Kadang-kadang badan lesu atau rasa tak gembira tinggal di rumah, mungkin disebabkan tenaga negatif yang berada di dalamnya. Maka dengan itu, terdapat beberapa cara dan doa buang tenaga negatif dalam rumah yang boleh dicuba seperti perkongsian Ummy Ain ini.
Mana tahu dengan ikhtiar ini dapat memberi semula semangat dan aura positif pada tubuh dan rumah anda. Jom lihat caranya di bawah!
Baca juga: Doa Penyeri Wajah Dari Surah Yusuf & 5 Amalan Aura Kekal Bersinar!
DOA BUANG TENAGA NEGATIF DALAM RUMAH
Hari itu ada terbaca perkongsian mengenai buang tenaga negatif dan gangguan jin dalam kediaman/pejabat/kedai. Dah tu saya cuba lah buat.
Dalam bilik utama, saya letak gelas atas almari. Malam buat itu, dengar bunyi punya kuat. Nasib tok laki ada, kalau tidak mahu lari tidur luar.
Bunyi macam batu dibaling dalam air, berkocak air. Lama juga lah dengar. Selepas itu, saya terlena begitu saja dalam ketakutan hahaha.
Baca juga: 3 Amalan Doa Hamil Bayi Lelaki, Tak Salah Ibu Bapa Cuba & Ikhtiar Cara Ini!
Bahan-bahan:
- Garam
- Cuka
- Gelas putih
Bacaan surah:
- Al Fatihah – 7x
- Al Ikhlas – 1x
- Al Falaq – 1x
- Al Kafirun – 1x
- An nas – 1x
- Ayatul Kursi – 3x
- Surah Yassin Ayat 9 – 6x
- Letak garam kasar dan cuka dalam gelas jernih.
- Kemudian baca surah yang dikongsikan di atas serta niat untuk usir benda negatif pada gelas yang terdedah itu.
- Setelah itu, letak gelas tadi dekat bahagian rumah yang selalu anda guna. Jadi, saya letak dekat 3 ruang iaitu bilik tidur utama, ruang menonton dan dapur.
- Dibiarkan selama 24 jam.
- Lepas itu kena basuh dan salin baru.
Baca juga: Hukum Lelaki Pakai Inai Di Jari, Tanpa Sedar Ramai Yang Dah Buat!
Sumber: Rumahku Syurgaku / Ummy Ain
FT Image: