Famili

Mutawif Pesan Wanita Jangan Kecewa Bila Datang Haid Ketika Di Mekah, Ada Hikmahnya!

75
SHARES

Mengerjakan ibadah umrah atau haji memang dituntut dalam Islam bagi mereka yang berkemampuan. Sudah semestinya, apabila masa sudah tiba, mereka akan berpeluang membuat amal ibadah tersebut di Kota Mekah.

Namun, ada kala perancangan yang dibuat tidak mampu ditunaikan ketika berada di kota suci itu. Terutamanya buat kaum wanita yang secara azalinya memiliki kitaran haid. Nak buat ibadah kepada Allah jadi terbatas sehingga timbul rasa kecewa.

Baca juga: #HariWanitaSedunia: Menyingkap Riwayat Srikandi Islam Terulung, Boleh Namakan Anak Perempuan!

MUTAWIF PESAN WANITA JANGAN KECEWA BILA DATANG HAID KETIKA DI MEKAH, ADA HIKMAHNYA!

Menurut hasil penulisan Mutawif Shauqi Hasan, para wanita tidak perlu bersedih atau kecewa jika tidak dapat mengerjakan ibadah ini. Ibadah itu ada pelbagai, jangan tumpukan pada satu sahaja.

Semua jemaah wanita sentiasa berdoa agar Allah izinkan untuk beribadat selama berada di Mekah, bebas dari haid. Bagi yang period regular, inilah antara kerisauan kalau nak ke umrah.

Nak pulak jenis kalau sekali datang 9-10 hari terus. Tapi kalau period delay sampai 10 hari, memang kuasa Allah.

SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA

Dik,

Allah sentiasa ada perancangan di sebalik apa yang diberikan kepada kita.

Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kita perlukan, walaupun kadang-kadang tu tak sesuai dengan keinginan dan harapan kita.

Ketika Allah bagi sakit pasti ada hikmah di sebalik sakit kita.

Mungkin Allah mahukan kita jadi hamba yang lebih sabar atau Allah mengetahui apa yang diinginkan tubuh kita.

Iaitu berehat sehingga sel-sel dalam badan jadi lebih segar. Bila sembuh nanti membuatkan kita dapat melakukan ibadah dengan lebih baik lagi.

KETAHUILAH UJIAN DARIPADA ALLAH ADALAH UNTUK MENGUJI IMANMU

Ada beberapa jemaah yang mesej abang bagitau diorang pernah ke sana tapi tak berpeluang buat umrah langsung sebab haid.

Ingat semula peringatan dari Allah dalam Al-Quran;

“Kami akan menguji kamu dengan kesulitan dan kesenangan, kesihatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan.”

Dari ayat ni, kita tahu bahawa penyakit merupakan sebahagian daripada ujian Allah. Begitu juga dengan haid sewaktu melaksanakan umrah.

Tetapi di sebalik ujian ini, terdapat pelbagai rahsia dan kebijaksanaan Allah yang gagal ditafsir dengan baik oleh kita. Haid ketika umrah akan menjadi kebaikan buat para wanita lindungan Kaabah kalau kalian bersabar.

Nampak macam “Alahhh…aku tak dapat buat umrah. Aku tak dapat pahala umrah”.

TUNGGU…

Perhatikan ayat bawah ni :

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya.” (Az Zumar, 10).

Pahala bersabar TIADA BATAS.

Jadi, kalau adik dan kakak terhalang dari melakukan ibadah umrah ketika di sana disebabkan haid, bersabarlah. Allah nak bagi kalian pahala sabar yang jauh lebih besar dan tiada batas.

Jangan terlampau tumpukan pada satu jenis ibadah saja sedangkan ada banyak lagi ibadah lain kita boleh buat ketika dalam keadaan haid.

Allah suruh cari JALAN mendekatkan diri kepada-Nya, bukan bagi ALASAN.

Salam Subuh.

Sumber: Facebook Shauqi Hasan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×