Tiba-tiba terlupa rakaat ketika solat atau tidak fokus solat? Mungkin ada syaitan Khanzab yang mengganggu anda semasa solat yang menjadi punca solat tak khusyuk.
Ketahui siapa Khanzab yang ingin menyesatkan manusia dan tanda-tanda bahawa anda sedang diganggu olehnya.
Baca juga: Doa Di AWAL HAID Buat Wanita Jadikan Amalan, Baca Pada Hari Pertama ‘Period’!
PUNCA SOLAT TAK KHUSYUK
Khanzab merupakan nama syaitan yang disebut di dalam hadith Nabi Muhammad SAW, yang bertugas mengganggu manusia ketika solat.
Pada satu ketika, Uthman bin Abi al-Asr telah mendatangi Rasulullah SAW, lalu beliau berkata:
“Wahai Rasulullah SAW, aku sering diganggu oleh syaitan dalam solat sehingga bacaanku (bacaan dalam solat) menjadi kacau.”
Maka Rasulullah SAW bersabda:
“Itu adalah syaitan yang digelar Khanzab maka apabila engkau diganggu, mohonlah perlindungan kepada Allah SWT daripadanya. Setelah itu, ludahlah di bahagian kirimu sebanyak tiga kali. Aku pun melakukan hal tersebut, maka sejak dari itu Allah SWT telah menghilangkan gangguan tersebut daripadaku”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 4083]
Baca juga: Cara Kiraan Sepertiga Malam, Orang Ramai Kena Tahu ‘Timing’ Mustajab Untuk Pohon Doa!
TANDA SOLAT DIGANGGU KHANZAB
Justeru itu, mari ketahui antara tanda-tanda solat diganggu oleh syaitan Khanzab sehingga solat tidak khusyuk.
1. Waswas ketika takbiratul ihram
Syaitan Khanzab membuat orang berasa waswas ketika solat. Di mana, akan menimbulkan gangguan kepada orang yang sedang bertakbiratul ihram sehingga menimbulkan keraguan.
2. Lupa rakaat solat
Gangguan yang paling biasa ialah lupa rakaat solat. Anda mungkin mengulang tahiyat awal dua kali kerana fikir belum melakukannya.
Sebagai contoh, menunaikan solat Isyak sebanyak 3 rakaat atau 5 rakaat. Perkara ini sering berlaku jika mengerjakan solat secara munfarid, terutamanya pada waktu Zohor dan Asar.
3. Tidak menghayati bacaan
Kadangkala orang yang menunaikan solat tidak menghayati apa yang dibaca ketika solat. Boleh jadi anda lupa sama ada sudah membaca Al-Fatihah, atau tidak sedar surah apa yang dibaca.
4. Teringat sesuatu yang hilang
Ketahuilah, syaitan itu sentiasa menyesatkan manusia. Sebagai contoh, apabila sedang berdoa, tiba-tiba teringat sesuatu yang hilang atau mendapat petunjuk mengenai sesuatu yang dicari.
Jangan anggap solat itu manfaatnya untuk mencari barang yang hilang, kerana itu tipu daya syaitan untuk tidak fokus pada ibadah.
Baca juga: Hebatnya Al-Kauthar, Disifatkan Surah Penghibur Hati Nabi Muhammad SAW Kala Sedih
Baca juga: Panduan Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh, Nilainya Lebih Dari Seisi Dunia!
5. Mata tak fokus
Ketika solat, kita dianjurkan untuk melihat ke arah tempat sujud. Namun, apabila Khanzab mengganggu, anda boleh diajak melihat bentuk atau motif sejadah, motif sarung makmum yang lain, dan sebagainya.
6. Ingin kentut dan membuang najis
Syaitan boleh menggoda manusia untuk berdoa dengan menimbulkan keinginan untuk kentut, buang air kecil dan juga buang air besar.
Perkara ini masih boleh berlaku walaupun telah melakukannya sebelum solat. Sudah tentu syaitan berharap agar anda tidak khusyuk ketika berdoa.
7. Menoleh saat solat
Tanda terakhir, mungkin bukan hanya mata yang dibuat kurang khusyuk, tetapi juga kepala.
Kesimpulan
Jadi, anda sedia maklum bahawa Khanzab adalah syaitan yang mengganggu solat bersama dengan dengan 7 tanda yang diberikan. Semoga solat kita sama-sama terpelihara dengan baik dari gangguan syaitan.
Baca juga: Doa Untuk Anak Dilindungi, Beza Cara Baca Untuk Anak Kecil & Dewasa, Moga Mustajab!
Sumber: Detik Hikmah / Mufti Wilayah Persekutuan
FT Image: odua