Nur

#HariWanitaSedunia: Menyingkap Riwayat Srikandi Islam Terulung, Boleh Namakan Anak Perempuan!

77
SHARES

Semua ibu bapa di luar sana, memang mendambakan nama anak dengan sebuah nama yang indah dan memiliki maksud atau kisah yang baik. Jikalau anda belum mempunyai sebarang idea lagi, mungkin boleh diusulkan senarai nama dibawah ini.

Justeru itu, di kesempatan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini, penulis bawakan riwayat srikandi Islam sebagai pilihan inspirasi untuk diambil pedoman juga dijadikan teladan.

Baca juga: Ketahui Apa Itu Taharah & Bila Patut Anda Buat, Takut Tak Sah Ibadah!

#HARIWANITASEDUNIA: MENYINGKAP RIWAYAT SRIKANDI ISLAM TERULUNG, BOLEH NAMAKAN ANAK PEREMPUAN!

Hanya gambar rekaan – Iluminasi

Mari mengimbau kembali, riwayat para srikandi Islam terulung pada zaman dahulu~

1. RIWAYAT TUMADHAR BINTI AMRU (AL-KHANSA) – IBU PARA SYUHADA & PENYAIR TERSOHOR

Hanya gambar rekaan – Voa Islam

Bermulanya riwayat Tumadhar Binti Amru yang digelar sebagai Al-Khansa. Seorang ibu yang memberi keredhaan kepada keempat-empat anaknya untuk berjihad di jalan Allah. Beliau digelar “Ibunda Para Syuhada”.

Didikan Khansa tentang agama yang benar iaitu agama Islam, telah menjadikan anak-anaknya para syuhada. Semangat yang mereka miliki, saling berjuang melawan musuh-musuh Allah dan berhasil membunuh banyak pasukan Parsi (Iran). Akhirnya syahid datang menjemput anaknya, sebagai pahlawan tersohor Islam.

Walaupun pada mulanya, keempat anaknya bersaing ingin melindungi Khansa di rumah daripada musuh. Namun, keikhlasan Khansa yang mengandungkan mereka selama sembilan bulan, tidak terbanding nilainya telah mengizinkan mereka berjihad di jalan Allah.

Bercerita tentang keperibadian beliau, digambarkan sebagai figura yang mulia, murah hati, tenang, pemberani, dan jujur. Khansa juga memiliki kelebihan lain iaitu bersyair.

Syairnya indah seperti jiwanya. Kata-katanya menghujam seperti tekadnya. Malah dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW pernah menukas nama-nama yang diungkapkan oleh Adi Bin Hatim sebagai orang paling pandai dalam bersyair, paling pemurah hati, dan paling pandai berkuda.

Baginda bersabda, “Apa yang telah engkau katakan itu salah, wahai Adi bin Hatim. Orang yang paling pandai bersyair adalah Al-Khansa binti Amru dan orang yang paling murah hati adalah Muhammad Rasulullah serta orang yang paling pandai berkuda adalah Ali bin Abi Thalib.”

Kemampuan Khansa bersyair turut diakui oleh banyak sahabat Rasulullah seperti Jarir RA. Bakatnya sebagai seorang penyair memang tidak dapat dipersoalkan lagi.

2. RIWAYAT UMMU SULAIM – WANITA PALING MULIA MAS KAHWINYA IAITU ISLAM

Hanya gambar rekaan – Fimela

Riwayat seorang wanita yang memiliki kecantikan, kebijaksanaan dan berakhlak mulia pekertinya. Beliau digelar Ummu Sulaim atau namanya Ruimasha’ Ummu Sulaim binti Malhan. Berkat sifatnya yang agung, telah dilamar oleh Maalik Ibnu Nadhar dan mempunyai seorang anak bernama Anas.

Setelah itu, beliau meninggalkan penyembahan berhala dan memeluk Islam walaupun tidak disukai suaminya. Malah, pengislaman anaknya Anas telah dibimbing dan diajar oleh Ummu Sulaim sendiri dengan mengungkapkan dua kalimah syahadah.

Pada suatu hari, Maalik telah dibunuh oleh musuhnya ketika menuju ke Syam. Apabila mendengar perkhabaran itu, Ummu berkata, “Aku tidak akan memberi Anas makanan sampai dia meninggalkan air susu ibu.” dan “Aku tidak akan menikah sampai Anas dewasa.”

Kemudian, kebaikan Ummu Sulaim diungkapkan anaknya pada sebuah majlis, “Semoga Allah membalas jasa baik ibuku yang telah berbuat baik padaku dan telah menjagaku dengan baik.” Ummu Sulain juga menyerahkan si jantung hatinya, Anas, sebagai pembantu di sisi Rasulullah SAW.

