Deko & Hias

Arwah Mak Ajar Kena Raikan Keluarga, Harta Benda Dah Beli Jangan Simpan Buat Tetamu Je!

38
SHARES
barang rumah

Melalui perkongsian dibuat Nurlia Mohd Nor, terdapat 3 benda yang dipelajari dari arwah emaknya, terutama tentang penggunaan barang rumah. Misalnya, mana yang baru beli dan cantik disimpan untuk tetamu, namun keluarga sendiri hanyalah menggunakan barang yang tidak seberapa rupanya.

Jangan begitu ya. Tidak salah untuk meraikan tetamu, namun jangan lupa mengutamakan keluarga juga. Jom baca nukilannya di bawah.

Baca juga: Mulianya Wanita Berpendidikan, Belajar Tinggi Tapi Rendah Diri Masuk Dapur Demi Keluarga!

BARANG RUMAH

barang rumah

Gambar: Nurlia Mohd Nor

Ada 3 benda saya belajar dari arwah Mak:-

1. Pinggan mangkuk

Pinggan mangkuk untuk kegunaan keluarga dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama.

Tak kisahlah plastik atau kaca tapi pastikan kalau boleh seragam. Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastikkan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang.

Sebenarnya keluarga dalam rumah ini lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami atau anak- anak dapat merasa guna pinggan cantikkan.

Mak dulu pinggan Pyrex warna coklat dia guna untuk pakai harian. Kata Abah, “buat apa simpan, dah beli guna bukan boleh bawa mati pun…” hehe.

Baca juga: Selalu Bungkus Bawa Balik Makanan Dari Majlis Orang? Ini Hukumnya, Jangan Buat Main!

2. Telekung

Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah.

Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah SWT kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.

Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun tak apa asalkan bersih.

Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput atau kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila mak meninggal saya wakafkan telekung-telekung dia yang masih elok di surau-surau.

3. Sejadah

Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah.

Nak menghadap Allah SWT jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.

Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ini memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing atau pecah. Encik suami cadangkan beli yang baru.

Senang, tetamu datang pun guna yang ini, orang dalam rumah pun pakai juga yang ini. Harta benda dah beli, sila guna.

Baca juga: Si Dia Putuskan Tunang, Batal Kahwin Tanpa Sebab Munasabah? Failkan Tuntutan Ganti Rugi!

Sumber: Nurlia Mohd Nor

FT Image: Nurlia Mohd Nor / odua

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×