Mungkin ada orang yang beranggapan bahawa cara mencuci kemaluan yang dilakukan selama ini adalah bersih dan betul. Namun, bersih belum bermakna betul. Hal ini penting, supaya amal ibadah yang dilakukan itu diterima.
Melalui halaman Ilmu Alam, ramai yang merasakan ibadahnya itu baik, tetapi sebenarnya masih belum terlepas daripada ancaman api neraka hanya kerana tidak mencuci kemaluan dengan betul. Jadi, bagaimana sebenarnya cara untuk membersihkan kemaluan dengan betul? Mari ikuti perinciannya di bawah.
Baca juga: Cara Matikan Racun Santau Dan Sihir, Ustaz Kata Baca Ayat Mustajab Dalam Air Buah Ini
CARA MENCUCI KEMALUAN YANG BERSIH DAN BETUL
Memetik dari laman Ilmu Alam, terdapat cara yang seeloknya dilakukan ketika mencuci kemaluan. Baik lelaki mahu pun wanita, mencuci kemaluan bukan sekadar dibasuh dengan air sahaja dan asalkan bersih. Anda perlu buat beberapa langkah di bawah ini.
Baca juga: Cara Solat Untuk Orang Yang Alami Kencing Tak Lawas, Ibadah Pasti Terjaga!
Lelaki – selepas buang air kecil:
- Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.
- Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
- Kemudian basuhlah dgn air sampai bersih.
Wanita – selepas buang air kecil:
- Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah berdehem.
- Pastikan dicuci bahagian dalamnya dengan memasukan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.
- Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.
Baca juga: Doa Ringkas Orang Meninggal, Bila Rindu & Teringat Arwah Bacakan Selawat Ini!
Penting juga sewaktu berhadas besar:
Begitu juga semasa membasuh air besar iaitu berak sangat penting untuk anda:
- Memasukan satu jari ke dalam dubur.
- Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.
Kesimpulan
Apakah sudah betul atau tidak cara membersihkan kemaluan diri anda selama ini? Kalau belum buat dengan cara betul, mari bersama-sama perbetulkan supaya diri bersih dengan cara yang benar. Hal ini kerana, telah dijanjikan neraka bagi mereka yang tidak istibra’ iaitu menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil atau hadas besar.
Catatan:
- Tidak ada kata malu dalam urusan agama.
- Janganlah kamu menyangka bahawa ilmu fiqih itu buruk, kerana ilmu fiqih itu menjelaskan segala-galanya.
Wallahualam.
Baca juga: Membuak Benci Tak Boleh Lihat Wajah Pasangan, Amalkan Surah Ini Ikhtiar Sihir Pemisah!
Sumber: Ilmu Alam
FT Image: freepik