Hari berganti hari, kisah Ummu Sulaim dan anaknya diperkatakan oleh masyarakat atas penuh kekaguman dan penghormatan. Kemuliaan dan kebaikan Ummu Sulaim telah sampai ke pengetahuan Abu Thalhah, seorang hartawan di zaman itu.

Maka, terbitlah rasa cinta dan kekaguman Abu Thalhah sehingga berusaha untuk meminang Ummu Sulaim. Tetapi, lamarannya dikecewakan dan telah ditolak kerana faktor agama.

Di mana ketika itu, hartawan itu seorang lelaki musyrik yang menyembah berhala. Kemudian, lamaran seterusnya disua dengan harta kekayaan tetapi Ummu Sulaiman tidak bergelap mata. Lantaran menolak dengan santun,

“Tidak pantas orang yang sepertimu akan ditolak wahai Abu Thalhah. Akan tetapi engkau seorang kafir sedang aku seorang Muslimah yang tidak pantas bagiku untuk menikah denganmu.” 

“Sesungguhnya aku tidak menginginkan emas dan perak, akan tetapi aku hanya inginkan darimu adalah ‘Islam’.”

Setelah itu, Abu Thalhah bertemu Nabi SAW untuk memeluk Islam. Abu Thalhah pun akhirnya menikahi Ummu Sulaim dengan mahar yang telah dipersyaratkannya, iaitu Islam.

3. RIWAYAT NAILAH BINTI FARAFISHAH – JARINYA PUTUS MELINDUNGI SUAMINYA

Hanya gambar rekaan – Iluminasi

Nailah Binti Farafishah dilahirkan dalam keturunan Bani Kalb yang memiliki kecerdasan minda dan pandai dalam bersyair. Islam menjadikan kesetiaan Nailah seorang isteri kepada Uthman bin Affan RA sebagai kisah teladan. Pasangan ini memiliki seorang puteri bernama Maryam binti Uthman.

Kebijaksanaan yang sedia ada pada Nailah, bersama didikan suaminya telah menjadikan beliau mekar sebagai seorang isteri yang sangat taat dan penyayang.

Suatu hari, rumah mereka diserang ribuan pemberontak bersama pedang. Pemberontak ini dipenuhi dengan sifat dendam dan dengki untuk  meragut nyawa Uthman, sahabat kepada Rasullah SAW.

Walaupun, rumah mereka telah dikepung Nailah masih setia di sisi menemani suaminya tidak melarikan diri. Lantas, Nailah yang begitu berani bertindak melindungi suaminya sehingga terputus jari-jemari di kedua-dua belah tangannya.

Bagi Nailah keselamatan suaminya adalah utama sehingga dia tidak kisah berkorban nyawa dan setia di sisi melindungi Uthman.

Melihat kejadian itu, tiada timbul sekelumit rasa kasihan kepada pemberontak akibat dibutakan dengan nafsu dendam. Lalu, mereka memperlakukan kejam ke atas suaminya dengan mencabut janggut Uthman, memukul kepalanya dan menikamnya.

Nailah pula telah dipukul dan dipijak. Kesakitan Nailah tidak dipedulikan mereka sehingga wafatnya Uthman bin Affan RA di tangan para pemberontak.

Sepeninggalan Uthman, Muawiyah bin Abu Sufyan telah datang kepada Nailah untuk melamarnya. Nailah menolak pinangan tersebut kerana tidak mahu kesedihannya dan kesetiaannya ke atas Uthman berulang kepada lelaki lain.

“Tidak mungkin ada seorang pun yang mampu menggantikan kedudukan Uthman di dalam hatiku,” kata Nailah kepada Muawiyah.

4. RIWAYAT ZUNAIRAH AL-RUMIYAH – PULIH PENGLIHATAN KERANA BERIMAN KEPADA ALLAH

Hanya gambar rekaan – Kadrun.id

Zunairah Al-Rumiyah turut dikenali dengan nama Zannirah, Zanira, atau Zinnirah. Beliau adalah seorang sahabiyah iaitu sahabat wanita agung Rasulullah SAW. Zunairah juga salah seorang wanita pertama yang memeluk Islam ketika dakwah berjalan dalam keadaan sembunyi.

Zunairah merupakan hamba Umar bin Khattab sewaktu khalifah kedua kaum Muslimin itu belum memeluk Islam. Kehidupan jihad Zunairah sangat berliku dan berat dalam mempertahankan agama Islam.

Ekoran keislamannya dan kedudukannya yang lemah, telah menjadi sasaran pembesar Quraisy untuk menyiksanya. Namun, dia tetap kuat menghadapinya.

