Nur

Hukum Menginap Hotel Beri Servis Arak, Ada 2 Bentuk Pengharaman – Bekas Mufti Jelaskan!

2
SHARES
hukum haram

Pernahkah anda terfikir, berkenaan bentuk hukum haram di sisi syarak apabila berada di tempat yang menyediakan servis arak? Semua sedia maklum, arak merupakan minuman yang haram diminum oleh umat Islam.

Namun, bagaimana pula sekiranya anda menginap di hotel atau berada di dalam kapal terbang yang menyediakan arak? Ikuti penjelasan dari bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bawah.

Baca juga: Air Nabeez Minuman Kegemaran Rasulullah Kaya Khasiatnya & Ada Resepi Juga!

HUKUM HARAM

hukum haram

Gambar: freepik

Baru-baru ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, telah membalas jawapan yang jelas kepada satu ciapan yang berjaya menarik perhatiannya, mengenai keberadaan orang Islam berada di tempat penginapan yang mempunyai servis arak.

Menurut Dr. Zulkifli, ada dua bentuk pengharaman iaitu muharramat al-wasa’il (perkara yang dihukum haram kerana ia menjadi wasilah kepada perkara haram) dan muharramat al-maqasid (perkara yang haram pada zatnya).

  • Muharramat al-wasa’il boleh jadi harus atau makruh mengikut situasi
  • Muharramat al-maqasid adalah haram

Justeru itu, Muslim yang menginap di hotel kerana ada urusan dan keperluan tertentu yang bukan bertujuan minum arak, hukumnya adalah muharramat al-wasa’il. Maka, harus hukumnya kerana ada hajat.

Asalkan tidak bercampur dengan apa-apa majlis khusus yang dihidangkan arak, jika mampu. Bahkan hukum ini juga digunakan dalam situasi menaiki kapal terbang. Mari ikuti penjelasan beliau dengan lebih lanjut.

Baca juga: 3 Zikir Redakan Tantrum Anak Boleh Diamalkan, Si Kecil Kurang Buat Perangai Lepas Ini

hukum haram

Gambar: Ciapan yang mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan dari seorang pengguna laman X.

Soalan yang baik. Saya berpandangan, saudari ada sedikit salah faham.

1. Sabda Rasulullah SAW:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجلس على مائدة يدار عليها الخمر

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, jangan DUDUK pada hidangan di mana arak dihidangkan.

Ini hukum asasnya.

2. Hotel adalah tempat untuk menginap, bermalam. Ia berbeza dengan pub dan kelab malam kerana itu sememangnya tempat minum arak.

3. Ada dua bentuk pengharaman iaitu muharramat al-wasa’il (perkara yang dihukum haram kerana ia menjadi wasilah kepada perkara haram), dan muharramat al-maqasid (perkara yang haram pada zatnya).

Muharramat al-wasa’il boleh jadi harus, atau makruh mengikut situasi. Muharramat al-maqasid adalah haram.

4. Muslim menginap di hotel kerana ada urusan dan keperluan. Tidak ada Muslim yang menginap di hotel semata-mata untuk minum arak. Arak pula kebiasaannya dihidangkan di bar yang khusus, berasingan daripada tempat minuman panas dan sejuk lain.

Baca juga: Hukum Lelaki Pakai Inai Di Jari, Tanpa Sedar Ramai Yang Dah Buat!

hukum haram

Gambar: wirestock

5. Sama juga situasinya dengan menaiki kapal terbang. Tidak ada Muslim yang menaiki kapal terbang semata-mata untuk minum arak. Semuanya ada keperluan dan urusan tertentu.

6. Walaupun Islam tak pernah halang intellectual discourse, tetapi syarat asasnya adalah faham permasalahan isu. Jika tidak, saudari cuma bermain strawman fallacy. Ramai yang cuba mengkritik, akhirnya terjerumus ke sini.

7. Hotel dan kapal terbang (sebagai contoh) adalah muharramat al-wasa’il. Maka, harus hukumnya kerana ada hajat. Asalkan tak bercampur dengan apa-apa majlis khusus yang dihidangkan arak, jika mampu.

8. Pub, disko, kelab malam itu muharramat al-maqasid. Jelas di situ tempat dihidangkan arak dengan bebas, termasuk pelbagai aktiviti yang mungkin tidak selari dengan adab Muslim.

Sebagai Muslim, kita ada jati diri dan prinsip. Tidak ada walau satu kerugian jika sepanjang belajar di luar negara, seorang Muslim memilih untuk tidak pergi ke tempat sebegitu. Terlalu banyak tempat lain yang boleh anda pilih untuk berhibur dan bersosial bersama-sama rakan bukan Muslim.

Semoga saudari bergraduasi dengan cemerlang, pulang ke Malaysia, menyumbang untuk agama, bangsa dan negara.

Baca: #ProjekMimpi: Tanpa Kita Sedar, Ini 10 Sebab Diri Sering Diuji Dengan Kemiskinan..

Sumber: X Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

FT Image: freepik / freepic.diller

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×