Euforia Bola 2026
Nur

Dah Ambil Wuduk Tapi Anak Pula ‘Bocor’, Perlu Ke Ulang Wuduk Selepas Cuci Najis Si Kecil?

buang air kecil

Sudah selesai mengambil wuduk, tiba-tiba anak pula buang air kecil atau besar dan perlu dibersihkan. Situasi seperti ini sememangnya biasa berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Ada yang mungkin tertanya-tanya, adakah wuduk terbatal apabila tangan terkena air kencing atau najis anak ketika menukar lampin? Perlukah mengambil wuduk sekali lagi sebelum menunaikan solat?

Baca juga: Ada Ketumbuhan, Cyst Atau Fibroid? Ustaz Kongsi Doa Untuk Diamalkan! Insya-Allah Mujarab…

ANAK BUANG AIR KECIL ATAU BESAR SETELAH AMBIK WUDUK

buang air kecil

Kredit: Magnific

Menerusi satu perkongsian, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan bahawa terkena atau tersentuh najis tidak membatalkan wuduk. Dalam Mazhab Syafi‘i, najis dan hadas merupakan dua perkara yang berbeza.

Sebagai contoh, seseorang yang sudah berwuduk kemudian tangannya terkena air kencing anak ketika menukar lampin tidak perlu mengambil wuduk semula hanya kerana terkena najis tersebut.

Begitu juga jika seseorang terpijak najis selepas mengambil wuduk. Wuduknya masih sah dan hanya bahagian kaki yang terkena najis perlu dibersihkan sebelum mendirikan solat.

Perkara sama terpakai sekiranya pakaian terkena najis selepas berwuduk. Pakaian tersebut perlu dicuci atau ditukar kepada pakaian yang bersih sebelum solat, namun wuduk tidak terbatal disebabkan najis berkenaan.

Menurut Ustazah Asma’ Harun, kesucian daripada najis dan kesucian daripada hadas perlu difahami sebagai dua perkara yang berbeza.

Hadas berkaitan dengan keadaan seseorang yang memerlukan wuduk atau taharah, manakala najis pada badan, pakaian atau tempat solat perlu dibersihkan sebelum seseorang mendirikan solat.

Tersentuh kemaluan anak pula bagaimana?

buang air kecil

Kredit: Magnific

Bagaimanapun, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada satu keadaan ketika membersihkan anak.

Sekiranya ketika menukar lampin atau membersihkan najis, bahagian dalam tapak tangan tersentuh kemaluan anak secara langsung tanpa berlapik, wuduk terbatal menurut Mazhab Syafi‘i.

Maka, jika tangan terkena air kencing anak, ia tidak membatalkan wuduk. Sebaliknya, jika berlaku sentuhan langsung pada kemaluan menggunakan bahagian dalam tapak tangan tanpa berlapik, ia mempunyai hukum tersendiri yang menyebabkan wuduk terbatal.

Justeru, ibu bapa tidak perlu panik sekiranya anak tiba-tiba bocor selepas mereka selesai mengambil wuduk.

Cukup bersihkan najis yang terkena pada badan, pakaian atau anggota berkenaan sebelum solat. Wuduk yang telah diambil masih boleh digunakan selagi tidak berlaku perkara lain yang membatalkannya.

Yang penting, jangan keliru antara najis dan hadas kerana terkena najis tidak bermaksud wuduk seseorang terus terbatal.

Baca juga: “Saya Tak Suka Kehadiran Anjing” – PU Riz Kongsi Pandangan, Minta Orang Awam Tak Perlu Pelihara Anjing

Sumber: Ustazah Asma Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×