Asuh

Panduan Mudah Cuci Kemaluan Bayi Lelaki, Juga Tips Penjagaan Lepas Sunat Baby

24
SHARES
cara membersihkan zakar bayi

Baik bayi lelaki mahupun perempuan, kulit di sekeliling organ intim mereka masih sangat lembut dan sensitif, sehingga mudah terdedah kepada kerengsaan. Justeru itu, artikel kali ini ingin berkongsikan cara membersihkan zakar bayi lelaki, sama ada sudah berkhatan atau pun belum.

Hal ini kerana, cara membersihkan dan menjaga organ intim bayi lelaki berkhatan adalah berbeza dengan mereka yang tidak berkhatan. Ketahui dengan lebih lanjut di bawah.

Baca juga: Banyak Manfaat Jika Bayi Tidur Tanpa Bantal, Terutama Elak Risiko SIDS!

CARA MEMBERSIHKAN ZAKAR BAYI LELAKI

cara membersihkan zakar bayi

Gambar: freepik

PENJAGAAN ORGAN INTIM BAYI LELAKI

Sebenarnya, kunci penjagaan organ intim bayi adalah mudah iaitu membersihkannya secepat mungkin setiap kali buang air kecil atau besar. Matlamatnya supaya air kencing dan najis tidak merengsakan kulit dan menyebabkan ruam lampin atau menyebabkan jangkitan saluran kencing.

Oleh kerana, organ intim kedua-dua jantina tidak sama, terdapat perbezaan cara membersihkan dan menjaga organ intim bayi lelaki. Berikut adalah penjelasan mengenai cara membersihkan zakar bayi lelaki yang sudah atau pun belum berkhatan.

Baca juga: Ini 5 Beban Anak Sulung Perempuan Kena Tanggung, Tiada Siapa Tahu Deritanya!

1. Zakar bayi yang belum berkhatan

  1. Semasa mandi atau menukar lampin, lap perlahan-lahan zakar dan skrotum bayi untuk menghilangkan kotoran yang melekat padanya.
  2. Gunakan kain bersih atau kapas yang telah dilembapkan dengan hanya air atau air yang dicampur dengan sabun khas bayi.

Kulup zakar bayi yang tidak berkhatan secara semula jadi melekat pada kepala zakar, dan hanya akan terpisah apabila bayi berumur 2-3 tahun. Semasa menyapu atau membersihkan zakar bayi, mama tidak perlu menarik kulup supaya ia tidak cedera akibat koyakan.

2. Zakar bayi berkhatan

cara membersihkan zakar bayi

Gambar: freepik

Jika bayi telah berkhatan sejak lahir, ini bermakna kulup telah dibuang dan dibersihkan. Jika zakar bayi anda kelihatan merah, bengkak dan terdapat sedikit lendir kekuningan selepas berkhatan, anda tidak perlu risau. Hal ini kerana, ia adalah keadaan normal dan merupakan tanda proses pemulihan luka.

  1. Bagi membersihkannya, cukup basuh zakar dengan air perlahan-lahan terutama beberapa hari selepas berkhatan.
  2. Mama tidak perlu tergesa-gesa memakai lampin selepas membersihkan zakar.
  3. Biarkan kawasan organ intim mendapat udara untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
  4. Boleh menyapukan jeli petroleum pada zakar untuk mengelakkan geseran ketika memakai lampin.
  5. Selepas luka berkhatan sembuh, kemaluan bayi boleh dibersihkan dengan air yang dicampur dengan sabun bayi.
  6. Apabila anda ingin memakai lampin, halakan zakar ke bawah untuk melindunginya daripada geseran.

Baca juga: Ibu Bapa Jangan Biasa Tukar Baju & Tayang Tubuh Depan Anak, Ada Sebabnya Islam Larang!

Sumber: AloDokter /

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×