Nur

Cara Matikan Racun Santau Dan Sihir, Ustaz Kata Baca Ayat Mustajab Dalam Air Buah Ini

19
SHARES
cara buang racun santau

Santau atau juga dikenali sebagai ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan melalui dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Jadi, bagaimanakah cara buang racun santau atau sihir tersebut?

Mari ikuti perkongsian ilmu dari Ustaz Norazri Medzlan di bawah.

Baca juga: Doa Ringkas Orang Meninggal, Bila Rindu & Teringat Arwah Bacakan Selawat Ini!

CARA BUANG RACUN SANTAU

cara buang racun santau

Gambar: Norazri Medzlan

Santau atau sihir memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kanser, ketumbuhan atau sakit kronik yang lain. Bagaimana cara untuk mematikan racun santau atau sihir tersebut?

  1. Cari kelapa muda.
  2. Sebelum minum air kelapa tersebut baca surah al-Fatihah 1x.
  3. Baca surah Taha Ayat 69 sebanyak 3x.
  4. Kemudian berdoa (Contoh: Ya Allah jadikan air kelapa ini sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala gangguan jin dan syaitan).
  5. Minum dengan perlahan diselangi dengan selawat nabi sehingga habis.
  6. Minum air kelapa tersebut pada jam lebih kurang 12 tengah hari – 1 petang.
  7. Minuman jangan letak ais batu atau gula (ori).
  8. Sebaiknya minum di dalam buah kelapa itu juga, tak perlu pakai cawan atau straw.
  9. Amalkan minum air kelapa seminggu 2 kali.

وَاَ لْقِ مَا فِيْ يَمِيْنِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوْا ۗ اِنَّمَا صَنَعُوْا كَيْدُ سٰحِرٍ ۗ وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى

wa alqi maa fii yamiinika talqof maa shona’uu, innamaa shona’uu kaidu saahir, wa laa yuflihus-saahiru haisu ataa

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.” (QS. Ta-Ha 20: Ayat 69)

Baca juga: Membuak Benci Tak Boleh Lihat Wajah Pasangan, Amalkan Surah Ini Ikhtiar Sihir Pemisah!

Jika ditubuh mempunyai racun santau atau sihir, anda akan muntah lendir seperti air liur tapi dalam bentuk berbuih-buih. Itu lah bisa-bisa santau yang ada di tubuh seseorang yang terkena santau.

Insha Allah, jika dijadikan amalan racun santau atau sihir tidak akan memberikan kesan sampingan pada tubuh kita seperti kanser, ketumbuhan atau sakit-sakit kronik yang lain. Insha Allah.

Insya Allah, ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yang ada di dalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, kebergantungan kita hanya pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan.

Baca juga: Ketahui 8 Tempat Dalam Rumah Jadi Tumpuan JIN, Walaupun Ada Orang Jangan Buat Perkara Ini!

Sumber: Norazri Medzlan

FT Image bengkuluekspress

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×