Nur

Al-Quran Turun Pada Malam Nuzul Al-Quran & Lailatulqadar, Cuma Beza Kaedah Penurunannya!

1
SHARES
malam nuzul al-Quran

Sebagaimana semua maklum, malam nuzul al-Quran iaitu malam 17 Ramadan yang masyhur merupakan malam turunnya al-Quran. Tetapi ada juga yang mengatakan al-Quran diturunkan pada malam Lailatulqadar.

Bagi mengetahui jawapan kepada persoalan di atas, mari ikuti pencerahan di bawah.

Baca juga: Hukum Melintas Depan Orang Sedang Solat, Terutama Bila Ada Penghadang!

AL-QURAN

malam nuzul al-Quran

Gambar: mahadsunnah

Ringkasan:

Dalam portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan, malam nuzul al-Quran dan malam lailatulqadar adalah malam berlaku penurunan al-Quran mengikut peringkatnya tersendiri.

Malam 17 Ramadan yang masyhur dengan malam nuzul al-Quran ialah malam permulaan turunnya al-Quran dari Baitul ‘izzah (langit dunia) kepada Rasulullah SAW secara berperingkat.

Perihal penurunan al-Quran pada malam lailatulqadar adalah malam al-Quran diturunkan dari luh mahfuz ke Baitul ‘izzah secara serentak 30 juzuk.

Baca juga: Ingat! Ini Antara Sebab Allah SWT Hantar Insan-Insan Yang Menyakitkan Hati Dalam Hidup

Huraian penjelasan:

Sesungguhnya antara kemuliaan bulan Ramadan adalah berlakunya peristiwa penurunan mukjizat agung Rasulullah SAW pada bulan tersebut dan peristiwa ini dikenali sebagai nuzul al-Quran. Peristiwa ini telah dirakam oleh Allah SWT dalam firmannya:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah;185)

Berdasarkan ayat di atas, Ibn Kathir mentafsirkan bahawa Allah SWT memuliakan bulan puasa berbanding bulan lain, yang terpilih sebagai bulan turunnya al-Quran berbanding bulan-bulan yang lain.

Perbezaan penurunan al-Quran pada malam nuzul al-Quran dan malam lailatulqadar

malam nuzul al-Quran

Gambar: rumahzakat

Perbezaan antara penurunan al-Quran pada malam nuzul al-Quran dan malam lailatulqadar adalah perbezaan dari segi kaedah penurunan al-Quran. Sesungguhnya al-Quran diturunkan secara berperingkat yang mana ia bermula dari luh mahfuz ke baitul ‘izzah (langit dunia) dan seterusnya, dari baitul ‘izzah turun kepada Rasulullah SAW.

Baca juga: 5 Panduan Senaman Bulan Puasa Buat ‘Kaki Senam’, Disarankan Jurulatih Kecergasan Popular!

Oleh yang demikian, perbezaan penurunan al-Quran di antara dua malam ini adalah seperti berikut:

Pertama: Penurunan al-Quran pada malam lailatulqadar

Proses penurunan dari luh mahfuz ke baitul ‘izzah atau dikenali sebagai langit dunia sepertimana yang telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatulqadar,” (Surah al-Qadr: 1)

Berdasarkan firman Allah di atas, Ibn kathir menafsirkan ayat ini dengan menukilkan pandangan Ibn Abbas tentang perkara ini yang mana Allah SWT menurunkan al-Quran secara serentak pada malam tersebut. Kemudian, Allah SWT menurunkan wahyu secara berperingkat kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun.

Baca juga: Arwah Mak Ajar Kena Raikan Keluarga, Harta Benda Dah Beli Jangan Simpan Buat Tetamu Je!

Kedua: Penurunan pada malam nuzul al-Quran atau pada tanggal 17 Ramadan

Merupakan penurunan wahyu pertama yang diturunkan ke gua Hira’ yang mana ia melibatkan permulaan surah al-‘Alaq sekali gus bermulanya penurunan wahyu secara beransur-ansur dari Baitul ‘izzah kepada Rasulullah SAW. Perkara ini telah dijelaskan oleh Ibn Kathir dengan menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi[4]:

كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

Maksudnya: “Permulaan wahyu bagi Rasulullah SAW pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadan.” (Rujuk al-Bidayah wa al-Nihayat: 3/11)

Wallhu A’lam.

Baca juga: Hukum Solat Dalam Keadaan Lipat Lengan Baju Atau Seluar & Status Solat, Ini Jawapannya!

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: islamicinsights

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×