Asuh

Nak Anak Faham Mak Ayah Je, Perasaan Anak Siapa Nak Jaga? Mereka Pun Perlu ‘We Time’..

8
SHARES

Bukan orang dewasa saja perlukan ‘me time’ atau masa sendirian untuk diri sendiri namun, anak-anak juga memerlukannya melalui proses ‘we time’ bersama ibu bapa. Walaupun pendek masa diluangkan dalam sehari, tetapi proses ini dapat membentuk peribadi postitif dalam diri si anak.

Melalui perkongsian dari Puan Mastura Rashid seorang ibu kepada tiga orang anak disleksia ini, ‘we time’ berlaku di antara dua individu yang meluangkan masa bersama di mana seorang anak bersama salah seorang ibu bapa mengikut giliran.

Baca juga: ‘Suruh Baring & Meniarap Dekat Ruang Sunyi’- Suami Isteri Terkesima Lihat Budak Lelaki Buat Aksi Lucah Atas Kakaknya Di Playground

‘WE TIME’ BERSAMA ANAK LEBIH KUKUHKAN HUBUNGAN KELUARGA

Gambar hiasan: Jcomp – Freepik

Anak juga perlukan ‘we time’ dengan kita. Masa cerita hal Shariff pada doktor pakar di klinik kesihatan sebelum ni, doktor tanya,

“Pernah tak puan dan suami spend time dengan setiap anak?”

“Spend time dengan setiap anak?”

“Ya. Maksudnya puan dan suami spend time dengan setiap anak. Tak kisahlah bawa mereka makan aiskrim ke, jalan pergi park ke, bawa pergi makan ke. Ada tak?”

“Oh, macam ada dengan anak tertentu. Tapi saya dah lupa bila kali terakhir saya buat macam tu.”

SAYA BARU TERSEDAR, SUDAH LAMA MENGABAIKAN PERASAAN ANAK…

Nampak sangat macam dah lama tak buat macam tu. Dan bila doktor tanya, saya macam baru tersedar yang dah lama saya mengabaikan perasaan setiap anak sejak sibuk beberapa tahun ni.

Setiap hari saya cuma hidup untuk uruskan anak dan rumahtangga, masak, bisnes, dan benda yang tak ada kaitan dengan anak.

Saya dah lupa bila kali terakhir saya duduk sebelah anak dan melukis bersama.

Saya dah lupa bila kali terakhir saya bawa setiap orang makan aiskrim.

Saya dah lupa banyak perkara tentang anak-anak. Apa yang anak-anak suka, apa yang anak-anak tak suka, siapa kawan mereka, banyak lagi.

Dah lama hilang attachment dengan anak-anak.

DOKTOR PAKAR SARAN BINA SEMULA IKATAN MELALUI ‘WE TIME’

Gambar hiasan: Hryshchyshen – Freepik.

“Puan, saya sarankan cuba puan buat macam saya beritahu tadi. Ia boleh bantu puan bina semula bonding dengan anak-anak. Suami juga perlu buat perkara yang sama.

Sebab puan nak anak faham puan, tapi puan dan suami pun tak cuba faham anak. Mereka juga macam kita, nak difahami. Betul tak?”

Ya, saya baru tersedar semua tu. Tiba-tiba rasa sedih. Sedih sebab baru tersedar betapa terabainya perasaan anak selama ni.

Mereka pun perlukan ‘we time’ dengan ibu ayah secara berseorangan, mahu difahami, mahukan encouragement, mahu privacy dan mahu rasa momen-momen disayangi secara eksklusif.

Saya rasa mungkin ramai ibu seperti saya. Kita terlalu sibuk dengan urusan harian hingga tak sedar yang kita dah pun mengabaikan perasaan anak, kan.

IBU BAPA INGIN ANAK FAHAMI MEREKA, TAPI PERASAAN ANAK SIAPA NAK FAHAM?

Kita mahu anak faham yang kita ni sibuk. Takde masa sangat nak layan mereka, tapi dalam masa yang sama, hati anak tersinggung setiap kali kita menolak mereka dengan pelbagai alasan.

Kita asyik fikir mahu privacy untuk ‘me time’ kita je.

Gambar hiasan: Hugo_34 – Freepik.

Perasaan tersinggung tu lama-lama menggunung, membuku dalam hati, hingga buatkan anak makin jauh dari kita. Tapi kita tak sedar pun anak tu dah makin jauh.

Apa yang kita rasa waktu tu, lega!

  • Leganya harini anak tak kacau.
  • Leganya harini anak takde banyak mulut.
  • Leganya harini anak pandai main sendiri.

Sampailah tiba-tiba anak dah pandai melawan. Keras hati. Kasar. Tak tunjukkan minat pada apa yang kita kongsi. Mula peduli pada kawan-kawan di luar. Mula mengurungkan diri.

Ini semua berpunca dari penolakan awal kita.

‘INDIVIDUAL ATTENTION’ DARI MAK AYAH, DAPAT BANTU BINA SIFAT POSITIF ANAK!

Saya memang ada baca pasal meluangkan masa secara eksklusif dengan setiap anak ni.

Benar sekali.

Anak yang mendapat individual attention dari mak ayah, walaupun hanya 10 minit sehari, akan lebih berjaya bina keyakinan diri, meningkat kepercayaan pada kita, lebih memahami, rasa disayangi, kurang meragam atau tantrum dan kurang bermasalah.

Anak buat masalah biasanya sebab mahukan perhatian. Perhatian yang dah lama mereka tak dapat. Betul kan.

BUKAN KELUAR SEKALI DENGAN MAK AYAH, TAPI SALAH SEORANG MENGIKUT GILIRAN

Ingat ya, bukan keluar sekali dengan mak ayah, tetapi dengan seorang parent dulu. Tak kisahlah mak dulu atau ayah dulu.

Saya rasa anak sulung lebih berdikari, yakin diri, bersifat pelindung, dan sanggup berkorban untuk keluarga mungkin juga dari individual attention yang mereka dapat selama beberapa tahun ketika mereka kecil sebelum mendapat adik baru.

Dan semalam, turn saya keluar dengan Bilal. Sebelum raya dah keluar dengan Raina. Shariff awal-awal lagi dah cop turn pertama haha. Minggu depan Kak Yang.

Alah bukan bawa pergi tempat high class pun. Cuma bawa jalan-jalan di melawati mall, makan aiskrim, makan pasta, masuk mph bookstore, pun mereka dah happy.

DAPAT LIHAT KESANNYA, ANAK MULA TUNJUK ‘TRUE COLOUR’

Gambar hiasan: Freepik.

Bila dah buat macam ni kan, barulah nampak true colour anak bila bersama saya. Boleh jadi berjam-jam nak dok borak saja.
Banyak topik yang keluar hanya dengan kita saja. Waktu macam ni pun, anak lebih mudah dinasihati.

I have changed. InsyaAllah we all can change too.

Panjang pula sharing pagi ni.

Tidak terdetik mahu menunjuk pandai atau rasa diri parent hebat sebab saya dan suami juga sedang mulakan semula rutin ni. Tapi itulah, semoga bermanfaat untuk semua parents juga ya.

Mastura Rashid,

Ibu 3 anak disleksia.

Sumber: Facebook Mastura Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×