Tips mudah bersalin melalui doa ini bukan sahaja untuk bantu memudahkan isteri yang sedang berjuang melahirkan anak, tetapi juga buat suami yang sedang dalam kerisauan. Menemani isteri bersalin pastinya detik tegang buat suami. Adalah wajar jika pada masa itu, hati dan fikiran suami berasa sangat gusar.
Jika ia berlaku, tenangkan diri dengan berdoa. Doa adalah satu bentuk permohonan kepada Allah SWT untuk membuatkan hati dan fikiran papa lebih tenang ketika menemani isteri bersalin. Di satu sisi, agar proses bersalin isteri dapat berjalan dengan lancar.
Baca juga: Bahaya 5 Makanan Ini Jika Diambil Ibu Hamil, Boleh Beri Kesan Buruk Pada Kandungan!
TIPS MUDAH BERSALIN DENGAN AMALAN DOA
1. Ayat Kursi
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”
2. Surah al-A’raaf ayat 54
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”
3. Surah al-Falaq dibaca satu kali
“Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
Baca juga: Stimulasi Puting Isteri Supaya Cepat Kontraksi Pada Bulan Ke-9 Hamil, ‘Guide’ Untuk Papa!
Baca juga: Waktu Sesuai Nak ‘Bersama’ Ketika Bulan Puasa, Barulah Cik Suami Tak Kena Puasa 2X!
4. Surah an-Naas dibaca satu kali
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”
5. Surah al-Fatihah dibaca satu kali
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
6. Doa saat menunggu isteri melahirkan
Jika papa berasa tegang atau bimbang semasa menunggu isteri bersalin, boleh cuba baca doa berikut:
“Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.” Riwayat al-Bukhari (6345) dan Muslim (2730)
Itulah enam doa yang boleh dibaca oleh suami semasa menemani isteri bersalin. Jangan lupa untuk menenangkan isteri juga, ya.
Baca juga: 9 Doa Untuk Arwah Suami Agar Dilindungi Dari Azab Neraka & Ditempatkan Syurga!
Sumber: Pop Mama
FT Image: theasianparent