Asuh

Ini 5 Beban Anak Sulung Perempuan Kena Tanggung, Tiada Siapa Tahu Deritanya!

17
SHARES
anak sulung perempuan

Ketahuilah selain ibu bapa, anak sulung perempuan juga memikul beban yang paling berat dalam keluarga. Golongan ini sentiasa dituntut untuk memikul tanggungjawab yang besar dan menjadi contoh kepada adik-adiknya.

Inilah sebabnya yang menjadikan anak sulung perempuan tidak boleh kelihatan lemah, haruslah sentiasa teguh dan mandiri. Malah, kajian menunjukkan bahawa anak perempuan pertama berpotensi lebih hebat daripada anak lelaki pertama.

Selain itu, masih banyak bebanan yang dirasai oleh anak sulung perempuan. Apakah ia? Semak lima beban di bawah.

Baca juga: Ibu Bapa Jangan Biasa Tukar Baju & Tayang Tubuh Depan Anak, Ada Sebabnya Islam Larang!

ANAK SULUNG PEREMPUAN, 5 BEBAN YANG TIDAK KETAHUAN

anak sulung perempuan

Gambar: istockphoto

1. Cenderung diberi peraturan yang ketat

Ibu bapa yang mempunyai anak buat kali pertama, secara semula jadi akan cenderung untuk meletakkan banyak sekatan ke atas anak pertama mereka. Berbeza pula dengan anak kedua dan seterusnya, ibu bapa lebih memberi kebebasan dan banyak belajar daripada cara membesarkan anak pertama.

Inilah yang menjadikan kehidupan anak pertama cenderung dikawal oleh ibu bapa. Mereka diminta untuk memenuhi harapan dan kehendak ibu bapa mereka daripada kehendaknya sendiri.

2. Dituntut untuk sentiasa sempurna

Menjadi anak sulung pasti dipenuhi dengan harapan yang indah oleh ibu bapanya. Oleh itu, tanpa disedari, ibu bapa menuntut agar anak sulung mereka sentiasa sempurna.

Lebih-lebih lagi anak perempuan pertama yang diwajibkan mampu melakukan segala-galanya. Hal ini kerana, kesempurnaan adalah bukti kejayaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Situasi ini berbeza dengan adik-adiknya yang bebas melakukan apa sahaja.

3. Tidak mempunyai tempat untuk berkongsi

Oleh kerana permintaan yang berat daripada ibu bapa dan keluarga, kadang-kadang anak pertama juga boleh berasa tertekan dan letih. Namun, sebagai anak pertama yang mesti sentiasa kelihatan kuat dan tidak kelihatan lemah, akhirnya mereka pendam sahaja.

Malah, adakalanya anak pertama menjadi tempat berkongsi dan bercerita untuk adik-adiknya. Ini tidak boleh berlaku sebaliknya, kerana anak pertama dikehendaki dapat menyelesaikan masalahnya sendiri.

Jadi tiada siapa yang tahu bagaimana proses perjuangannya yang nampak getir dan sukar itu berjalan.

Baca juga: Ini 9 Tips Kendalikan Tingkah Laku Anak Menggunakan Surah Taha & Al-Fatihah

4. Dituntut untuk bersikap matang dan sentiasa mengalah

anak sulung perempuan

Gambar: GettyImages

Sebagai anak pertama terutamanya perempuan biasanya mempunyai sensitiviti yang tinggi. Ia menjadi satu tuntutan untuk sentiasa mengalah dan memahami keadaan dengan sendiri.

Padahal, anak pertama hanya mendapat pengajaran ini daripada mulut ibu bapanya tanpa melihat teladan secara langsung. Malah, dikehendaki untuk bertindak sebagai orang dewasa.

Anak pertama terpaksa sentiasa melindungi adik-adiknya, sentiasa mengalah, baik hati dan sanggup berkongsi, malah sering dilantik sebagai “ketua keluarga” sementara ketika ibu bapanya sibuk.

5. Mempunyai ketakutan untuk gagal

Anak sulung sentiasa dituntut untuk berjaya dan menjadi harapan besar ibu bapanya. Disebabkan tekanan ini, anak sulung sering berasa takut gagal memenuhi harapan ibu bapa dan gagal menjadi contoh yang baik kepada adik-adik.

Ketakutan ini hanya dapat dirasai oleh anak pertama kerana mereka menanggung beban yang besar dalam keluarga. Anak pertama juga akan menggantikan peranan ibu bapa.

Baca juga: Tepuk-Tepuk Tak Keluar Bunyi, Mama Kena Buat Pergerakan Ini Baru BAYI SENDAWA!

Sumber: Hipwee

FT Image: iStock/Shelyna Long

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×