Asuh

Baca Doa Pendinding Elak Gangguan Jin, Kadang Ini Punca Bayi Menangis Malam

16
SHARES
bayi menangis malam

Situasi bayi menangis malam atau pada waktu senja boleh terjadi kerana beberapa faktor. Antaranya, adalah disebabkan gangguan makhluk halus iaitu jin. Ia boleh dikesan sekiranya bayi anda menangis pada waktu-waktu tertentu secara tiba-tiba, yang berlaku pada setiap hari dan bukan pada waktu lain.

Justeru itu, bagi mengelakkan bayi anda diganggu jin seperti tanda-tanda di bawah, anda boleh amalkan surah-surah berikut agar menjadi pendinding yang kukuh supaya tidak boleh disentuh oleh jin.

Baca juga: 11 Jenis Doa Ketika Anak Menghadapi PEPERIKSAAN & Amalan Ibu Bapa Boleh Lakukan!

BAYI MENANGIS MALAM

bayi menangis malam

Gambar: nestedbean

Gangguan pada bayi

Pernah tak anak anda menangis di waktu senja atau tengah malam?

Faktor Bayi Menangis:

  • Masalah kesihatan (perut kembung)
  • Lapar atau haus (nak susu)
  • Gangguan makhluk halus (jin)

Tanda-tanda bayi menangis bukan kerana faktor kesihatan atau lapar tapi kerana gangguan seperti berikut:

  1. Matanya melilau melihat sekeliling.
  2. Menangis yang tiada air mata.
  3. Menangis seolah seperti dicubit (nada tangisan semakin tinggi).
  4. Riak wajah bayi seperti dalam ketakutan.
  5. Tidur di selang-seli dengan tangisan.
  6. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari (contoh, bayi hanya menangis pada waktu maghrib atau tengah malam tetapi bukan pada waktu lain, setiap hari).
  7. Waktu senja pintu atau tingkap rumah tak tutup dan ahli keluarga anda keluar masuk rumah.

Baca juga: 3 Amalan Doa Hamil Bayi Lelaki, Tak Salah Ibu Bapa Cuba & Ikhtiar Cara Ini!

Apa yang patut anda lakukan?

bayi menangis malam

Gambar: Pinterest

  1. Bertenang dan bersabar, jangan panik dan jangan marah-marah.
  2. Baca ayatul Qursi 3x dan tiup dari ubun-ubun bayi sampai kakinya.
  3. Baca ayat 9 dari surah yasin 1x:

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون

“Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat” -QS. Yasin (36):9-

Berhenti pada kalimah sadda (سَدًّ).  Doa dalam hati agar bayi anda terhijab dari melihat jin atau syaitan dan bayi anda didinding dengan pendinding yang kukuh supaya tidak boleh disentuh oleh jin.

Kemudian sambung baca dan berhenti sekali lagi pada kalimah sadda (سَدًّ). Dan berdoa lagi dalam hati seperti tadi. Baru habiskan bacaan dan tiup pada ubun-ubun bayi.

Peringatan!

  • Jadikan ayat-ayat di atas sebagai amalan harian (bila dah berlaku baru nak baca biasanya tak jadi).
  • Jangan sesekali berjumpa bomoh (bila jumpa bomoh biasanya bomoh akan bagi benang hitam dipakaikan ditangan bayi). Benang hitam itu termasuk tangkal yang diharamkan dalam islam kerana SYIRIK.

Semoga bermanfaat, berkongsikan pada semua.

Baca juga: Doa & Cara Buang Tenaga Negatif, Baru Rumah Bersih Aura ‘Panas’!

Sumber: Cahaya Mata

FT Image: Wàng Zuo Téng / EyeEm / Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×