Asuh

Ibu Kongsi 10 Tips Wean Off Susu Badan Bersama Anak, Menjadi!

80
SHARES

Bercerai susu badan buat anak-anak bukanlah perkara yang mudah. Bercerai susu juga dipanggil putus susu atau wean off.

Pastinya mereka akan meragam bila kita cuba ajar mereka untuk berhenti. Ditambah pula, dengan hati ibu yang tak kuat, pastinya akan kalah bila lihat anak tak berhenti menangis. Alahai~

Justeru itu, apa kata cuba tips dikongsikan oleh Puan Alina Adenan yang berjaya melalui fasa cerai susu badan tanpa sebarang masalah yang sukar daripada anaknya.

Baca juga: Cara Tingkatkan Daya Perhatian Anak, Anak Lebih Fokus Belajar!

IBU KONGSI 10 TIPS WEAN OFF SUSU BADAN BERSAMA ANAK, MENJADI!

Gambar hiasan.

Tak sangka betul boleh wean off Alisya masa dia umur 2 tahun sebulan. Kalau ikutkan, anak bertuah sorang ni overly attached jugak dengan mama.

Even sampai dia nak masuk 2 tahun hari pun, memang kena direct feeding setiap kali sebelum tidur.

Penat dia tak payah cerita laa. Dengan sakit pinggang, sakit badan. Belum lagi malam-malam dia bangun. Tak jalan kalau tepuk jer, mesti nak breastfeed jugak untuk calm kan dia.

Fuh. Semput betul rasa.

So memang decide untuk wean off awal sebab mama nak enjoy! Hahaha. So hari-hari dok cakap dengan husband, cari idea nak wean off. Uwan dia siap bagi suggestion letak macam-macam laa dekat breast.

Yang kita ni ha tak sampai hati. So last-last haritu kakak ada datang rumah. Kebetulan time dia nap time tengah hari tu dalam kereta.

Bila mama pegang, memang dia mintak laa sebab tau waktu tidur. So terus switch. Mama bawak kereta, kakak pegang dia.

So kakak try tepuk-tepuk and sembang, tau-tau lelap. And sampai rumah, terus angkat, sambung atas katil.

Malam tu, keluar jugak jalan, agak nya dia dah penat, so ayah dia pegang and tepuk-tepuk, lelap jugak dalam kereta.

Tadaa. Survive day 1. Day 2 terus repeat. Siang tu, kakak jugak yang tidurkan dia. And malam, ayah yang tidurkan.

10 TIPS BUAT IBU CUBA UNTUK WEAN OFF

So yeahh. Mama share laa sikit 10 tips untuk ibu yang tengah cuba untuk wean off.

Ada orang senang je, ada orang struggle, sebab tiap-tiap anak demand dia beza kan? So mana yang rasa sesuai, boleh try!

1. KENA BERITAHU ANAK AWAL-AWAL

  • Kakak/abang dah besar, lepas ni tak boleh nen dengan mama tau.
  • Tengok JJ, malam-malam dia sleep sendiri.
  • Tengok Omar Hana, dia sleep sendiri je.
  • Bagi contoh yang terdekat. Cartoon favorite anak-anak.

2. BAGI ANAK TIDUR DENGAN ORANG LAIN DULU

Ni masa awal-awal. Orang lain yang peluk bagi tidur. Time ni tak bawak carseat sebab guna kereta lain. hehe

  • Anak ni kalau dengan mak, mengada lebih sikit.
  • Boleh try sehari dua dengan ayah dia, atok nenek.

3. PERKENALKAN SUSU FRESH MILK

  • Elakkan susu formula (Susu formula ni banyak gula je sebenarnya.)
  • Fresh milk yang di pasteurised boleh bagi lepas anak umur setahun.

4. BAGI ANAK MINUM GUNA CAWAN

Bagi guna cawan kaca. Rasa macam budak besar.

  • Guna cawan kaca pun good.
  • So anak rasa excited and rasa dia macam dah besar.

5. SELALU PUJI ANAK

  • Anak mama dah besar, minum susu guna cawan.
  • Borak dengan bear dia. ‘Bear tau tak, Alisya ni dah besar. pandai minum susu guna cawan’.

6. JANGAN SEBUT, JANGAN OFFER UNTUK BREASTFEED

7. ALIHKAN PERHATIAN ANAK, BILA ANAK SEDIH ATAU SEBUT

8. SEBELUM TIDUR PASTIKAN ANAK DAH KENYANG

Pastikan anak kenyang.

  • Make sure sebelum nap time tu, anak ada snack.
  • Sebelum tidur malam, anak dah dinner.

9. GUNA KAEDAH BERZIKIR/CERITA

Biar je dia tidur dengan segala animal yang dia ada. At least, dia tak rasa alone.

  • Ni untuk kita ‘mamaikan’ anak.
  • Then wajib laa buat-buat tidur. (Kadang2 tertidur sekali. hahah)

10. WAJIB KUAT SEMANGAT.

  • Suami kena bagi support.
  • Ibu kena ready mental fizikal.
  • Kalau ibu harini berjaya, esok tu kesian, lusa sambung balik, anak akan rasa main-main jer.

Fuh. Panjang eh bebel. Hahaha. Excited nak share. Harini genap 2 minggu Alisya wean off. Dia tak sebut langsung. And now slowly dia cakap tak nak susu cawan pun bila offer.

Sebab dia dah kenyang makan rasanya.

Bagi dia ambil sendiri air masak dekat water dispenser korang tu. Kita encourage dia jadi independent.

Tapi no worries tauu. Lepas 2 tahun, susu tak wajib pun untuk anak minum hari-hari. Kalsium ada jugak dalam real food yang lain. Tapi if nak bagi jugak pun takda masalah.

Boleh tengok Tiktok ni jugak. Boleh support jugak supaya tips ni membantu untuk parents yang tengah usaha for wean off.

Sumber: Facebook Alina Adenan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×