Euforia Bola 2026
Nur

Mufti Jelas Video Viral Wanita Muslim Jadi ‘Dulang Girls’ Di Majlis Kahwin Bukan Islam, Boleh Atau Tidak?

DULANG GIRLS

Penyertaan wanita Muslim sebagai dulang girls dalam majlis perkahwinan masyarakat bukan Islam tidak boleh terus dihukum hanya berdasarkan apa yang kelihatan dalam rakaman video yang tular.

Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, perkara berkenaan perlu dinilai dengan melihat tujuan, peranan serta keadaan sebenar ketika penyertaan itu berlaku.

Baca juga: “Sejujurnya Sedih La Camni” – Khairul Aming Tampil Bersuara Selepas Dikecam, Sentimen Kapitalis Jadi Persoalan

DULANG GIRLS MUSLIM DALAM MAJLIS PERKAHWINAN BUKAN ISLAM

DULANG GIRLS

Menurutnya, hubungan baik antara umat Islam dengan masyarakat bukan Islam sememangnya tidak ditegah, termasuk dalam urusan sosial seperti menghadiri majlis perkahwinan rakan atau jiran.

Bagaimanapun, kehadiran tersebut perlu dipastikan tidak melibatkan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan syariat Islam.

“Isu yang perlu dibezakan ialah antara menghadiri majlis sosial dengan menyertai sesuatu upacara atau perlakuan yang mempunyai unsur keagamaan seperti jamuan, mengucap tahniah, memberi hadiah dan meraikan persahabatan tidak sama dengan mengambil peranan tertentu dalam suatu ritual,” jelasnya.

Kenyataan itu dibuat susulan penularan sebuah video yang menunjukkan beberapa wanita Muslim membawa dulang hantaran atau dikenali sebagai ‘dulang girls’ dalam sebuah majlis perkahwinan rakan bukan Islam.

Apa yang menarik perhatian ialah dulang tersebut turut dihiasi dengan lilin yang dinyalakan, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Ada pihak yang mempersoalkan tindakan berkenaan kerana beranggapan penggunaan lilin dalam situasi tersebut mempunyai kaitan dengan ritual agama tertentu.

Mengulas perkara itu, Mohd Sukki menegaskan bahawa orang ramai perlu mendapatkan gambaran yang lebih jelas sebelum membuat sebarang penilaian hukum terhadap sesuatu perlakuan.

Menurut beliau, rakaman pendek yang tular tidak semestinya memberikan gambaran lengkap mengenai tujuan atau konteks sebenar sesuatu perbuatan.

Katanya, antara perkara yang perlu diteliti ialah peranan wanita terbabit dalam majlis berkenaan, tujuan mereka mengiringi pengantin serta maksud sebenar penggunaan lampu atau lilin tersebut.

“Hukum terhadap sesuatu perbuatan bergantung pada hakikat dan konteksnya, bukan semata-mata rupa luaran.

“Jika selepas dikenal pasti perbuatan membawa lampu atau lilin dan perbuatan mengiringi pengantin itu adalah sebahagian daripada ritual atau simbol keagamaan Hindu dalam upacara berkenaan, orang Islam hendaklah mengelak penyertaan sedemikian.

“Dalam keadaan itu, ia bukan lagi sekadar persoalan menghormati budaya atau membantu seorang sahabat, tetapi sudah memasuki ruang penyertaan dalam suatu amalan yang mempunyai makna keagamaan,” katanya.

Jangan terus menghukum

DULANG GIRLS

Sekadar gambar hiasan

Garis Panduan JAKIM berkaitan penyertaan orang Islam dalam perayaan bukan Islam turut mengambil kira penggunaan simbol keagamaan, termasuk lampu atau lilin, sekiranya ia digunakan sebagai sebahagian daripada upacara yang bercanggah dengan akidah Islam.

“Kita tidak boleh menggunakan hujah mudah ‘ini cuma budaya’ tanpa terlebih dahulu mengetahui asal, fungsi dan konteks sesuatu amalan.

“Tidak semua budaya mempunyai unsur agama, tetapi tidak semua perkara yang dinamakan budaya pula terpisah daripada agama,” katanya.

Dalam masa sama, Mohd Sukki berkata, penggunaan lilin atau lampu oleh seseorang Muslim tidak boleh secara automatik dianggap haram kerana objek tersebut bukanlah hak eksklusif mana-mana agama.

Sebaliknya, penilaian hukum perlu mengambil kira tujuan, keadaan dan konteks penggunaannya dalam sesuatu majlis.

Baca juga: Alamak! Tersalah Waktu Solat Selama 3 Hari Ketika Di Luar Negara, Perlu Qada Kesemuanya Atau Tak?

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×