Nur

Doa Ringkas Orang Meninggal, Bila Rindu & Teringat Arwah Bacakan Selawat Ini!

6
SHARES
doa ringkas orang meninggal

Satu persatu kenangan bersama insan tercinta yang telah tiada akan datang terutamanya, bila kita bersendirian. Alangkah mulianya, jika anda membacakan doa ringkas orang meninggal ini iaitu berselawat 100 kali untuk insan tersayang yang telah tiada.

Bila risau tentang mereka di alam barzakh, selawat pada Rasulullah meniti dibibir sebagai sedekah untuk orang yang anda sayang. Semoga anda diberi ketenangan dengan bahasa cinta Allah SWT.

Baca juga: Membuak Benci Tak Boleh Lihat Wajah Pasangan, Amalkan Surah Ini Ikhtiar Sihir Pemisah!

DOA RINGKAS ORANG MENINGGAL

doa ringkas orang meninggal

Sumber: Aminah Mat Yusoff

Bila kita bersendirian, datang satu persatu kenangan bersama insan tercinta yang telah tiada. Almarhum ayah, ibu, abang dan kakak. Allah tayang depan kita kenangan ini bukan untuk buat kita sedih dan murung.

Fahamilah bahasa cinta Allah.

Bila air mata kita mengalir kerana rindu pada yang tiada, ketika itu lidah kita menyebut kebaikan, hati kita tunduk dan meneduh. Sanggup kita buat apa sahaja untuk hilangkan rasa kasihan belas pada Almarhum.

Baca juga: Ketahui 8 Tempat Dalam Rumah Jadi Tumpuan JIN, Walaupun Ada Orang Jangan Buat Perkara Ini!

Bila kita teringat tentang derita mereka semasa hidup, mulut kita melafazkan istighfar dan mendoakan tempat terbaik di sisi Allah. Bila kita risau tentang mereka di alam barzakh, selawat pada Rasulullah meniti dibibir sebagai sedekah untuk orang yang kita sayang ini.

Kita makin erat dengan adik beradik, saling mengambil berat kerana kita akan kehilangan mereka satu masa nanti. Kita bertambah kasih pada anak dan pasangan kita kerana mereka juga tidak kekal bersama kita, lepaskan mereka dalam keadaan bersedia dan tiada penyesalan.

Sedikit pun Allah SWT tidak menyiksa dan mendera kita atas kehilangan ini…

Allah sedang memeluk kita, membimbing hati, mengawal lidah kita, menjernihkan akal kita sebagai persiapan untuk kita pula kembali bertemu denganNya nanti.

Bahasa Cinta Allah…

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.”

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 152)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran.”

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 186)

Baca Selawat 100 kali setiap hari. Sedekah pada yang telah tiada. Moga mereka hadir dalam mimpi kita dan tersenyum bangga.

Aminah Mat Yusoff

Nota penulis: Sudah dinyatakan di dalam al-Quran, Surah Ali Imran, ayat 185, Allah SWT berfirman “tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.” Bagi mereka yang masih diberikan nafas kehidupan teruskan lah menjalaninya dengan jalan amar makruf nahi mungkar.

Baca juga: Cara Mudah Kesan Makhluk Halus Tinggal Dalam Perut, Patutlah Asyik Kembung Je!

Sumber: Aminah Mat Yusoff

FT Image: everypixel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×