Asuh

Ibu Kena Kuat Fizikal & Mental, Pakar Kongsi Tips Cerai Susu Badan (Wean Off) Dengan Anak

55
SHARES

Ramai sebenarnya ibu yang wean off’ tapi hati masih belum kental lagi untuk berhadapan situasi ini kerana kasihankan si anak. Tapi dalam masa yang sama nak putuskan susu badan kerana usia anak yang kian membesar.

Ianya bukan mudah dan memang mengambil sedikit masa untuk cerai susu dengan anak. Ada ibu yang sanggup letakkan kopi, gincu, sirap dan asam jawa untuk menakutkan anak dan membuatkan anak menolak dari meminta susu, tapi ada yang menjadi dan ada tidak. Walaupun kita rasa cara itu logik untuk kita, tapi jagalah hati anak. Pastikan anak dan ibu itu sendiri bersedia dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, ini perkongsian dari kaunselor laktasi mengenai tips untuk wean off atau putus susu.

TIPS WEAN OFF (PUTUS SUSU)

Ramai yang tanya saya tips ni. Kalau saya tak berjaya buat dengan Fatimah 6 bulan lepas, mungkin saya sendiri tak yakin nak kongsi. Saya mulakan awal dan berjaya lewat. Selepas Fatimah berusia 2 tahun 3 bulan, saya cuba lakukan proses putus susu ini perlahan-pahan. Saya ambil masa berbulan-bulan juga untuk berjaya putus susu sepenuhnya.

Ada ibu yang cuma ambil masa beberapa hari sahaja. Tapi saya akui yang saya sendiri tak kuat. Jadi, setiap kali saya gagal dalam proses ini, saya akan mulakan proses ini semula. Proses putus susu ni saya kira agak mencabar sebab melibatkan emosi ibu dan anak. Perlu dilakukan dengan berhemah agar emosi anak tak tercalar dan tangki emosinya dipenuhi dengan kasih sayang.

Antara 5 tips yang saya lakukan:

1. Beritahu anak dengan lembut dan jelaskan mengapa perlu putus susu

Saya akan beritahu Fatimah yang Fatimah dah besar, dan tak perlu menyusu dengan saya lagi. Saya cuba beritahu setiap kali Fatimah buat permintaan nak menyusu.

2. Isikan tangki emosi anak

Nampak Fatimah kecewa bila diberitahu yang dia tak boleh menyusu dengan ibunya. Seolah dia akan hilang kasih sayang ibunya. Maka, saya gantikan dengan memeluk dan mendodoi dia setiap kali mahu tidur. Kami berpelukan erat sehinggalah Fatimah lena sendiri tanpa menyusu.

3. Alihkan perhatian anak

Beri dia aktiviti baca buku sebelum tidur atau bermain alat permainan yang menyeronokkan atau sesi bercerita setiap kali dia ingin menyusu. Dengan alihkan perhatian buatkan anak lupa permintaan nak menyusu tadi.

4. Ibu kena kuat mental dan emosi

Saya akui part ini saya sendiri tak kuat. Kali pertama saya nak putus susu dengan Fatimah, saya guna peppermint dan sapu di puting. Fatimah terus ‘reject’ dan saya terkejut sebab tak sangka secepat itu. Saya rasa agak drastik dan memujuk semula Fatimah menyusu dengan saya. Memang payah bil nak cakap tentang emosi nak putus susu. Selepas beberapa bulan iaitu ketika saya sudah bersedia, saya mulakan balik proses ini. Alhamdulillah saya dan Fatimah lebih bersedia walaupun kami ambil masa beberapn bulan juga untuk menjayakannya.

5. Kurangkan masa dan rutin memerah

Ini juga penting supaya ibu tak mengalami masalah bengkak susu yang teruk. Proses ini perlu dilakukan secara berkala beberapa bulan sebelum ibu nak berhentikan proses penyusuan. Jika sebelum ni ibu biasa memerah 30 minit satu sesi, boleh dikurangkan kepada 15 minit untuk setiap sesi.

Selepas itu, ibu boleh kurangkan sesi memerah pula. Jika sebelum ini 5 kali sehari, boleh dikurangkan kepada 4 kali seterusnya 3 kali sehinggalah ibu yakin penghasilan susu sudah berkurang dan ibu tidak perlu memerah.

Tapi, perlu periksa selalu payudara sekiranya ada ketulan susu yang tidak disedari. Jika ada boleh buat hot compression dan urutan untuk mengatasi saluran susu tersumbat sebelum melarat. Ibu-ibu yang ada tips putus susu, jom kongsikan di komen. Moga menjadi manfaat untuk ibu-ibu yang lain.

Sumber: Nad Masrom, Kaunselor Laktasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×