Nur

Hukum Melintas Depan Orang Sedang Solat, Terutama Bila Ada Penghadang!

14
SHARES
melintas depan orang solat

Apakah hukum melintas di hadapan orang yang sedang solat? Sebagaimana penulis, pastinya pembaca turut tertanya-tanya berkenaan hukum melintas depan orang solat.

Mari baca penjelasan yang terperinci di bawah.

Baca juga: Ingat! Ini Antara Sebab Allah SWT Hantar Insan-Insan Yang Menyakitkan Hati Dalam Hidup

MELINTAS DEPAN ORANG SOLAT

melintas depan orang solat

Gambar: UstazUstazah

Pengertian sutrah

Sebelum itu, para pembaca perlu mengetahui pengertian sutrah. Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, sutrah dari segi bahasa bahawa bermaksud apa sahaja yang dapat menghalangi.

Manakala dalam istilah ilmu fiqh, sutrah bermaksud segala sesuatu yang tertegak di hadapan orang yang sedang solat. Ia sama ada dalam bentuk tongkat, tanah yang disusun atau yang sepertinya bagi mencegah orang melintas di hadapannya.

Baca juga: Aduh Gigi Rasa Sakit Mencengkam, Baca Doa Sakit Gigi Ini, Mujarab!

Hukum melintas di hadapan orang sedang solat

hukum melintas depan orang solat

Gambar: Hazimi Azmi

Menjawab kepada persoalan di atas, melalui laman portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum melintasi di hadapan orang yang sedang solat adalah tidak dibolehkan bahkan haram kerana nas yang sahih lagi sarih. Ini jika tiada sebarang sutrah atau penghadang.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

Maksudnya: “Kalaulah seseorang yang melintasi di hadapan orang yang solat mengetahui hukuman ke atasnya nescaya baik baginya berdiri 40 daripada melintasinya.” Riwayat al-Bukhari (510) & Muslim (507)

Abu Nasr berkata:

لَا أَدْرِي، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، أَوْ شَهْرًا، أَوْ سَنَةً

Maksudnya: “Aku tidak tahu adakah Baginda SAW bersabda dengan empat hari, atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun.”

Sedangkan dalam riwayat al-Bazzar telah menyebut dengan empat puluh musim gugur atau dengan maksud 40 tahun.

Baca juga: Hukum Solat Dalam Keadaan Lipat Lengan Baju Atau Seluar & Status Solat, Ini Jawapannya!

Penjelasan hadis

Hadis ini menunjukkan haram melintasi di hadapan orang yang sedang solat jika dia telah menggunakan tabir atau sutrah. Tetapi sebaliknya jika tidak menggunakannya maka ia tidak termasuk, berdasarkan riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya daripada al-Muttalib bin Abi Wada’ah RA berkata:

“Aku melihat Nabi SAW selepas tawaf berjalan melalui tempat tawaf kemudian solat dua rakaat sedangkan antara beliau dan orang yang tawaf itu tidak ada tabir apapun.” Lihat Mawarid al-Zam’an (hlm 118 no. 415).

Justeru itu, hendaklah seseorang yang solat mencegahnya dan orang yang hendak melintas menahan daripada lintasan tersebut.

Baca juga: Ini 6 Doa Suami Boleh Baca Semasa Teman Isteri Bersalin, Semoga Dipermudahkan!

Kawasan yang sewajarnya untuk mendirikan solat

melintas depan orang solat

Gambar: Kashoorga

Sekiranya anda solat di surau atau masjid, pilihlah tempat solat adanya dinding atau tiang agar dapat mengelak jemaah melintasi di hadapannya. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah solat mengadap tiang di dalam masjid dan mengadap sebatang pokok dan lain-lain.

Selain itu, sebuah hadid daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَجْعَلْ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ شَيْئًا، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُلْقِ عَصًا، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ عَصًا فَلْيَخُطَّ خَطًّا، ثُمَّ لَا يَضُرُّهُ مَا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ

Maksudnya: “Apabila salah seorang kamu melaksanakan solat hendaklah dia letakkan sutrah di hadapannya. Jika tidak hendaklah memancak tongkat dan jika tiada hendaklah membuat garis sehingga tidak akan menjadi masalah sekiranya ada yang melalui di depannya.” Riwayat Abu Daud (689) dan Ibn Majah (943).

Hukum memasang sutrah

Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki memasang sutrah atau tabir disunatkan bagi orang yang merasa khuatir ada orang yang akan melintas. Ini dikuatkan lagi hadis Ibn Abbas yang meriwayatkan bahawa, pada suatu ketika Nabi SAW solat di tanah lapang dan tiada apa-apa pun di hadapan beliau yakni sutrah, seperti dalam riwayat Abu Daud.

Baca juga: Sengaja Batal Puasa Untuk Bersetubuh Di Siang Hari? Hati-Hati Anda Kena Bayar KAFFARAH!

Sumber: Portal Zulkifli Al-Bakri / Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: muslimobsession / kashoorga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×