Nur

6 Mitos Isu Perceraian Yang Sentiasa Jadi Topik Sensasi Masyarakat, Peguam Jelaskan Fakta Sebenar!

12
SHARES
isu perceraian di Malaysia

Hak penjagaan anak untuk isteri yang nusyuz sentiasa menjadi antara topik perbualan hangat masyarakat, apabila melibatkan isu perceraian di Malaysia. Ya, sememangnya ia merupakan topik sensasi yang mampu menarik perhatian ramai.

Namun, adalah lebih baik sekiranya anda menjadi masyarakat yang terdidik tentang isu-isu yang sering difailkan di Mahkamah Syariah agar diri lebih menjadi ubi yang berisi dan tidak membuat salah tafsiran.

Baca juga: 5 Panduan Cerai ‘Fast Track’, Kes Boleh Selesai Dalam Masa 1 Hari Je! Mudahnya Urusan~

ISU PERCERAIAN DI MALAYSIA (MITOS VS FAKTA)

isu perceraian di Malaysia

Gambar: TikTok @azrieyyyyy

Melalui perkongsian bermanfaat seorang Peguam Syariah yang dikenali dengan nama Azri di akaun TikToknya, beliau menyatakan terdapat  isu-isu perceraian yang sering disalah tafsir oleh masyarakat.

Ujarnya lagi, masyarakat diminta agar selalu belajar dan ambil tahu berkaitan syariah kerana ia merupakan ilmu penting dalam kehidupan seharian.

“Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan dengan perceraian disalah tafsir. Oleh itu, cubalah belajar dan selalu ambil tahu berkaitan dengan syariah dek kerana ilmu ini penting dalam kehidupan seharian kita,” tulis Azri di ruangan kapsyen tersebut.

Justeru itu, beliau menyenaraikan 6 mitos isu perceraian yang sering disalah tafsir oleh masyarakat seperti di bawah.

Baca juga: HARAM Lelaki Lain Pinang Wanita Dalam Iddah, Ibarat Ajak Isteri Orang Nikah!

Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!

6 MITOS VS FAKTA!

1. Status perceraian jika suami tak hadir

  1. Mitos: Permohonon cerai tidak akan lulus sebab suami tidak hadir atau tidak tahu keberadaannya.
  2. Fakta: Boleh mohon fasakh atau taklik kerana jenis pembubaran ini tidak perlu kehadiran suami ke mahkamah.

2. Tuntutan nafkah anak bawah jagaan isteri

  1. Mitos: Bekas isteri tidak layak tuntut nafkah anak jika anak dibawah jagaannya.
  2. Fakta: Bekas suami tetap kena tanggung nafkah anak walaupun anak dibawah jagaan bekas isterinya. Jika tidak diberi, maka boleh tuntut di mahkamah.

3. Isteri tak boleh langsung mohon cerai 

  1. Mitos: Isteri tidak boleh mohon cerai sampai bila-bila sebab kuasa talak ada di tangan suami.
  2. Fakta: Terdapat jenis-jenis pembubaran perkahwinan tanpa memerlukan lafaz talak dari suami seperti fasakh, taklik dan hakam.

Baca juga: Himpunan 7 Doa Minta JODOH, Semoga Tahun Depan Makan Nasi Minyak!

4. Hak jagaan anak oleh isteri yang memfailkan perceraian

  1. Mitos: Jika isteri failkan cerai, maka isteri tidak layak mendapat hak jagaan anak.
  2. Fakta: Permohonan cerai yang difailkan oleh isteri tidak menjejas haknya untuk mendapat hak jagaan anak.

5. Tuntutan dinafikan untuk isteri nusyuz

  1. Mitos: Isteri nusyuz tidak layak menuntut apa-apa dari suami.
  2. Fakta: Isteri yang disabitkan nusyuz hanya dinafikan nafkah isteri dan nafkah iddah sahaja. Tuntutan lain boleh dituntut seperti biasa.

6. Kebenaran suami untuk berpoligami

  1. Mitos: Suami yang ingin berpoligami perlu mendapat kebenaran isteri sedia ada.
  2. Fakta: Suami tidak perlu kebenaran isteri sedia ada cukup dengan memaklumkan kepadanya. Walau bagaimanapun, suami perlu hadir ke mahkamah untuk permohonan kebenaran berpoligami.

Baca juga: Tak Ada Angin & Ribut Tiba-Tiba Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, “HARAM Masuk Syurga”!

Sumber: TikTok @azrieyyyyy

FT Image: TheStar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×