Nur

Lipat Sejadah Pun Kena Ada Adab, Tak Salah Jika Amalkan & Kebersihan Pun Terjaga

288
SHARES

Pelbagai cara dan pandangan berkenaan adab melipat atau menggulung sejadah ini mengikut penerimaan dan kefahaman setiap individu itu. Sebagaimana, perkongsian Ameer Hamzah Mohamad ini yang berpendapat buat dirinya, di bawah merupakan diantara adab melipat sejadah yang boleh diikuti.

Selagi mana tidak melanggar batasan agama, apa salahnya mengamalkan cara ini malah, kebersihan turut dapat sama dijaga.

Baca juga: ‘Aku Pon*** Pun Sampai Mekah’- Jadikan Ziarah Ke Baitullah Sebagai ‘Trend’ Perkara Membimbangkan

LIPAT SEJADAH PUN KENA ADA ADAB, TAK SALAH JIKA AMALKAN & KEBERSIHAN PUN TERJAGA

DIANTARA ADAB MELIPAT / MENGGULUNG SAJADAH

Bekas kaki bertemu kaki.

Bekas wajah bertemu wajah.

Lipat MEMANJANG (membujur). Agar bekas tapak kaki tidak bertemu dengan tempat wajah sujud.

Lipat MEMENDEK (melintang) akan membuat bekas tapak kaki bertemu dengan tempat wajah sujud.

Mari kita jaga kebersihan & kesihatan. Moga bermanfaat, simpan dekat wall FB masing-masing ya.

REAKSI NETIZEN BERKENAAN ADAB MELIPAT SEJADAH.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas perkongsian ilmu yang penuh bermanfaat ini. Malah, terdapat juga dalam kalangan netizen yang memang sudah lama mengamalkan adab melipat sejadah yang sebegini.

Sumber: Facebook Ameer Hamzah Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×