Famili

Si Dia Putuskan Tunang, Batal Kahwin Tanpa Sebab Munasabah? Failkan Tuntutan Ganti Rugi!

38
SHARES
putus tunang

Tiada siapa yang menginginkan mahligai yang bakal dibina, berkecai sekelip mata tanpa sebab munasabah. Sekiranya anda berada dalam situasi batal perkahwinan, putus tunang tanpa sebab yang munasabah, jangan berdiam diri dan pertahankan maruah anda!

Anda mempunyai hak untuk membuat tuntutan ganti rugi di Mahkamah Syariah bagi mempertahankan maruah diri yang telah dianiaya pihak sana. Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Lidah Pembela iaitu Peguam Syarie daripada @muizzuddinrahimassociates di bawah.

Baca juga: Hukum Bapa Tiri Beri Nafkah Kepada Anak Tirinya, Ini Jawapan Dr. Zulkifli!

PUTUS TUNANG

putus tunang

Gambar: monco

Batal kahwin saat akhir

1. Baru-baru ini tular berita tentang seorang gadis yang dibatalkan kahwin oleh pasangannya disaat akhir. Dikatakan 3 hari sebelum tarikh perkahwinan. Kami turut bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis tersebut.

2. Tidak perlu kami ulaskan lebih lanjut tentang situasi gadis tersebut kerana telah banyak portal yang menulis dengan lebih detail tentang situasi tersebut.

Baca juga: 180 ‘List’ Nama Bayi Lelaki Islam 3 Perkataan Dalam Al-Quran, Dari Huruf A-Z!

Tuntutan ganti rugi tanpa sebab munasabah

3. Tahukah anda? Anda boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sekiranya anda juga berada dalam situasi gadis tersebut.

Sekiranya tunang anda membatalkan perkahwinan atau memutuskan pertunangan tanpa sebab yang munasabah, anda boleh failkan kes TUNTUTAN GANTI RUGI PERTUNANGAN.

4. Ini adalah berdasarkan seksyen 15 Enakmen Undang-undang keluarga islam selangor yang memperuntukkan bahawa:

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Baca juga: 5 Jenis Perceraian Popular, Sampai Kena Bayar Semula Mas Kahwin Jangan Buat Main!

Plaintif boleh memfailkan

5. Apakah bentuk ganti rugi yang boleh dituntut?

Pihak yang dimungkiri janji boleh menuntut semua pemberian dan semua perbelanjaan bagi persediaan perkahwinan. Misalnya kos katering, khemah atau dewan, dan sebagainya.

6. Tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut kadar jumlah tuntutan.

7. Syarat untuk membuat tuntutan ini adalah perlu buktikan wujudnya kontrak/akad pertunangan yang sah disisi undang-undang dan hukum syarak.

Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada pembaca dan dapat mendidik untuk bangkit mempertahankan maruah diri. Wallahu’alam.

Baca juga: Larangan Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Atau Isteri Orang, Boleh Kena Penjara!

Sumber: Lidah Pembela

FT Image: AndrewLozovyi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×