Asuh

Cara Nak Hentikan Bayi Dari Menangis, Doktor Ajar Buat Pergerakan Ini

13
SHARES
cara menenangkan bayi menangis

Semua bergelar ibu, pasti pernah merasai situasi bayi anda yang tidak berhenti menangis. Kalau nak tahu, sebenarnya terdapat cara menenangkan bayi menangis, terutama bayi yang baru lahir seperti ditunjukkan seorang doktor yang bekerja di sebuah hospital Pulau Pinang.

Anda hanya perlu melakukan beberapa pergerakan kecil yang mudah untuk menghentikan tangisan bayi! Bukan itu sahaja, doktor tersebut juga berkongsi tips mengejutkan bayi yang tidur untuk diberi susu. Jom lihat caranya di bawah.

Baca juga: Jangan Paksa Bila Anak Tak Suka Makan, Mama Kena Buat 4 Perkara INI Rangsang Sensorinya!

CARA MENENANGKAN BAYI MENANGIS

cara menenangkan bayi menangis

Gambar: Dr. Tan sedang menenangkan bayi menangis

Melalui perkongsian video dari pemilik akaun Tiktok @nrliyana96 , kelihatan seorang lelaki memakai coat putih, dipercayai sebagai seorang doktor sedang mengangkat bayi yang menangis lalu mengendongnya.

Selepas beberapa saat doktor itu melakukan sedikit pergerakan, ajaibnya bayi tersebut secara tiba-tiba berhenti menangis!

Di dalam video itu juga, memperlihatkan doktor tersebut yang dikenali sebagai Dr. Tan, bertugas di Hospital Lam Wah E Pulau Pinang, sedang menerangkan cara menenangkan bayi baru lahir yang menangis.

Cara menenangkan bayi baru lahir yang menangis

Menurut Dr. Tan, sewaktu ingin memujuk bayi baru lahir yang menangis, pastikan si kecil didukung berhampiran perut dan dada anda. Kemudian, ‘hayun’ lembut badan anda ke kiri dan ke kanan berulang kali, sambil sedikit berjalan sehingga tangisan berhenti.

Penulis berpendapat, hal ini terjadi mungkin kerana sewaktu bayi berada di dalam 9 bulan kandungan, dia telah terbiasa dan berasa selesa dengan pergerakan yang dilakukan ibunya semasa berjalan.

Baca juga: Berapa Lama Bayi Perlu Bermain Setiap Hari? Mama Papa Ini Jawapannya!

Tips kejut bayi baru lahir sedang tidur untuk menyusu

Malah, Dr. Tan juga berkongsi tips mengejutkan bayi baru lahir yang sedang tidur untuk menyusu. Caranya amat mudah!

  1. Ibu perlu merangkul bayi dengan meletakkan sebelah tangan di kawasan belakang kepalanya dan sebelah tangan lagi di bahagian bawah badan bayi.
  2. Lakukan pergerakan ‘membuai’ ke atas ke bawah seakan menimang dengan lembut.
  3. Kemudian, buat pergerakan ke depan dengan perlahan-lahan.
  4. Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga mulut bayi terbuka untuk diberikan susu.

Nak lagi lebih jelas, anda boleh melihat video penuh di sini. Semoga info ini berguna buat para ibu yang sedang melalui fasa ini.

Baca juga: Cara Ajar Bayi Minum Air Masak, Boleh Guna Cawan Tertentu Saja Bukan Sembarangan!

Sumber: Tiktok @nrliyana96

FT Image: Tiktok @nrliyana96 / jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×