون به ويتمشدقون ويأتون به بنغمات مطربة وقد كثر ذلك في هذا الزمان وانتهى الأمر إلى التباهي بإخراج ألفاظ القرآن عن وضعها

Artinya: “Dan arti orang muda mengambil Al-Quran artinya menjadikan bacaannya berirama mereka buatkannya mempunyai rentak dan mendatangkannya dengan alunan yang merdu. Dan sungguh telah banyak terjadi pada zaman ini dan kesudahannya pekerjaan ini kepada berbangga-bangga dengan mengeluarkan lafaz-lafaz Al-Quran dari hantarannya (yang sepatutnya).” (Kitab Faidhul Qadir)

Baca juga: 5 Tips Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut, Baca Doa & Zikir Ini!

Telah berkata Syeikh Athiyah Saqr Ketua Lajnah Fatwa Universiti Al-Azhar:

وهو على كل حال ينهى عن التغنى بالقرآن بما يخرجه عن أصول التلاوة الصحيحة، ويجعله كالأغانى التى يرددها المغنون والتى فيها ترجيع وتطريب يهمز فيه ما لا يهمز، ويمد ما لا يمد، وتصير الألف الواحدة ألفات، والواو الواحدة واوات، كما وضحه القرطبى

Artinya: “Dan ia atas apa keadaan pun dilarang menyanyikan Al-Quran dalam bentuk yang terkeluar dari asal bacaan Al-Quran yang sahih yang mana dijadikannya sebagai lagu-lagu yang diulang-ulang olih para penyanyi yang berlaku padanya mengulang dan membuat alunan dan mengetar-getarkan suara dan memanjangkan bacaan yang tiada panjang sehingga jadilah alif yang satu itu alif yang banyak dan wau yang satu menjadi wau yang banyak sebagaimana menjelaskannya olih Imam Al-Qurtubi.” (Himpunan Fatwa Syeikh Athiyah Saqr)

Sungguhnya sebab diharamkan membuat ayat Quran itu sebagai nyanyian dan lagu ialah kerana ia akan mengubah dan merosakkan aturan lafaz dan makna Al-Quran. Seperti dibuang setengah hurufnya atau ditukar sebahagian barisnya atau dipanjangkan bacaan yang pendek supaya sesuai dengan irama dan rentak lagu yang dinyanyikan dan seumpamanya.

Telah berkata Imam Nawawi:

وقال أقضى القضاة الماوردي في كتابه الحاوي القراءة بالألحان الموضوعة ان أخرجت لفظ القرآن عن صيغته بإدخال حركات فيه أو إخراج حركات منه أو قصر ممدود أو مد مقصور أو تمطيط يخفي به بعض اللفظ ويتلبس المعنى فهو حرام يفسق به القارئ ويأثم به المستمع لأنه عدل به عن نهجه القويم إلى الاعوجاج

Artinya: “Dan telah berkata ketua para qadhi Imam Mawardi pada kitabnya Al-Hawi : Bermula bacaan dengan alunan yang disusun jika mengeluarkan lafaz Al-Quran dari bentuknya dengan memasukkan baris padanya atau mengeluarkan baris daripadanya atau memendekkan yang panjang atau memanjangkan yang pendek atau membuat rentak yang jadi tersembunyi dengan sebabnya olih sebahagian lafaz dan bercampur baur maknanya maka yaitu haram yang jadi fasik dengan sebabnya olih yang membacanya yang berdosalah dengannya olih orangyang sengaja mendengarnya kerana sungguhnya ia memesongkan daripada bentuknya yang indah kepada kecelaruan makna.” (Kitab At-Tibyan Fi Adab Hamalah Al-Quran)

Wallahua’lam. Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga: Mak Ayah Boleh Amal Doa Jauhi Zina Ini Untuk Anak, Baca Untuk Diri Sendiri Pun Boleh..

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: freepik / pvproductions

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×