Ramai wanita hari ini aktif menghadiri kelas agama, kuliah dan program ilmu yang diadakan di masjid. Namun, timbul persoalan apabila seseorang berada dalam keadaan haid atau datang bulan, adakah mereka dibenarkan berada di dalam masjid semata-mata untuk mengikuti sesi pembelajaran?
Baca juga: Ibu & 2 Anak Perempuan Ditemui Ma*t Dalam Bilik Rumah, Polis Siasat Punca Kematian
HUKUM WANITA DATANG BULAN MASUK MASJID UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN

Foto: Gemini AI
Menurut pandangan muktamad dalam Mazhab Syafi’i, wanita yang sedang haid tidak dibenarkan duduk atau berdiam diri di dalam masjid, termasuk bagi tujuan menghadiri kelas agama atau program keagamaan.
Perkara ini dijelaskan melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.
Daripada Ummu ‘Athiyyah RA, beliau berkata:
“أَمَرَنَا – تَعْنِي النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم – أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ”
“Nabi SAW menyuruh kami para wanita bujang dan yang memakai purdah agar keluar pada dua hari raya, dan Baginda menyuruh wanita-wanita yang haid untuk menjauhi tempat solat kaum Muslimin.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi)
Selain itu, Diriwayatkan daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW turut bersabda:
“لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ”
“Aku tidak menghalalkan masjid bagi perempuan yang haid dan bagi orang yang berjunub.” (Riwayat Abu Daud, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Khuzaimah dan al-Baihaqi)
Disebutkan oleh Imam al-Nawawi:
“يَحْرُمُ عَلَى الْحَائِضِ وَالنُّفَسَاءِ مَسُّ الْمُصْحَفِ وَحَمْلُهُ وَاللُّبْثُ فِي الْمَسْجِدِ وَكُلُّ هَذَا مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ عِنْدَنَا”
“Haram ke atas perempuan haid dan nifas menyentuh dan membawa mushaf al-Quran serta berdiam (duduk) di dalam masjid. Semua ini telah disepakati dalam kalangan kami (ulama Mazhab Syafi’i).”
Ini menunjukkan bahawa larangan tersebut bukan sekadar berkaitan ibadah solat, malah meliputi perbuatan duduk atau menetap di dalam masjid.
Bagaimana Jika Tujuannya Untuk Menghadiri Kelas Agama?

Foto: Gemini AI
Ada yang beranggapan tujuan menuntut ilmu boleh menjadi pengecualian.
Namun begitu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah memutuskan bahawa wanita yang berada dalam keadaan haid tetap tidak dibenarkan berada atau duduk di dalam masjid walaupun untuk menghadiri kelas pengajian, ceramah mahupun program keagamaan.
Keputusan tersebut menyatakan bahawa:
Perempuan yang dalam keadaan haid haram berada atau duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.
Semoga penjelasan ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai hukum wanita haid berada di dalam masjid serta mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat.
Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
FT Image: Gemini AI