Malahan, sebelum Umar memeluk Islam beliau tidak pernah halang Abu Jahal menyiksa Zunairah. Zunairah disiksa dengan dipukul, ditendang, bahkan dijemur di tengah padang pasir yang sangat terik.

Kemuncak penyiksaan Zunairah, apabila kedua-dua matanya telah dibutakan. Pemuda Quraisy memberitahu ia terjadi kerana Zunairah membangkang terhadap Latta dan Uzza.

Kehilangan penglihatan tidak membuatkan Zunairah rapuh dan goyah. Malah, hati dan jiwa beliau masih dipenuhi dengan cahaya keimanan Islam dan menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa. Beliau selalu berdoa,

“Ini untuk-Mu ya Allah, aku mengarungi kesengsaraan ini untuk mendapatkan kesenangan di akhirat kelak, perjuangan ini memang sungguh berat, selalu menderita dan sengsara karena aku sedar untuk mendapat syurga harus dapat melalui ujian yang berat, sedangkan neraka itu dipagari kesenangan dan kemudahan.” 

Maka, doanya didengari oleh Allah. Maka, mata Zunairah telah dipulihkan dapat kembali melihat dunia dengan kuasa Yang Maha Esa.

Tetapi, penyiksaan dan penindasan terhadap dirinya masih diteruskan oleh Kaum Musyrikin Mekah kerana mereka berasa malu dan menuduh Rasulullah adalah seorang penyihir.

Melihat penderitaannya, Abu Bakar As-Siddiq RA merasa hiba. Lantas, Abu Bakar membeli Zunairah bersama hamba-hamba yang lain untuk membebaskan mereka.

5. RIWAYAT SARAH – KEHORMATAN DIRINYA DIPELIHARA ALLAH

Hanya gambar rekaan – Oke Muslim

Perintah Allah dalam menjaga kehormatan diri, dapat diungkap teladannya melalui kisah Sarah. Beliau adalah isteri kepada Nabi Ibrahim AS yang selamat dari godaan nafsu Firaun.

Sarah dikenali sebagai wanita terulung pada zamannya. Selain memiliki rupa paras yang sangat cantik, beliau juga bijak dan mempesonakan serta taat kepada suaminya. Nabi Ibrahim AS sangat mencintai Sarah.

Kesetiaan Sarah diuji ketika pasangan suami isteri ini berpindah ke Mesir untuk menyebarkan dakwah Islam. Di mana, mereka telah didatangi seorang pegawai istana. Melihat kejelitaan Sarah, pegawai istana itu terus memaklumkan kepada Firaun setelah tibanya dia di istana.

“Telah datang di negeri baginda seorang pemuda asing. Dia datang bersama wanita yang sangat menarik. Kecantikannya tak ada yang menandingi. Wanita seperti itu layak menjadi pendamping baginda.” 

Mendengar berita tersebut, Firaun mengutus seseorang untuk menjemput Ibrahim ke istananya. Firaun I terkenal dengan kezalimannya. Dia rela melakukan apa sahaja seperti membunuh untuk mendapatkan Sarah.

Maka dalam pertemuan itu, Nabi Ibrahim AS menjelaskan Sarah adalah saudarinya. Ibrahim dilepaskan dan perlu membawa Sarah ke istana semula nanti. Setelah tiba di rumah, Ibrahim menjelaskan apa yang berlaku kepada isterinya.

“Jangan memberi tahu kebohonganku kepadanya karena sesungguhnya di dalam kitab Allah, kamu adalah saudara perempuanku (dalam Islam).”

Lantas, Sarah pergi ke istana dengan hati yang resah dan sedih. Beliau enggan berpisah dengan suaminya dan takut akan disentuh oleh Firaun yang zalim itu. Kemudian, Sarah bersujud kepada Allah SWT dan berdoa mengadu kesedihannya.

“Ya Allah, jikalah Engkau mengetahui bahwa aku beriman kepada-Mu dan Rasul-Mu, mengetahui bahwa aku menjaga kehormatanku untuk suamiku, maka janganlah kau jadikan raja kafir itu berkuasa atasku.”

Pertemuan Sarah dengan Firaun telah menimbulkan nafsu membuak dalam diri raja zalim itu. Dengan izin-Nya, tangan Firaun menjadi lumpuh apabila dia ingin menyentuh Sarah. Firaun tak mampu bergerak dan tanganya terpaku di dada.

Firaun berasa takut dan menyerah kalah dengan meminta Sarah berdoa kepada Allah untuk melepaskan azabnya. Setelah dilepaskan, dia menuduh Sarah sebagai makhluk halus.

Lantas, Firaun menitahkan pengawal istana untuk menghantarnya pulang dan memberikan seorang gadis kecil yang cantik kepada Sarah sebagai hadiah. Dia adalah Siti Hajar.

Sumber: Republika

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×